Khamis, 9 Ogos 2012

Sujud terima kasih


Terdapat satu kisah menarik sahabat aku ceritakan kepada aku hari ini. Ia berkenaan seorang warga Bangladesh yang sedang mengambil PhD di UPM. Nama dia Mukresh.

Pada bulan lepas, sahabat aku dua orang dan Mukresh pergi melawat ladang herba di Melaka. Ini adalah antara satu kajian yang Mukresh perlu lakukan. Setelah habis melawat ladang tersebut, mereka dijemput oleh rakan yang tinggal berdekatan untuk singgah makan tengah hari di rumahnya. Ia selang beberapa buah rumah sahaja dari ladang tersebut.

Memang adat Melayu kalau ada tetamu bertandang pasti akan dihidangkan juadah pelbagai berserta nasi. Sungguh selera mereka makan hidangan tersebut. Terutamanya si Mukresh yang merasa masakan orang Melaka katakan.

Rabu, 8 Ogos 2012

Berjumpa 'cikgu' baharu


Semalam saya mendapat panggilan telefon daripada nombor pejabat. Agak gementar untuk mengangkatnya.

"Hello, Assalamualaikum. Saya ni Dr. Husni."

"Waalaikumsalam. Dr. Husni?" sambil aku cuba menggamit memori ini. Oh sungguh aku tak ingat siapa Dr. Husni ketika itu, "ya Dr. Ada apahal yea?" sambil aku buat-buat kenal sahajalah.

"Saya sudah terima proposal projek Master awak. Saya tak faham apa kamu tulis ini. Boleh jumpa untuk bincang?"

Oh sekarang baru memori itu tergamit di minda. Penyelia untuk pasca-ijazah yang telah aku mohon 2 minggu lepas. ^^

Maka pada pukul 1pm hari ini telah pun saya berjumpa dengan beliau. Berbincang mengenai projek Master saya.

Selasa, 7 Ogos 2012

Nasi menangis

"Ibu, bila lagi mahu siap, Ezzah sudah lapar,"

"Kejap sahaja lagi. Sabar la sayang. Kita tunggu nasi masak," sibuk Ibu menghias meja makan dengan lauk-lauk makanan tengah hari ini. Aku hanya memerhatikan sahaja. Sungguh lapar perut aku ini.

"MMMmmm. Sedap masakan ibu ini. Pandai ibu masak. Ezzah nanti besar nak jadi Ibu yang pandai masak," sambil aku menjilat jari-jari tangan aku. Terdapat beberapa butir nasi lagi di atas pingganku ini.

"Baguslah begitu. Gembira ibu lihat Ezzah makan dengan bersungguh-sungguh. Kalau makan nasi, biar habis. Nanti nasi menangis di akhirat. Kasihan mereka," pesan ibuku.

"Kenapa nasi menangis, ibu?"

Ibu hanya tersenyum sambil mengusap-usap umbun kepalaku...

----

Isnin, 6 Ogos 2012

Lebah madu


Bagaimana madu lebah terhasil.


Memasak di bulan Ramadan


Pejam celik pejam celik telah masuk hari ke 17 Ramadan kita berpuasa. Sepanjang bulan Ramadan ini saya tidak pernah lagi menjejak kaki ke bazaar Ramadan untuk membeli apa-apa juadah berbuka. Kakak tidak suka kami makan masakan luar. Dia lebih suka makan masakan rumah. Masalahnya... saya lah kena masak. Aiseh.

Saya ni kalau bab memasak, kurang nak meng'google'. Al-maklumlah saya suka baca buku. Jadi saya lebih suka membaca berasaskan buku yang terkenal. Memang banyak buku memasak, cuma terlalu banyak sampaikan saya pening kepala nak beli mana satu.Nasib baik lah saya ada terbeli satu buku masakan. Ia bertajuk '1 Hari 1 Resipi: Panduan Langkah Demi Langkah; 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza'.

Alang-alang menghabiskan kupon buku 1Malaysia, buku resipi pun saya rembat.
Saya pun tidak tahulah best ke tak buku resipi ini, tapi setakat ini, alhamdulillah menjadi semua masakan saya. Terima kasih la Chef Liza oiii (dengan nada berseloroh). Hehe.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Semalam, Hari ini, Esok - Sikap


Untuk berjaya terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan pada hari ini. Sesungguhnya apa yang kita lakukakan hari ini adalah berdasarkan apa yang kita lakukan semalam. Jika eloklah semalam, maka elok lah hari ini. Dan jika elok hari ini, maka eloklah hari esok kita.

Semalam berakhir, lakukan terbaik hari ini demi esok yang gemilang.
[kredit]

Rabu, 1 Ogos 2012

Bacelor Sains Hortikultur

“Horticulture is heavily dependent on three broad areas of knowledge: Science, Business, & Art. An appropriate balance and interaction of these three components is necessary for success in Horticulture. Rare indeed are the fields that can claim such a dependence on all three broad areas of knowledge!”
 Hortikultur amat bergantung kepada 3 bidang pengetahuan: Sains, Perniagaan, dan Seni. Satu keseimbangan dan interaksi antara 3 komponen ini amat penting bagi kejayaan dalam Hortikultur. Jarang untuk bidang-bidang ini yang boleh mengatakan tak bergantung antara satu sama lain kepada 3 bidang pengetahuan ini!”
                  -   Prof. Bailey L. H.

Dahulu isitilah hortikultur jarang digunapakai di Malaysia. Ramai di antara rakyat Malaysia hanya mengenali istilah 'pertanian' sahaja. Ini bertambah pelik lagi di mana pernah ada satu kes ketika senior saya memohon kerja di Jabatan Pertanian mereka bertanya,

"Apakah Sains Hortikultur ini? Kami terima pelajar pertanian je dik."

Bayangkan orang JP sendiri tidak tahu apa itu Sains Hortikultur? (kes ini berlaku 5-6 tahun yang lepas).

Bagi saya pula jika ada yang bertanya ambil jurusan apa di UPM, saya jawab

"Sains Horticulture di bawah Fakulti Pertanian."

"Oooo. Sains Horticulture.." sama ada mereka minta ulang semula apa yang saya sebut atau

"Apa itu?"

Kebelakangan ini sahaja istilah 'hortikultur' mula mendapat perhatian ramai. Malaysian Agriculture, Horticulture adn Agrotourism (MAHA) menjadi contoh terbaik untuk ini.

Menyingkap sejarah Bacelor Sains Hortikultur di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, sebenarnya jurusan ini telah pun lama bertapak ada sejak UPM menawarkan jurusan pada peringkat ijazah sarjana muda. Cuma apa yang menyedihkan pada tahun 1998 ia telah ditutup atas dasar politik ketika itu tidak menyokong pertanian. Mereka gantikan dengan Sains Bioindustri.

Namun, Sains Bioindustri sememangnya tidak mendapat sambutan. Pelajar hanya belajar pertanian dan hortikultur secara teori tanpa menjejakkan kaki ke ladang. Akhirnya jurusan ini dibubarkan.

Bacelor Sains Hortikultur dibuka semula dengan menerima kemasukan pelajar baharu bermula tahun 2002.

Baiklah, sebelum saya meneruskan lagi perbincangan ini, pembaca fahamkah apa yang dimaksudkan dengan hortikultur? Adakah ia budaya panas? HOT culture?

Sebenarnya istilah 'hortikultur' berasal daripada 2 perkataan Latin iaitu Hortus yang bermaksud taman atau kebun, dan Colere yang bermaksud penanaman. Jadi hortikultur boleh didefinasikan sebagai sains atau seni penanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga serta landskap.