Jumaat, 11 Februari 2011

Suntikan Tetanus Untuk Kami!?


DSC01464
Assalamualaikum semua.

Nampaknya hari ini hari kami kena cucuk! Wahhh…..eh ayat aku terlebih pulak. Kena suntik. Jangan fikir apa sebelum aku habis terang dulu yea. Pelajar-pelajar fakulti kami diwajibkan menerima suntikan tetanus atas sebab-sebab yang aku sendiri tak tahu.

Sebenarnya nak elak kena kancing gigi. Bahayanya kancing gigi ni kalau tergigit lidah. Boleh mati wooor sebab saluran darah paling banyak kat lidah tau. Patut la samurai jepun gigit lidah kalau nak bunuh diri bila kena tangkap basah… orion13.

Aku sampai sahaja di kelas, rakan aku dah ajak aku pergi suntik. Errr…seram aku. Teringat aku dulu waktu darjah 2 dan darjah 5 kena suntik. Mak! Tak sakit pun. Haha. Dulu kena masa kena suntik aku kena bahu sebelah kiri tapi ada gak kawan aku yang kena dua-dua belah kanan. Itu pun kes terpencil la.

Aku pun sekarang masih samar-samar kenapa la kawan aku dulu ada yang kena cucuk dua-dua belah bahu tu. Sebab tak cukup dos agaknya?

Khamis, 3 Februari 2011

Jalan-jalan Pergi Makan: Padang

Salam semua.

Hari ini aku nak buat cerita mengenai kedai makan di Padang. Kali ini kedai lain pula. Sebelah sahaja dari kedai semalam sebab kedai semalam tutup la. Sambut Gong Xi Fa Cai agaknya la.

Aku bungkus jer. Malas nak makan seorang diri di situ. Seganlah pula. Walaupun orang kata kalau makan guna pinggan, kita telah menyelamatkan bumi ni. Nak tahu sebabnya? Sebab kalau bungkus kena guna polisterin. Ni telah merosakkan alam sekitar. Entah la.

Mari Makan Makan Sekitar UPM

Salam semua.

Maafla semalam aku lupa nak post. Bukan apa, penat bermain monopoly sampai 3 pagi. Ini gara-gara kemaruk monopoly kawan aku. Aku layan sahajalah. Lagipun monopoly palsu katakan.
Apa nak dihairankan. Mula-mula aku ingat mahal la harga monopoly ni. Aku pun tanya “Eh, bukan mahal ker monopoly ni. Aku tengok Rm55 satu set di kedai.” Kawan aku balas “Alah, si Raju tu beli RM10 jerla. Pasar malam jer. Made in China.”

Aku tergelak sahaja mendengar jawapan tersebut.

Tengah hari aku pergi makan di Padang. Bukan Padang di Indonesia ye. Di Sri Serdang pun ada Padang tau. Tempat makanan tengah hari yang popular bagi golongan orang UPM. Yup. Aku maksudkan golongan maksudnya hampir semua orang (termasuk akula) pernah makan di Padang ni.

Selasa, 1 Februari 2011

Kenal Restoran MAEPS

DSC01278
Buah-buahan tempatan sedap dimakan bersama steambot MAEPS.

Uhhhh, kenyangnya aku. Memang layan la makan di restoran MAEPS. Steambot MAEPS layan sedap!

Makanan dihidangkan secara bufet dengan pelbagai jenis pilihan untuk semua. Dari makanan laut sehinggalah makanan daging. Ada juga aiskrim, ais kacang, mee, nasi goreng dan pelbagai lagi. Rugi la kalau tak rasa semua.

Maklumlah ni jer steambot Sri Serdang yang aku tau. Aku belasah jer semua hidangan. Aku rasa sikit-sikit dulu. Nak tau mana sedap. Mula-mula kami ingat ada jamuan kahwin sebab hiasan sana macam ada orang tempah jer. Tetapi dek kerana lapar sangat, aku kata kita cuba tengok dulu la.

Sabtu, 29 Januari 2011

MEGA IT FAIR Di MidValley

Aha. Akhirnya dapat juga aku post satu entri baharu. Semalam maaf la tak dapat sebab letih sangat aku ni. Mana taknya bersesak-sesak dari Serdang ke Mid. Balik tu lak dari Mid ke Serdang. Aduh! Orang dha la padat cam tin sardin. Damn! Panas jer hati aku. Dahla masa naik ketapi dari Serdang tu ke Mid koc tu buat hal la pula. Tak da ekon. Alamak! Panas giler. Dahla ketapi tu gerak cam siput. Babi pun lagi laju tau (agaknyerla).

Isnin, 10 Januari 2011

Kenal Momo Kucing Abangku

167299_10150092635828401_530203400_6153426_5554618_n
Kucing parsi ni memang susah dijaga yea? Aku baru sahaja balik dari Klinik Veterinar UPM. Kos untuk pembedahan adalah RM1k. Wau. Mahalnya. Disebabkan aku ni pelajar UPM, jadi dapatlah potongan harga sebanyak 20%. Klinik veterinar UPM walaupun nampak seperti murah untuk kucing, tapi tetap mahal bagi aku.05.

Kira-kira RM800 juga la. Mahal la juga. Harga seekor kucing pun dah Rm600. Kos penjagaan pun mahal.. Memang payah la kalau kucing sakit. Mengalahkan orang sakit.

Bagi aku bela kucing kampung lagi senang. Walaupun tak comel dan gebu seperti kucing parsi, penjagaannya lebih mudah. Harga? Boleh jer kutip kucing kampung tepi jalan tu. Banyak sahaja tengok. Cuma nak tak sahaja.

Dimaklumkan pembedahan hanya dapat dilakukan pada Isnin minggu hadapan. Jadi terpaksalah aku menjaga kucing ini selama seminggu. Aku tak da masa nak jaga Momo. Aku akan serahkannya kepada kakak aku. Maaf Momo, kau bukan jagaan aku lagi . Akan ku serahkan kau kepada kak untuk dijaga.2yoyo6

Aku berharap Momo dapat bertahan selama seminggu ini. Aku baharu sahaja bagi dia makan ubat. 2 biji tablet dan satu ubat cecair. Tablet senang untuk diberi makan tapi cecair payah. Momo memuntahkan semula cecair yang aku letakkan di mulut dia. Nak buat macam mana... aku sumbat sahajalah dan harap ubat tu dapat menyampaikan tugasnya dalam perut Momo...

Malam nanti tugas kakak pula untuk memberi ubat kepada dia. Harap kak pandai bersabar. Aku kasihan lihat Momo terinjut-injut berjalan. Semoga pembedahan dapat dijalankan dengan lancar. Lagipun aku dah ponteng kelas Amalan ladang aku hari ini. Nak buat macam mana. Aku ingat kejap sahaja tapi lama...momo050.

Jumaat, 28 Mei 2010

Sistem yang Diamalkan Oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) [sambungan...]

Assalamulaikum semua.

Sekali lagi kita bertemu dalam sambungan artikel sebelum ini. Seperti yang aku janjikan pada hari ini aku akan habiskan semua penerangan mengenai sistem yang telah aku perkenalkan.

Mari aku sambung:

Sistem Penasihat Akademik


Sistem Penasihat Akademik di Fakulti telah bermula pada tahun 1976 yang mana ia dikenali sebagai Sistem Penasihat Pelajar. Peranan dan fungsi Penasihat Akademik telah diberi penekanan untuk melaksanakan sistem pembelajaran di Universiti ini.

Maklumat dan Objektif

Matlamat dan objektif Sistem Penasihat Akademik ialah untuk membincangkan masalah pelajar bagi mendapatkan bantuan dan/atau nasihat serta merapatkan perhubungan di antara pelajar dengan pensyarah Fakulti.

Tanggungjawab Penasihat Akademik

Ada beberapa tanggungjawab Penasihat Akademik (PA) yang patut anda ketahui seperti:
  • Memantau kemajuan prestasi secara online dan menasihati pelajar dengan sewajarnya.
  • Menasihati pelajar berkaitan dengan pendaftaran kursus.
  • Membantu pelajar memahami kurikulum, sistem semester, sistem pendaftaran, sistem peperiksaan dan pengecualian kursus.
  • Memberi nasihat untuk mengatasi masalah akademik pelajar.
  • Merancangkan, mengadakan dan memantau aktiviti yang melibatkan semua pelajar di bawah penasihatnya.
  • Menasihati pelajar supaya mendaftar kursus berpandukan kurikulum program pengajian yang diikuti mereka.
Walau apapun tanggungjawab dan tugas PA, tanggungan bagi pendaftaran dan pengguguran kursus terletak kepada pelajar.

Pelaksanaan Sistem

Fakulti akan menetapkan sekumpulan pelajar di bawah seorang PA dan pelajar yang ditetapkan dalam kumpulan sedemikian terdiri daripada pelajar dalam program pengajian yang sama.

Setiap pelajar diwajibkan berjumpa terus dengan PA-nya sebagaimana yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya dua kali dalam setiap semester untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat berkaitan hal-hal akademik dan masalah berkaitan.


Sistem Pendaftaran Kursus

Pendaftaran Kursus

Setiap pelajar hendaklah mendaftar kursus-kursus yang diperlukan bagi program pengajiannya di setiap semester, dalam tempoh pendaftaran kursus bagi tujuan penerusan pengajian dan pembelajarannya di Universiti pada semester berikutnya dan bagi tujuan mengekalkan pendaftaran berterusannya.

Setiap pelajar sebelum membuat sebarang pendaftaran kursus hendaklah berbincang dengan PA-nya dan mendapat persetujuan daripadanya.

Setiap pelajar hendaklah membuat pendaftaran kursus melalui Sistem Maklumat Pelajar*. Bagaimanapun, fakulti memerlukan juga pelajar mengisis Borang AK-3, dan disahkan PA-nya.

*Mana-mana pelajar yang tidak, gagal atau cuai mendaftar melalui Sistem Maklumat Pelajar dianggap tidak melakukan pendaftaran kursus seperti yang dikehendaki.

Pendaftaran Kursus Pelajar Baharu

Pelajar Baharu dibenarkan membuat pendaftaran kursus mulai hari pertama minggu suaikenal hingga hari terakhir minggu kedua semester bermula tanpa bayaran denda.

Klasifikasi Pelajar

Pelajar yang mendaftar di setiap semester hendaklah mengemaskini klasifikasi peringkat pengajiannya berdasarkan kepada jumlah kredit yang telah diperolehi melalui pengecualian kursus, pindahan kredit yang telah didaftar (tidak termasuk kredit yang akan didaftar).

Klasifikasi pelajar adalah mengikut program pengajian seperti berikut:

Kredit - Klasifikasi
0-30 - Bongsu
31-60 - Kecil
61-90 - Muda
> 90-bergraduat - Sulung

Sistem Peperiksaan


Universiti Putra Malaysia (UPM) mengamalkan sistem penilaian berterusan. Setiap kursus pada lazimnya mempunyai sekurang-kurangnya tiga kali penilaian termasuk peperiksaan akhir. Objektif penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai pencapaian sseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarahnya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk kebaikan.

Kelayakan Menduduki Ujian / Peperiksaan

Setiap pelajar adalah layak menduduki ujian / peperiksaan bagi sesuatu kursus yang telah dia daftar kecuali jika pelajar itu telah gagal mematuhi peraturan kehadiran kuliah. Seseorang pelajar yang menghadiri kurang 80 % keseluruhan jam kredit yang ditetapkan bagi sesuatu kursus pengajian yang telah didaftarkan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir kursus tersebut.

Bagi pelajar yang gagal menghadiri atau dilarang mengambil peperiksaan akhir akan diberi markah sifar bagi kursus tersebut walaupun markah berterusannya (carrier mark) melebihi 40%.

Bagi kursus yang tidak mempunyai peperiksaan akhir pula, pelajar yang kurang daripada 80% kehadiran akan diberi status gagal jika tidak dapat menyatakan alasan yang kukuh (bersama lampiran surat / bukti) kenapa kehadirannya kurang daripada 80% kepada pensyarah kursus tersebut.

Skema Pemarkahan, Gred Abjad dan Mata Nilaian.

Markah - Gred abjad - Mata penilaian gred
80-100 - A - 4.000
75-79 - A- -3.750
70-74 - B+ - 3.500
65-69 - B - 3.000
60-64 - B- - 2.750
55-59 - C+ - 2.500
50-54 - C - 2.000
47-49 - C- - 1.750
44-46 - D+ - 1.500
40-43 - D - 1.000
=<39 - F - 0

Pengelasan Ijazah

Ijazah Bacelor yang dikeluarkan diberi kalsifikasi berdasarkan kepada pencapaian purata timbunan pelajar di akhir program pengajiannya. Pengelasan adalah seperti berikut:

Purata Timbunan -> Klasifikasi
3.750 - 4.000 -> Kelas Pertama (Kepujian Dekan)
3.000 - 3.749 -> Kelas Kedua (Bahagian Tinggi)
2.250 - 2.999 -> Kelas Kedua (Bahagian Rendah)
2.000 - 2.249 -> Kelas Ketiga

(Sumber: Prospektus 2008-2009 Fakulti Pertanian UPM)


Jadi tamatlah sekian mengenai sistem-sistem yang ada di UPM ini. Aku harap anda faham apa yang telah aku tuliskan agar dapat memahami nanti artikel-artikel aku seterusnya di UPM ini.

Artikel seterusnya akan aku ceritakan pula mengenai Fakulti Pertanian - Fakulti pengajian aku.

Sekian, kita berjumpa lagi di artikel seterusnya.

Wasalam.