Dijangkiti Demam Denggi

Berbual
Saya tak sangka akhirnya saya juga dijangkiti demam denggi. Ya saya tahu kawasan saya memang zon merah denggi. Tetapi tidaklah selama ini saya dan keluar saya dijangkiti denggi.

Tetapi nak dijadikan cerita, saya demam Khamis lalu. Sebenarnya malam Khamis itu saya sudah berasa seram sejuk badan selepas menghantar isteri saya pergi bekerja.

Saya rasa tidak selesa badan. Apapun saya minum madu kelulut. Mana tahu dapat mengubati demam yang mendatang. Pada hari Khamis itu saya gigihkan diri mengambil isteri saya yang bekerja di Hospital Kajang.

Ketika hendak pulang itu, dia bertanyakan adakah saya ok? Saya kata saya demam sehingga terasa sengal-sengal tulang. Terus dia minta saya diambil darah untuk pemeriksaan.

Petang itu keputusan keluar. Ya saya disahkan dijangkiti denggi kerana platlet darah saya kurang daripada normal.

Menurut isteri saya, demam denggi ini bukan datang dalam masa sehari. Saya telah dijangkiti denggi 2 minggu lepas. Bila saya cek kembali, saya tahu mana saya dapat denggi. Di apartment saya tinggal ini, saya mempunyai hobi baru iaitu bercucuk tanam. Saya meletakkan alas bagi setiap pasu berkebun saya bagi mengelakkan lebihan air siram di dalam pasu meleleh.

Saya lupa untuk membuang air lebihan dalam air tadahan itu. Saya cek barulah saya perasan yang ada jejentik hidup di situ! Terus saya buang air yang ada. Tetapi saya terlambat. Rupanya saya telah digigit AEDES!

Saya ingat lagi ketika waktu Maghrib atau Subuh badan saya mesti terasa gatal akibat gigitan nyamuk. Saya ingatkan giigitan nyamuk biasa. Namun, andaian saya salah. Nah, padahnya saya terkena demam denggi.

Untuk rawatan, denggi tiada ubatnya. Isteri saya menyuruh saya meminum secawan air setiap 1 jam. Ini bagi mencairkan darah yang kian pekat. Akan saya dimasukkan wad jika saya mula muntah.

Buat masa ini saya hanya berehat di rumah.
Berminat Baca

Kesesatan Kuala Lumpur Yang Nyata dengan Waze

Berbual
Tajuk ini mungkin mendatangkan kontroversi kepada yang membaca. Ya, KL memang menyesatkan. Dan hal ini amatlah saya akui sejak saya menjejak kaki ke UPM.

Tetapi tunggu dulu. Apa yang menyesatkan itu? Ah, itu barulah persoalan yang betul. KL telah menyesatkan saya banyak kali ketika saya memandu di sana.

Ah. Malu juga ingin bercerita hal ini. Ketika itu saya baru sahaja pulang dari kampung halaman iaitu dari Ipoh. Halnnya saya ingin terus ke Putrajaya. Maka saya pun mengaktifkan Waze.

Saya berdoa agar telefon pintar ini boleh memberi kerjasama yang baik dengan Waze agar saya dapat mengikut jalan yang betul.

Namun, bukan semua adalah benar. Waze telah menghampakan saya. Saya telah tersesat sehingga ke Petaling Jaya!

Arggh! Geramnya. Bayangkan saya terpaksa membayar tol tol pencekik darah setiap kali tersesat! Apatah lagi papan tanda yang tidak membantu langsung!

Saya tak tahu hendak memilih mana yang betul. Telah saya ikuti petunjuk ke Putrajaya. Ikut dan ikut. Kemudian hilang! Saya melalut entah ke mana.

Apa yang memalukan, kerana terlalu tertekan, saya tersalah masuk simpang tol touch n go. Saya baru perasan apabila pintu tol tiada dibuka untuk mencekik wang saya ini.

Saya panik. Bukankah di atas tulis tunai dan touch n go?

Saya termengkelan. Perlahan-lahan saya mengundur kereta. Dengan muka tak malu.

Perlahan-lahan kereta belakang turut mengundur. Beberapa saat bunyi hon kedengaran. Arhh! Ya saya faham saya salah lorong. Tapi tolonglah faham saya pemandu amatur! (macamlah saya lupa tampal P di belakang kereta!)

Entah dari mana malaikat datang, seorang amoi keluar dari kereta mendekati saya. "You want this? You want this?" katanya berulang-ulang sambil menunjukkan kadnya di tangan kanan.

Saya mengangguk perlahan. Terasa ingin tunduk malu. Tetapi tak mampu!

Setelah dia berjalan kaki dengan melalukan kadnya di mesin imbas, saya pun menghulurkan wang RM2.

"I don't have any change," kata Amoi dengan muka sekupang.

Aiseh. Ambil jelah. Saya senyum. "It's ok. Take the change. You can help me. Thanks a lot!"

Derum! Saya terus menderam kereta myvi kecil ini. Tak sanggup menoleh ke belakang. Biarlah ini menjadi kenangan pahit saya bahawa perlunya seorang pria tall, light, and handsome ini berlalu.

(Dalam hati, saya berkata 'Jahanam kau Waze ataupun Lenovo')

Pendek cerita, saya sampai juga ke Putrajaya.
Berminat Baca

Orang Kaya dan Penyakit Jantung

Berbual
Teringat kisah bersama seorang pensyarah saya. Beliau seorang yang telah dikatakan kaya kerana berjaya menjual baja.

Diceritakan beliau pernah didatangi seorang kawan lama untuk meminta nasihat. Biasalah. Orang kaya memang selalu didatangi orang.

"Dr., saya ada penyakit jantung la. Macam mana ni? Saya risau lah."

Dr. diam sambil mendengar keluhan kawan itu.

Kemudian beliau berkata, "Biasalah. Umur dah lanjut memang lah dapat macam macam penyakit. Apa nak risau?"

Terdiam kawan Dr. itu. Lain diminta, lain dikata.

Kemudian entah macam mana barulah kawan Dr. itu jadi tenang. Dia mula menerima hakikat bahawa penyakit memang akan datang.

===

Pengajarannya, kita redhalah dengan apa-apa ujian pun yang mendatang. Kerana setiap musibah ataupun kebaikan, pasti ada sebabnya Allah berikan kepada kita.

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

(HR. Al Hakim dalam Al Mustadrok)
Berminat Baca
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

Manusia