Harga Sebuah Buku Persahabatan

Berbual
Pin It
Orang berkesan

Fakrul, seorang kawan yang saya kenal apabila telah satu semester saya berada di UPM.

Saya mengaguminya kerana dia seorang yang suka berdiskusi. Seronok bersembang ilmu dengannya. Ada sahaja ilmu baharu saya dapat. Terutama tentang kepentingan mikrob pada hidupan kita.

Teringat lagi saya istilah Corumn Sensing. Istilah yang digunakan apabila bakteria berada dalam jumlah yang tertentu akan menghasilkan satu kesan yang hebat. Tak kira kesan itu baik atau pun buruk.

Terus dia kaitkan dengan Syiah. Geng Syiah ini apabila sikit jumlahnya, mereka jadi baik kepada musuh mereka iaitu geng Sunni. Namun, apabila mencapai jumlah yang banyak dan memegang kuasa, geng Sunni dijadikan sebagai anjing!

Aku tahu Fakrul tidak berminat bercerita tentang mazhab.

"Buat apa tahu apa yang Syiah buat? Biarlah mereka dengan cara mereka. Janji kita tak kacau mereka."

Aku menongkah. Bukankah dengan kita mengenali siapa musuh kita barulah kita dapat mengelak daripada terjebak bersama mereka? Fakrul diam. Saya tahu diam dia itu diam tidak setuju.

Saya teruskan dengan perbualan lain.

Fakrul ini orangnya memang suka berbincang ilmu. Cuma ada satu sifatnya yang kurang aku gemar hingga kini. Dia suka berkawan dengan burung hantu.

Telah lama aku nasihat jangan jadi seperti burung hantu. Tidur awal!

"Old habit dies hard,' jawabnya. Ringkas.

Mudahkan alasan diberinya?

Saya rasa kasihan. Hari lahirnya jatuh pada bulan sama dengan saya. Cuma saya boleh dianggap abang jika dikira melalui kiraan awal tarikh siapa lahir dahulu dalam bulan tersebut.

Saya masih lagi terasa dengan pemberian hadiah kepada kawan baik. Pernah baca kisah hadiah? Lalu saya trauma. Saya tak mahu buah pisang berbuah dua kali. (Eh? Rasanya salah peribahasa ini).

Tetapi saya lihat saya perlu lakukan sesuatu. Sekurangnya saya telah memberitahu Fakrul bahawa dia perlu berubah.

Selalunya masa hari lahir saya tiada siapa yang ingat. Tiada siapa peduli. Jadi apa salahnya saya sendiri peduli dengan hari jadi saya?

Saya membeli dua buah buku '7 Habits of Effective People'.

Saya yakin apabila kita melakukan sesuatu tabiat itu setiap hari, pastinya ia akan memberi kesan kepada kita secara separa sedar. Saya ingin tahu apakah tabiat orang berkesan sehingga mereka mampu menjana kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan mereka.

Saya tak mahu membaca seorang diri. Biar saya membaca dengan sahabat. Dan sahabat itu saya pilih Fakrul.

"Eh, betul ke ni? Mahal buku ini. Tak apa nanti aku bayar."

Saya menggeleng. Tidak perlu bayar Fakrul. Cuma berjanji kita akan bedah buku ini bersama-sama.

Janjinya setiap hari Isnin, 10 pagi, kami akan bertemu di dalam bilik siswazah ini dan membincangkan bab demi bab dalam buku tersebut.

Apa ramalan anda? Berjaya atau tidak?

Ingat lagi sifat nokturnal Fakrul? Suka berjaga malam dan bangun lewat pagi?

Kesannya, projek bedah buku ini tidak menjadi. Saya keseorangan membaca buku. Balik kepada asal. Saya  tekalkan hati bahawa biarlah. Sekurangnya saya sudah berusaha.

Tetapi saya tetap dengan perangai saya. Pasti saya akan kritik pedas sikap Fakrul ini. Harapan saya satu sahaja, dia perlu sedar bahawa nokturnal ini hanya untuk orang yang solat tahajud!

Beberapa minggu kemudian saya masih membebel tentang bedah buku itu. Fakrul mungkin sudah fed-up dengan leteran saya itu dia berjanji akan turut serta pada Isnin hadapannya.

Saya gembira. Sekurangnya leteran saya memberi saya seorang sahabat untuk membedah buku.

Malam itu selepas solat isyak, saya santai membaca buku. Saya mendapat mesej WhatsApp daripada Fakrul.

"Maaf Wong. Aku harap hang tak marah dengan aku. Aku ada sesuatu nak bagitau."

Liga otak saya berfikir. Apa kes? Dia sudah jatuh cinta?

Saya membalas biasa.

"Sebenarnya buku yang hang beri hadiah itu aku terhilangkan semasa aku pergi field trip ke Kedah. Masa itu aku nak pergi solat Jumaat. Aku letak dekat dengan rak kasut. Lepas solat Jumaat aku pergi ke situ, buku tu dah takda."

Membaca mesej itu terus membuatkan hati saya luluh. Luluh atas kepercayaan saya. Luluh atas kebodohan saya. Luluh atas persahabatan kami.

Serius saya tak boleh menerima alasan itu. Habis itu? Kalau sudah hilangkan, tiada pula rasa ingin menggantikannya?

Saya tak balas mesej itu. Saya diam. Saya bermuram durja. Terus liga saya mengingati kembali kisah bersama Fansuri.

Aduh! Saya terkena kembali. Kali ini tetap melibatkan barangan kesayangan saya - buku.

Fakrul seperti endah tak endah sahaja dengan buku itu. Apa pula kalau saya katakan yang dia tinggalkan di rak kasut itu laptopnya? Apabila dia pulang dan telah tiada. Apa perasaannya?

Saya tunduk melihat lantai. Warna putih sahaja yang ada. Ya seperti itu juga hati saya.

Kosong dan putih. Betullah kata orang. Benda yang percuma ini sukar untuk orang hargainya.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 2014.

"Nanti apabila aku dapat gaji aku gantikan buku itu."

Entah Fakrul ingat atau tidak janjinya untuk membeli buku yang baharu.

Biarlah. Manusia mudah lupa dengan janji yang dia sendiri tak ingin kotakan. Dengan janji yang dia sendiri anggap percuma.

Mungkin kerana peristiwa itu, saya langsung trauma untuk memberi hadiah buku kepada kawan.

Dan mungkin pada kisah yang lain saya kisahkan juga peristiwa berkaitan buku. Hampir sama.

Mungkin, buku itu hanya untuk saya...


Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia