Projek Pertanian Keliling Selangor

Berbual
Pin It
Sudah lama saya tidak menulis di blog. Alasan utama adalah tiada masa untuk menulis. Ah. Itu semua alasan sahaja. Alhamdulillah saya mula kembali menulis.

Saya baru baru ini menerima beberapa projek pertanian. Berkaitan dengan fertigasi cili. Entahlah. Saya rasa saya tidak berapa tahu tentang fertigasi. Saya rasa seperti kosong.

Oleh itu saya ingin menuntut pada orang yang betul. Saya ini sifatnya mudah percaya kepada orang. Tadi ada sahabat saya tegur. "Kau jangan percaya sangat orang. Cuba cari sebut harga lain dahulu. Tauke yang kamu dapat itu harganya sangat mahal."

Saya terkesima. Saya mula berfikir. Ah. Rupanya saya ini mudah dan nak cepat sahaja kerja siap. Lihat. Kali ini orang sudah memanipulasi kamu. Sama seperti apa yang si John itu buat pada kamu.

Aduh. Saya terdiam. Ya saya tahu bisnes tetap bisnes. Perlu tahu untung rugi kos. Jadi kalau mark up harga sampai dua kali ganda, boleh merugikan sahaja! Belum tentu pulangan begitu menguntungkan. Apatah lagi saya masih tidak berpengalaman dalam hal ini.

Apa kata saya cari orang jabatan pertanian untuk dihubungi.

Aha! Mak Tam ada. Mana tahu dia ada contact dalam hal ini? Itu lah fikir saya buat masa ini.

Ya saya mengerti bahawa perlu banyakkan network sambil berbisnes ini. Bak kata orang, kawan biar seribu, musuh jangan sekali.

Saya tidak ingin bermusuh dengan tauke itu. Yelah. Dia pun ada sebut harganya juga. Cuma saya perlu pastikan apa yang saya buat menguntungkan saya dan juga orang yang saya bantu.

Jika tidak, matilah saya dalam hal ini!
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia