Penipu Lori Sewa Bandar Baru Bangi dan Putrajaya

4 bualan
Pin It
Baik. Tajuk ini agak sensitif untuk saya katakan. Peristiwa ini tidak berlaku pada diri saya tetapi pada rakan yang menceritakan.

Al-kisahnya dia hendak berpindah dari rumah di lorong lain ke lorong yang lain. Jaraknya tidak lebih 10 km. Walaupun begitu masih memerlukan lori untuk membantu mengangkut barang-barang rumahnya.

Dia meminta pertolongan jika ada kawan-kawan mempunyai nombor hp lori sewa. Biasanya ada sahaja ditampal di tiang-tiang dan papan di sekeliling perumahan. Entah kenapa kali ini hanya ada nombor tukang paip sahaja.

Apabila dia dapat, dia menelefon Saat Enterprise. Pada awalnya berjanji sebanyak RM250 untuk lori 3 tan di telefon. Apabila sampai si empunya lori terus tolong angkat semua barang.

Apabila dibawa ke destinasi yang dituju, dan diminta bayaran, RM650!

Terkejut kawan saya! Bukankah sudah berjanji RM250? Pelbagai alasan digunakan. Kawan saya bertengkar dengannya atas alasan yang merepek. Memang pada awal lagi sudah diminta ada orang tolong angkat. Sudah dikatakan mahu 3 tan kerana barang banyak.

Kawan saya meminta untuk berjumpa bos lori. Rupanya sama sahaja. Diminta dengan harga yang sama!

Kawan saya berang. Saya mendengar pun berang. Akhir cerita kawan saya membayar dengan harga yang kurang.

Kawan yang lain juga menceritakan hal yang sama tentang sindiket penipuan lori sewa. Pada awalnya dia menelefon untuk meminta lori sewa 1 tan. Kata empunya tiada. Hanya ada 3 tan buat masa ini. Tetapi tak mengapa. Harga angkut hanya untuk 1 tan.

Apabila barang sudah diangkut dan dihantar, si pemandu lori meminta harga bayaran untuk lori 3tan!

Perubahan janji harga! Nampaknya ini menjadi pengajaran kepada saya.

Modus Operandi

Sebagai seorang pengguna, taktik penipuan lori sewa ini perlu kita ketahui. Mereka bermula dengan menetapkan harga di telefon. Apabila datang, terus mengangkat barang yang diminta tanpa untuk merunding harga. Oleh itu senang nanti mereka untuk berurusan kerana barang sudah diangkut.

Sebagai pengguna, kita patut menyekat penipuan ini.

Langkahnya dengan awal-awal lagi sebelum barang diangkat kita mengingatkan harga yang telah dijanjikan. Jika tidak, urusan tidak akan berjalan. Ingatkan kepada empunya lori. Bukannya pekerja.

Kemudian jika masih berlaku penipuan, kita hanya hulurkan berdasarkan harga yang dijanjikan. Itu adalah apa yang termaktub pada harga perjanjian.

Si peniaga patut tahu hal ini.

Moga perkongsian saya ini membawa manfaat kepada semua. Jika anda ada pengalaman, jom komen dan kongsikan bersama yang lain.

P/S: Kalau hendak servis terbaik lori sewa, boleh cek di TheLorry.com
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. as salam bro. i don't wish to pry but in my book this case is unjust for your friends & otners. thx for great info.

    BalasPadam
  2. Saya pula pernah kena ugut dengan lori sewa ini. Ingat lagi pada awal tahun 2006, ketika saya hendak pindah dari Serdang ke Taman Equine.

    Apabila lori sewa (Lori A) yang dijanjikan datang pada tarikh yang ditetapkan tidak dapat datang, saya beritahu kepadanya jika begitu saya perlu mencari lori lain.

    Lori A mengugut saya dengan berkata "You tak boleh cancel lori ini, I tahu di mana rumah you." Saya minta kenalan lelaki saya telefon Lori A dan mengugut pula untuk membuat laporan polis.

    Lori A meminta maaf kepada kenalan saya itu.

    Sejak itu, saya sangat berhati-hati untuk berurusan apa-apa yang berkaitan.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha! Ni lagi satu spammer lori sewa. Mesti yang suka menempek sticker tepi jalan yea. Nah aku padam kau. Biar no hp kau kekal agar orang tau siapa spammer nii!!!

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia