Kemurungan Pasca-Demam Denggi

Berbual
Pin It
Selepas pulih daripada demam denggi, saya mengalami masalah lain pula.

Hati saya berasa gundah gulana. Entah mengapa saya rasa tidak sedap hati sahaja. Saya rasa bimbang dengan kehidupan saya. Apa akan terjadi nanti? Aku tidak bekerja. Aku sudah berkahwin. Bagaimana aku mahu tanggung anak bini?

Aduh! Entah sebelum ini saya optimistik sahaja dalam hal sebegini. Saya yakin Allah akan mencukupkan rezeki saya sekeluarga. Tetapi entah mengapa saya rasa tidak berdaya.

Saya fikir mungkin kerana terlalu terperap lama di dalam rumah akibat demam itu saya jadi begini. Saya perlu berjumpa orang!

Saya ambil kesempatan untuk pergi ke fakulti berjumpa dengan sesiapapun yang ada.

Saya bernasib baik kerana Kak Ina ada. Saya menceritakan hal ini kepadanya. Dia mendengar dengan kusyuk. Saya suka bersembang dengan Kak Ina. Kak Ina ibarat seorang kakak yang mampu memberi nasihat yang berguna kepada saya.

"Wong, itu baru sikit sahaja dugaan yang Allah berikan. Bersabarlah," berkata Kak Ina kepada saya.

Kemudian Kak Ina menceritakan memang itu adalah fasa selepas sakit. Biasalah.

Saya mula berfikir. Mungkin betul. Sebab saya rasa murung tak bertempat mungkin kerana saya tiada siapa yang menziarahi. Barulah saya mengerti hadis nabi yang menekankan tentang menziarahi orang sakit besar pahalanya.

Apabila seseorang itu sakit, dia mengharapkan pemulihan diri. Ya itu sebagai salah satu penghapus dosa atau kafarah dosa baginya. Sakit itu juga sebagai rahmat kepada orang sekelilingnya untuk mendapat pahala menziarahi.

Ketika saya itu, saya berasa amat gembira apabila mengetahui bahawa emak abah dari jauh sanggup datang menziarahi anaknya ini. Walaupun sehari sahaja, bagi saya itu sudah memadai melegakan sakit saya itu.

Sepanjang saya sakit, hanya seorang sahaja kawan yang menziarahi. Itu pun hanya datang menghantar barang. Apapun, saya tetap ingat jasa Fakrul menghantar jus betik dan memberi buah tangan Milo kepada saya. Terima kasih Fakrul.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia