Kesesatan Kuala Lumpur Yang Nyata dengan Waze

Berbual
Pin It
Tajuk ini mungkin mendatangkan kontroversi kepada yang membaca. Ya, KL memang menyesatkan. Dan hal ini amatlah saya akui sejak saya menjejak kaki ke UPM.

Tetapi tunggu dulu. Apa yang menyesatkan itu? Ah, itu barulah persoalan yang betul. KL telah menyesatkan saya banyak kali ketika saya memandu di sana.

Ah. Malu juga ingin bercerita hal ini. Ketika itu saya baru sahaja pulang dari kampung halaman iaitu dari Ipoh. Halnnya saya ingin terus ke Putrajaya. Maka saya pun mengaktifkan Waze.

Saya berdoa agar telefon pintar ini boleh memberi kerjasama yang baik dengan Waze agar saya dapat mengikut jalan yang betul.

Namun, bukan semua adalah benar. Waze telah menghampakan saya. Saya telah tersesat sehingga ke Petaling Jaya!

Arggh! Geramnya. Bayangkan saya terpaksa membayar tol tol pencekik darah setiap kali tersesat! Apatah lagi papan tanda yang tidak membantu langsung!

Saya tak tahu hendak memilih mana yang betul. Telah saya ikuti petunjuk ke Putrajaya. Ikut dan ikut. Kemudian hilang! Saya melalut entah ke mana.

Apa yang memalukan, kerana terlalu tertekan, saya tersalah masuk simpang tol touch n go. Saya baru perasan apabila pintu tol tiada dibuka untuk mencekik wang saya ini.

Saya panik. Bukankah di atas tulis tunai dan touch n go?

Saya termengkelan. Perlahan-lahan saya mengundur kereta. Dengan muka tak malu.

Perlahan-lahan kereta belakang turut mengundur. Beberapa saat bunyi hon kedengaran. Arhh! Ya saya faham saya salah lorong. Tapi tolonglah faham saya pemandu amatur! (macamlah saya lupa tampal P di belakang kereta!)

Entah dari mana malaikat datang, seorang amoi keluar dari kereta mendekati saya. "You want this? You want this?" katanya berulang-ulang sambil menunjukkan kadnya di tangan kanan.

Saya mengangguk perlahan. Terasa ingin tunduk malu. Tetapi tak mampu!

Setelah dia berjalan kaki dengan melalukan kadnya di mesin imbas, saya pun menghulurkan wang RM2.

"I don't have any change," kata Amoi dengan muka sekupang.

Aiseh. Ambil jelah. Saya senyum. "It's ok. Take the change. You can help me. Thanks a lot!"

Derum! Saya terus menderam kereta myvi kecil ini. Tak sanggup menoleh ke belakang. Biarlah ini menjadi kenangan pahit saya bahawa perlunya seorang pria tall, light, and handsome ini berlalu.

(Dalam hati, saya berkata 'Jahanam kau Waze ataupun Lenovo')

Pendek cerita, saya sampai juga ke Putrajaya.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia