Jumaat, 19 Disember 2014

Pengakhir Hujung 2014

Pejam celik pejam celik sudah sampai penghujung 2014. Saya rasa bagaikan semalam saya baru menulis kisah hidup saya di awal Januari tahun ini. Cepat betul masa berlalu.


Terdapat pelbagai kisah yang telah saya lalui sepanjang 2014. Yang paling saya tak boleh lupa adalah apabila kawan baik saya sebenarnya adalah kaki putar belit cerita. Itu yang buat saya geram sampai sekarang. Tetapi bak kata Stephen R. Covey, jangan pusatkan pemikiran kamu kepada musuh kamu atau kamu akan hancur (lebih kurang begitulah). Jadi saya mahu lupakan sahaja peristiwa saya dan dia.

Baik. Kemudian peristiwa paling indah untuk tahun ini adalah saya berkahwin! Alhamdulillah! Aha. Ramai juga terkejut beruk mengetahui saya akan berkahwin ketika saya hantar kad jemputan elektronik. Zaman sekarang tak guna kad. Tapi ada juga kawan saya yang beria nak kad. Hampeh saya bagipun dia tak datang. Ceh. Saja je.

Yang terkejut itu ingat saya ini gay kah? Hahaha. Sampai saya kahwin pun boleh mengerut dahi mendengarnya.

Sedih jugalah. Beberapa kawan baik saya ketika di universiti tidak semua datang. Yang datang pula orang yang saya tak jangka datang. Itulah kehendak Allah. Apapun saya tak kisah sangat. Sekurang-kurangnya mereka tahu saya sudah berkahwin.

Memang mencabar kehidupan selepas berkahwin. Ada turun ada naiknya. Jadi sesiapa yang sudah berkahwin sahaja boleh cerita hal ini. Haha.

Nanti saya buat satu entri khas tentang ini. Setakat itu, ini sahajalah penyampaian saya yang kekok ini akibat sudah lama tidak menulis di blog.

1 mengomel so far

Tahniah Izham, dan selamat jadi sorang bapa. Kau duduk kat mana sekarang? Aku ada buku koleksi cerpern Pak Sako, kalau nak pinjam boleh bagi. Tulisan pre-kemerdekaan. Tulisan dia pun sedap baca.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon