Ahad, 26 Oktober 2014

Meminati bola sepak?

Saya tidak berminat bola sepak. Bola sepak adalah permainan untuk orang yang suka bola. Halnya saya tidak bermain bola kerana pernah saya dibuli ketika bermain bola.

Saya masih ingat lagi peristiwa di tingkatan satu. Ketika itu saya naif sekali. Saya jenis bertindak balas atas hal yang berlaku kepada saya ketika itu. Jika tiada rakan mengajak saya bermain bola bersama maka saya hanya tercegat di tiang gol.

Hal ini menyebabkan saya rasa seperti tersisih. Yelah. Tiada siapa yang ingin mengajar saya bermain bola sepak.

Namun tidak bermakna saya membenci bola sepak. Cuma peristiwa itu memberi kesan pada psikologi saya. Saya akan berasa rendah diri tatkala bermain bola sepak bersama rakan-rakan.

Petang tadi saya baru sahaja selesai melakukan kem perkhemahan selama 3 malam 3 hari di Kuala Kubu Bharu.

Sedang saya mengikut belakang kawan saya Baem, dia ditegur Arif berkenaan apps keputusan permainan bola sepak dunia.

"Aku tak minat pun main bola. Aku lebih kepada badminton," kata Baem.

Arif menunjukkan muka pelik. "Habis tu kenapa install apps ni?"

"Terpaksa."

Kami berjalan menuju ke surau.

"Apabila aku bersama rakan-rakan kelas aku tak faham mereka sembang apa. Majoriti sembang pasal bola sepak. Nak tak nak sekurangnya aku kena tahu pasal apa mereka sembang. Barulah aku boleh masuk dengan mereka."

Kami menghampiri surau.

"Sama macam aku. Alah. Asalkan kita tahu serba sedikit keputusan permainan bola, lepas tu kita diam je. Nanti mereka yang lebih pula bercakap." Amer menyampuk.

Baem mengangguk.

Sesuatu yang baru saya tahu. Adakah saya juga perlu mempelajari hal-hal bola untuk turut masuk bersama kawan-kawan?

2 mengomel

ohhh... maafkan saya... sebab dulu masa sekolah ...saya selalu terasa pelik bila ada kawan-kawan lelaki yang tak minat bolasepak.... tapi bila dah masuk universiti barulah saya sedar yang tak semua orang ada minat yang sama.... walopon dikelilingi oleh ramai orang yang mempunyai minat yang sama.......

Lain orang lain minatnya. Kita raikan sahaja.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon