Kematian Karpal Singh - Berita Menggemparkan

1 bualan
Pin It
Saya melihat ini satu isu yang hangat diperkatakan.

Saya lihat juga ramai yang berlagak pandai dengan memetik kata-kata ustaz itu dan ini. Dan saya juga ingin memetik kata-kata ulama pula.

--

Pandangan Dr Aznan Hasan, Pengerusi Majlis Ulama' ISMA:

"Merasa kegembiraan dengan kematian mereka yang memusuhi Islam (atau undang-undang Islam), apatah lagi dengan permusuhan dan penentangan yang terancang adalah warid di dalam sunnah.

Menyamakan ini dengan penghormatan nabi keatas jenazah Yahudi adalah suatu qiyas yang tidak tepat sama sekali. Yahudi tersebut adalah seorang yang tidak memerangi Islam, bahkan beliau merupakan seorang warganegara di dalam negara Islam Madinah. Dua perbezaan yang tidak boleh disamakan sama sekali.

Apatah lagi untuk menyamakan beliau dengan Abu Talib. Subhanallah, di mana persamaannya?

Untuk menyatakan RIP kepada seorang kafir yang meninggal dunia, di mana semasa hayatnya adalah secara konsisten menentang Islam (atau hukum-hukum Islam) adalah sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali. Apatah lagi untuk mengucapkan Fatihah. Secara hukum-hakam syaraknya, kita sudah tahu ke mana akhirannya di sana.

Umat Islam perlu jelas hukum-hakam syarak dan tidak sepatutnya bersifat apologetik dalam hal ini."

--

Berita terbunuhnya Abu Jahal dengan cepat disampaikan kepada pasukan Islam. Mendengar berita tersebut, semangat juang mereka semakin membara. Manakala, bagi pihak Musyrikin, berita tersebut menghancur-luluhkan semangat mereka.

Rasulullah saw mendengar berita kematian Abu Jahal daripada Abdullah bin Mas’ud ra, baginda bersabda,
”Wallahi, Laa ilaha illaLLah , Laa ilaha illaLLah, Laa ilaha illaLLah, Allahu Akbar, AlhamduliLLah, Dia yang memenuhi janjiNya dengan menolong hambaNya dan mengalahkan musuhNya.”

Begitulah kematian musuh Allah dan Rasul. Abu Jahal mati dalam keadaan yang cukup hina walaupun pada ketika itu beliau termasuk manusia yang dihormati kaumnya. Beliau mempunyai kekayaan yang melimpah ruah tetapi Allah swt tetap mengotakan janjinya untuk menghinakan dirinya.

sumber: Muslim Abdullah Zaik.

--

Jangan kita keliru sehingga kita mengorbankan maruah kita sebagai umat Islam yang kuat. Agama tak melarang kita menghormati orang lain, tetapi ada batasnya. Jangan sehingga kita menggadai agama dek teringin mencapai sesuatu. Matlamat tidak menghalalkan cara dalam Islam.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

  1. Tuan,

    Saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya sebagai seorang umat manusia yang menginginkan kesejahteraan sejagat. Apakah agama tuan yang dikatakan agama sejagat itu sebegitu berdendam, sehinggakan adanya istilah "musuh" dan larangan mengucapkan kesejahteraan ke atas "musuh"?

    Apakah tuan tidak mengetahui bahawasanya hidup ini bukannya panjang? Apatah lagi dengan kefanaan yang nyata, apa gunanya menyimpan dendam walaupun dengan si mati?

    Tuan,

    Rasanya ingin saya berkongsi keindahan petikan kitab agama saya :

    "Pikiran adalah pelopor dari segala sesuatu,
    pikiran adalah pemimpin,
    pikiran adalah pembentuk.
    Bila seseorang berbicara atau berbuat dengan pikiran jahat,
    maka penderitaan akan mengikutinya,
    bagaikan roda pedati mengikuti langkah kaki lembu yang menariknya." ~ Dhammapada 1

    Tuan - jika tuan inginkan kebahagiaan, tidak perlulah tuan menyimpan dendam bagai menjeruk pekasam. Baik lagi menjeruk pekasam kerana ia tidak makan dalam.

    "Kebencian tak akan pernah berakhir,
    apabila dibalas dengan kebencian.
    Tetapi, kebencian akan berakhir,
    Bila dibalas dengan tidak membenci.
    Inilah satu hukum abadi." ~ Dhammapada 5

    Inilah petua untuk membahagiakan seluruh alam sejagat. Tuan yang bijaksana, tidak perlulah tuan mengutip kata-kata ulama atau sesiapapun kerana kata-kata mereka seelok kata-kata.

    Kebahagiaan itu tidak terikat kepada kata-kata sesiapa pun. Jalan mengendali hidup itu berada dalam tangan kita sendiri. Kita boleh menilai menggunakan kewarasan akal. Yang pasti, berdendam itu menghadirkan setompok hitam pada selembar jiwa kita yang bersih suci.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia