Hadiah Tahun Baru

5 bualan
Pin It
Lama sungguh saya tidak terbit menulis di blog. Alasan seperti blogger lain, sibuk dengan hal hal duniawi. Maaf bagi yang suka melanggan blog saya ini. Saya tidak berkesempatan menulis.

Kekeringan idea untuk disampaikan. Yelah. Blog saya ini campur campur bagai. Apatah lagi saya sudah mencipta beberapa blog baharu untuk arkib maklumat seperti Dunia Lebah Kelulut (DLK).

Susah rupanya nak mengendali lebih dari satu blog. Memanglah secara teorinya kalau blog itu niche kecil lebih mudah tarik untuk orang baca.

Blog DLK saya dikutuk kerana tidak mengamalkan hak cipta. Aduh. Malas saya nak melayan. Saya tulis bukan nak nama. Saya sendiri tidak mengaku apa yang saya tulis itu hak saya. Sebab itu saya buat screenshot untuk bukti bahawa mana saya dapat maklumat itu. Lagipun apa yang tertulis itu nanti orang akan rujuk balik ke sumber asal.

Apa salahnya?

Balik kepada cerita. Saya nak cerita bahawa penulisan pertama saya pada tahun 2013 terbit juga dalam Majalah Dewan Kosmik! Alhamdulillah. Syukur sangat!

Ceritanya tentang Kumbang. Nak tahu lebih lanjut, silalah beli Dewan Kosmik. Majalah sains untuk semua.

Kredit: Tuan Zamri Mohamad
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 ulasan:

  1. Tahniah!!! aku mesti cari majalah ni

    BalasPadam
  2. Tahniah! Saya tumpang bangga. Teruskan menulis! Saya yakin minat saudara dalam bidang sains dapat dijadikan sumber ilham untuk berkarya terutama di majalag Dewan Kosmik.

    BalasPadam
  3. @semua

    Terima kasih semua atas sokongan yang diberikan. =)

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia