Apa yang terjadi di Mesir kini?

2 bualan


Mesej kepada Syeikhul Azhar dan Mufti Mesir berkenaan peristiwa pembunuhan yang berlaku di hadapan Universiti Al Azhar. Juga mesej kepada Ulama', pemimpin, muslimin dan mereka yang punya hati di seluruh dunia.

Dr Jamal Abdul Sattar merupakan Pensyarah Kuliah Dakwah, Universiti Al-Azhar dan
Ketua Pentadbiran Pusat Hal Ehwal Dakwah di Kementerian Waqaf.

Video ini dirakam di Hospital Lapangan Rabiatul Adawiyah, ketika kesibukan merawat dan menguruskan mangsa-mangsa serangan.

Terjemahan Oleh : Mesir Kini 
Sumber : TheXMediaWar
Berminat Baca

Kisah Milo

7 bualan
Kisah ini bermula apabila saya dan rakan-rakan meluangkan masa bersama di kedai makan.

Saya pelik melihat rakan saya seorang ini. Dia tidak minat minum milo. Ramai sahaja rakyat Malaysia yang minum milo. Ia minuman popular.

Dia hanya senyum sahaja apabila melihat saya minum milo. Dia tidak berkata apa-apa.

Kemudian kami semua bersurai setelah solat maghrib bersama. Saya melepak berdua dengan dia di gazebo berdekatan.

Suasana sepi seketika. Saya tak tahu ingin berbual apa. Tiba-tiba dia memulakan bicara.

"Wong, kau nak tahu kan kenapa aku tak minum milo?"

Saya mengangguk.

"Semua kerana saudara aku."

Dia memandang ke hadapan ke arah tasik yang terbentang luas.

"Mereka terseksa."

Eh?

Kemudian saya lihat dia mula tunduk ke bawah. Saya rasa bersalah.

"Kau tahu tak Wong, siapa saudara aku itu?"

Saya hanya diam. Saya tak tahu untuk jawab apa. Situasi seperti menjadi tegang.

"Palestin. Syria. Mesir."

"Aku tak nak di akhirat nanti aku ditanya oleh Allah apa yang aku buat demi saudara aku di sana. Aku tak mahu aku dipersalahkan kerana menyumbangkan 1 sen aku kepada pembunuh mereka."

Saya diam lagi.

"Milo adalah produk Nestle. Banyak lagi produk yang menyalurkan dana ke Israel. Walaupun dikatakan boikot itu tiada apa-apa, tetapi sekurang-kurangnya aku lega."

Dia memandang ke hadapan.

"Aku lega nanti aku dapat jawab di hadapan Allah aku telah berusaha menjauhi diri aku daripada terus berkomplot secara tak langsung dengan musuh Allah."

Masa seperti terhenti seketika. Kami berdua diam sahaja.

"Umat Islam di Malaysia hebat pembelajaran ilmu agamanya. Cuma, aku kadang kadang kesal dengan ilmu kefahaman mereka."

Hati saya remuk. Rakan saya ini rupanya telah mempunyai kesedaran begitu besar tentang saudara-saudara Islam kita di sana.

"Mereka berjuang demi Islam. Mereka hidup demi Islam. Tak bolehkah kita membantu mereka dengan memboikot makanan yang menghancurkan mereka?"

"Dulu aku pernah bekerja di McD. Kemudian aku berhenti. Lebih baik hati aku ini tenang. Aku sudahlah tidak banyak pahala. Aku tidak ingin pula menambah dosa."

Saya terdiam. Dia memandang saya.

"Yang kebiasaan tidak semestinya kita perlu ikut. Kita diberi oleh Allah pilihan. Dan aku memilih untuk membantu saudara aku di sana dengan memboikot. Itu salah satu puasa kita terhadap nafsu yang dapat membantu saudara kita di sana. Allah tak menilai hasilnya tetapi Allah menilai usaha kita."

"Aku tak salahkan kau. Aku hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati setelah kerap kali kau bertanya kenapa aku tak minum milo."

Dia menyentuh tangan saya. Dia seperti tahu air muka saya seperti sudah berubah.

"Jom, kita pergi ke masjid Solat Isyak."
Berminat Baca

Kain Pelekat - Anuar Zain dan Ellina

2 bualan


Lagu klasik nyanyian Anuar & Ellina iaitu Kain Pelikat.
Berminat Baca

PTD Kelas Atasan?

2 bualan
Ketika berbual dengan En. Khatib, saya tanya adakah pasaran tuisyen di Persint ini?

"Ada. Sini ramai pasangan baru kahwin dan yang sudah anak. Kalau sekolah rendah ramai."

Alamak. Saya lebih suka sekolah menengah. Melayan kerenah budak kecil bukanlah sesuatu yang mudah.

Kemudian saya bertanya, kebanyakannya pegawai gred apakah tinggal di sini?

"Kebanyakannya gred CC dan PTD. Tetapi itulah. PTD ini memang kurang mesra kejiranan."

Eh?

"Saya ada tanya kawan saya. Memang mereka dilatih begitu. Terdapat perbezaan kelas. Kasta atas dengan kasta bawah," kata En. Khatib sambil ketawa.

Saya turut ketawa.

Malam itu saya bersembang dengan seseorang tentang hal ini.

"Ah kamu. Mana boleh anggap begitu. Aku ni memang jenis tak bergaul dengan kejiranan sebelum masuk PTD. Takkanlah nak kata PTD macam tu."

Saya diam.

"Sebab itulah kamu terpilih," balas saya selamba.

Dia diam. Susasana cengkerik melingkari kami.

Hahah.

Satu perkara yang boleh difikirkan apabila ingin menjawat jawatan PTD.
Berminat Baca

Rawatan lanjut mata

1 bualan
Saya merenung mata kanan saya di cermin. Masih merah. Tiada tanda warnanya akan menjadi normal.

Saya menarik nafas panjang. Nampaknya terpaksa saya berjumpa dengan Dr. Siti bilik 8 di PKU lagi.

"Kali ini saya foward awak terus ke pakar di Hospital Serdang," kata beliau.

Saya hanya mengangguk. Sudah lama penyakit ini menyerang saya. Kini ia menjadi lebih serius. Habis satu bebola mata kanan saya merah.

"Mungkin diserang virus. Tetapi peliknya mata kiri awak elok. Biasanya ia menyerang kedua-dua belah mata," tambah Dr. Siti lagi.

Saya membonceng motorsikal terus ke Hospital Serdang. Pasti memakan masa lagi seperti dahulu. Kali ini saya bersedia dengan membawa beberapa buah buku untuk dibaca ketika masa senggang nanti.

9.45 am saya sampai memberi surat di klinik oftalmologi. Kemudian saya turun ke bawah untuk mendaftar pula.

Sedang saya duduk, dua orang sedang berbual,

"Hai, Lim! Apa khabar? Lama tak jumpa."

"Eh berapa lama kamu tunggu?"

"1 jam setengah juga lah."

Saya terkedu. Berdasarkan pemerhatian saya, 20 nombor dipanggil setiap 15 minit Saya ada 160 lagi jarak sebelum nombor saya dipanggil.

Mata saya ralit membaca buku. Sekurangnya saya tidak bosan di sini.

11.15 am saya siap mendattar.

11.45 am saya berjumpa doktor. Seorang wanita dalam lingkungan 20-an berjilbab.

"Jumaat ini awak datang lagi untuk lihat perkembangan mata awak."

1.15 pm saya mendapat ubat titis mata. 1 pelembab dan 1 antibiotik.

Secara kasarnya, sebanyak 3 jam setengah masa saya diluangkan di Hospital Serdang.

Saya berdoa agar mata kanan saya cepat pulih.
Berminat Baca

Bisnes Tuisyen lagi?

2 bualan
Saya rehat sebentar setelah penat berFB.

Tiba-tiba deringan telefon bimbit berbunyi. Nombor yang tak dikenali tertera. Pelik.

Kedengaran suara lelaki memberi salam. Saya menjawabnya dan ingin tahu siapakah gerangan ini?

"Saya En. Khatib. Awak masih berminat buka pusat tuisyen tak?"

Terus minda saya ligat berfikir. Di manakah saya kenal akan topik ini? Oh!

"Berminat. Tetapi bukankah sudah lama?"

"Oh tak mengapa. Esok pagi selepas solat Subuh kita berjumpa di hadapan surau untuk berbincang."

Kami tutup dengan salam.

Saya berfikir lagi. Saya tiada pengalaman. Dahulu pernah ditawarkan tetapi saya berfikir panjang. Bukan tidak mahu menerima rezeki tetapi bebanannya besar.

Setelah berfikir sejenak, saya teringat akan pengetua pusat tuisyen saya. Pengalaman dia lebih banyak. Mungkin saya boleh majukan kepadanya untuk tindakan lanjut.

"Kak, saya mendapat tawaran buka kelas tuisyen. Tempat disediakan. Hanya perlu uruskan sahaja."

Alhamdulillah Kak Zu setuju.

Selepas berbincang pada pagi tadi bersama En. Khatib, dia mengatakan perlu cepat kerana tempat yang telah ditempah sudah 3 tahun tidak beroperasi.

Insya-Allah jika menjadi, pertengahan Syawal akan bermula pusat tuisyen ini kecil-kecilan.

Satu pengalaman baharu buat saya. Satu pekerjaan baharu buat saya juga.
Berminat Baca

Pengurusan Alir Kerja Yang Tegas (Apps)

Berbual
Terbuka Facebook. Opps. Ada yang mengingatkan!

Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu aplikasi yang membuatkan saya terpaksa berkeras terhadap diri saya.

Namanya Strict Workflow (atau Melayunya seperti di atas). Ia satu apps yang ringkas tetapi berguna bagi mendisplinkan diri kita daripada terjebak dengan kancah media sosial.

Sekali tertekan apps ini, saya terpaksa tunggu 25 minit untuk membuka Facebook, Twitter, Blogspot, Youtube, dan lain-lain.

Ya saya tahu saya boleh buka dengan pelayar lain seperti Mozilla Firefox ataupun Google Chrome. Tetapi saya tahu saya menipu diri saya sendiri. Jika tidak apakah gunanya saya install apps ini ke dalam Google Chrome?

Apabila terbuka laman-laman yang ditegah, tomato akan tolong mengingatkan saya. Ia seakan satu perang minda mengatakan saya sebenarnya ada kerja lebih penting berbanding membuka laman tersebut!

Amat bagus buat sesiapa yang inginkan peringatan buat diri sendiri. Saya amat sarankannya.
Berminat Baca

Dihempap Lembaga Hitam Ketika Tidur

4 bualan


Kisah hantu menghempap ketika tidur banyak sekali dilaporkan. Terutama ketika saya masih lagi belajar sebagai mahasiswa.

Rupanya ditindih ini tersebar di seluruh budaya di dunia. Wahhh! Dan video ini menerangkan secara saintifik apa itu ditindih oleh lembaga!
Berminat Baca

Pemberi rezeki si Haji

4 bualan
Peristiwa ini berlaku pada tahun 2011. Sewaktu itu saya masih lagi budak hingusan dalam dunia blog. Hampir semua cerita saya nak kisahkan di sini. Ini termasuk keburukan orang lain.

Ketika itu saya rajin ingin mencari wang saku tambahan. Kelas amalan ladang saya baru sahaja habis membuat eksperimen. Di situ terdapat banyak lebihan salad. Jadi, saya fikir apa salahnya saya ambil dan jualkannya.

Kawan-kawan sejurusan saya pun memberi kelulusan. Hati saya gembira.

Namun, disangkakan petang cerah sentiasa, hujan pula yang datang. Pegawai di situ menasihati saya agar tidak membuat perkara ini. Katanya melanggar undang-undang universiti.

Saya yang ketika itu begitu panas hati kerana sebelum ini dia ok sahaja. Mungkin kerana dia juga ditegur oleh pihak atasan setelah mereka nampak perbuatan saya itu.

Saya terus nukilkan ketidakpuasan hati saya di blog lama.

Nak dijadikan cerita, seorang kenalan saya daripada jurusan Sains Pertanian terbaca nukilan saya. Dia melompat girang dan mengkhabarkannya kepada pegawai tersebut. Selepas itu dia menegur, "Wong, baguslah tulisan blog kau. Aku dah beritahu kepada En. R." Tersenyum sengih sambil berlalu.

Pegawai itu tahu. Dia naik angin. Kebetulan pula, saya terpaksa ponteng dua kali kelas kerana merawat kucing abang saya di hospital verterinar UPM.

Saya rasa bersalah. Untuk tidak memanjangkan hal ini, saya berjumpa dengan pegawai tersebut selepas tamat ujian 1 kelas amalan ladang.

Ketika itu saya biarkan semua kawan saya berlalu pergi. Saya hanya ingin berjumpa dia dan saya. Saya tidak mahu kes ini dihebohkan.

Rupanya dia cool sahaja. Dia faham saya datang untuk minta maaf. Sedang kami berbual datang seorang pegawai atasan dia. Berpangkat haji.

"Ha! Kamu la pelajar yang bising-bising itu. Nampak sahaja baik, tetapi hmph." Herdik beliau kepada saya.

Badan saya terasa seram sejuk. Kaki menggeletar. Yelah. Saya tahu itu memang salah saya.

"Kamu tahu, kalau kamu teruskan perangai kamu ini, jangan haraplah kamu nak senang kelak. Saya boleh blacklist nama kamu di UPM. Bukan saya tak kenal orang-orang UPM dan partnernya," sambung Tuan Haji lagi.

Saya termengkelan. Apakah tulisan saya begitu menyakitkan hati beliau? Bukankah ini hal saya dengan encik R? Hati saya pilu. Pegawai yang selama saya hormati mengatakan dia mampu mengawal rezeki saya selepas saya bergraduat.

Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk pulih dari trauma ini. Kemudian saya menukar nama blog saya. Kenalan saya yang girang itu memerli saya selama sebulan. Saya abaikan sahaja sebab itu memang perangai manusia. Suka melihat kejatuhan orang lain.

Kini, saya sedar. Rezeki itu milik Allah. Manusia bukanlah pemberi rezeki. Namun, kenapa Tuan Haji itu boleh berkata begitu kepada saya? Saya sedih. Saya kecewa.

Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat takbur seperti itu.
Berminat Baca

Pensyarah MIT yang Cool!

3 bualan


Tugas seorang cikgu menceriakan suasana kelas. Saya pernah menjumpai pensyarah begini. Sehingga kini saya masih ingat apa yang telah beliau ajarkan. Sungguh!

Saya suka pensyarah bercerita dan bukannya bersyarah (walaupun saya tahu dalam istilah pensyarah daripada masksud syarah!)

Dan, saya ingin menjadi seperti beliau. Menyampaikan ilmu seikhlas mungkin agar anak murid saya faham.
Berminat Baca

Mendapat Tukul Thor daripada SV

Berbual
Kelmarin saya mendapat SMS daripada SV saya. Hati saya berdegup kencang. Selalunya jika beliau SMS alamatnya ada la perkara yang ingin dibincangkan. Dan bukan semuanya khabar baik.

"Salam. Wong, di mana kamu? RVSP saya esok."

Aiseh. Dr. dapat kesan saya tidak hadir ke bilik siswazah selama seminggu. Minggu lepas saya balik kampung untuk merawat sakit mata saya. Saya sudah tawar hati dengan beberapa khidmat Dr. di PKU. Yelah mereka bukan pakar mata.

Ibu mencadangkan saya balik ke kampung dan merawat di sana.

Tepat 9 pagi saya masuk ke bilik siswazah meletakkan barangan saya. Saya lihat bilik SV saya berkunci. Lebih elok saya tunggu sehingga beliau ada sebelum berjumpa dengannya.

Sedang saya membuka laptop, kedengaran suaranya. Ahah. Beliau sudah hadir.

Bergegas saya pergi berjumpa dengannya.

"Ha! Mi, apa cerita?" soal beliau.

Entah kenapa, beliau selalu menggelar saya Mi. Serius nama saya langsung tiada gabungan M dan I secara bersebelahan!

"Errr. Begitu la Dr." jawab saya pula.

"Ada update terbaru? Sudah pecah batu bata simen? Berapa kg?"

"Tak sempat Dr. Saya balik kampung merawat..."

"No no no. I don't want to hear excuses."

Alamak. Saya tahu saya sudah tersilap langkah berbicara. Yelah. Sebagai seorang ketua saya juga mahu mendengar "siap" daripada anak buah saya. Alasan hanya buat si pemalas.

"Itu lah kamu ni. Bila nak maju?"

"Ok Dr. Saya akan update nanti." Cepat saya mengatakan ya bagi menamatkan perbualan ini. Berdasarkan pengalaman, beliau pasti akan berleter panjang. Menasihati. Uhuks. Kalau orang muda jarang nak dengar ni!

"What I want to hear is 'done'."

"Ok Dr. Saya faham." Sambil saya mengundur diri ke belakang. Perbicaraan perlu cepat tamat!

"Kamu pecah bata guna apa?"

Saya berhenti seketika. Berfikir jawapan apa nak diberikan. Saya tak mula apapun!

"Tukul kecil diambil dari rumah saya."

"Tak apa. Kamu guna tukul kita. Lagi besar." Beliau bangun dan menyuruh saya mengikutinya mengambil peralatan dari makmal.
Yeah! Kini saya ada kuasa memecahkan bata simen!

"Nah tukul 2 kg. Cukup? Atau kamu nak lebih besar lagi?"

2 kg? Oh ini sudah memadai. Tak perlu besar sangat. Lainlah kalau saya ingin memecahkan dinding fakulti ini!

Saya hanya mengangguk tanda 'ini sudah ok'. Tak mahu bicara banyak. Takut nanti banyak lagi disoalnya.

Petang itu saya menukul. Dengan tukul 2 kg ini sahaja sudah boleh memecahkan batu bata yang saya kumpul (baru 2-3 ketul).

Berminat Baca

Siput Babi - Video Parodi Burung Murai

Berbual


Video ini mengisahkan seorang anak yang tak puas mengapa siput itu ada babi di belakangnya.

Tak tahu sama ada saya hendak tergelak atau menangis menonton video ini. Ish ish ish.
Berminat Baca

Impian Remi - Animasi tempatan terbaharu

Berbual


Terhibur saya menonton animasi pendek ini. Nampaknya pelajar MMU memang mempunyai bakat dan skil dengan penghasilan video animasi berkualiti. Boleh lihat beberapa perkongsian saya di sini.
Berminat Baca

Blogspot atau Wordpress?

4 bualan

Saya yakin ini menjadi persoalan terbesar buat penulis blogger khususnya di Malaysia. Apakah platform blog terbaik? Blogpsot atau Wordpress?

Mengulas akan hal ini, saya dapat memberi jaminan ramai blogger Malaysia menggunakan host blogspot sebagai wadah penulisan.

Antara sebab yang boleh saya katakan:

1. Mudah menulis dengan blogspot
2. Blogspot ada butang followers
3. Design blogspot ringkas
4. Integrasi dengan akaun gmail

Bagaimana pula dengan Wordpress?

Saya tak berapa syorkan aktif dengan Wordpress.com kerana akibatnya teruk nanti apabila kita ingin berserius blog kemudiannya. Ya memang Wordpress.com mesra pengguna dan mempunyai kawalan banyak berbanding blogspot, tetapi perlu ingat, jika kita ingin lebih maju, Wordpress.com mengenakan pelbagai caj, termasuk menukar nama domain.

Jika blogspot, penukaran nama domain tanpa ada .blogspot.com di belakang alamat url kita adalah percuma. Saya ulang kembali percuma.

Jadi kita akan tetap menggunakan hosting blogspot.

Di sini kita hanya perlu membayar yuran tahunan domain sekitar RM30-40 setahun atau RM2-4 per bulan.

Murah bukan? Dua blog yang boleh saya beri contoh iaitu Eqbal Zack dan Innanie.

Manakala jika kita menggunakan Wordpress.org, kita terpaksa juga membeli hosting sendiri. Kos paling murah untuk satu hosting dalam RM30. Tetapi seperti kemurahannya juga, servisnya tidak begitu baik.

Ini berdasarkan pengalaman saya yang mempunyai hosting sendiri iaitu KebunBandar.com.

Kemudian saya upgrade ke hosting standard, dengan kos RM80/tahun.

Jumlah keseluruhan adalah RM110/tahun dengan pecahan kiraan RM30 (domain) + RM80 (hosting).

Mengapa saya tidak guna blogspot? Ah itu nanti saya tuliskan pada post lain.

Kesimpulannya, dengan blogspot kita akan jimat banyak. Ia mudah dikendalikan dan sesuai untuk pemula blog amatur.

Kelemahan blogspot mungkin dari segi design blog yang ortodoks. Namun semua itu telah mengalami revolusi. Nanti saya kongsikan bersama. Setakat ini, ketahuilah blogspot masih mendapat tempat buat blogger semua.
Berminat Baca

Kerjaya Cikgu Tuisyen Memang Mencabar!

3 bualan
Pagi tadi saya mengajar tuisyen di rumah klien. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Rezeki saya dimurahkan lagi apabila klien saya ingin saya mengajar anaknya juga subjek matematik. Katanya anaknya lemah konsep matematik.

Berdasarkan pemerhatian saya, ada betulnya juga. Syahmi boleh mengira dengan cepat. Tetapi mengapa mendapat markah matematik selalu sahaja C?

kredit foto : Ariff Shah
Saya akan ajarkannya teknik dan tips menjawab peperiksaan matematik. Sambil itu saya akan juga mengaitkan bagaimana matematik membantu dalam kehidupan seharian.

"Kalau ada mak cik datang ke rumah ini. Kemudian ingin membeli 1 meter kain. Kamu ada pembaris berukuran 15 cm sahaja. Bagaimana akan kamu lakukan?" tanya saya kepada Syahmi.

Dia diam seketika. Memikirkan jalannya. Bagi saya, saya tidak akan terus memberi jawapan. Saya akan tunggu sehingga pelajar dapat jawab sendiri. Jika lambat mendapat respon, saya akan memberi klu seperti, "1 sentimeter bersamaan dengan berapa meter?"

Terus dia boleh menjawab. "Maka jika ada pembaris 15 cm?"

Lalu saya tunjukkan cara pengiraannya dengan betul. "Oh," katanya.

Saya senyum sahaja memerhatikan gelagatnya.

"Saya tahu, saya tahu!" celah adiknya apabila saya bertanya soalan kepada Syahmi.

Saya tahu adiknya itu tidak tahu. Tetapi berpura-pura tahu bagi memikat hati saya. Saya senyum.

"Cikgu suka kalau kita bercakap jujur. Jika tahu, kita tunjukkan apa yang kita tahu. Jika tak tahu, kita mengaku kita tak tahu. Itu juga salah satu adab menuntut ilmu," jelas saya kepada 4 orang adik-beradik di situ.

Saya jelas bahawa menjadi seorang cikgu tuisyen, saya bukan setakat mengajar itu ini sahaja. Saya juga bertanggungjawab mendidik anak didik saya menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat.


Berminat Baca

Watak-watak di Masjid - Video ringkas

Berbual
Berminat Baca

Menukar bateri - Sebuah video penghargaan Ibu Bapa

2 bualan


Video menarik dan menyentuh perasaan hasil karya pelajar kolej MMU.

Jika robot boleh ditukar bateri, tetapi bagaimana pula dengan ibu bapa?

Anda cuma hidup sekali, lalu hargailah ibu-bapa anda.

sumber: https://www.facebook.com/photo.php?v=392049524232272
Berminat Baca

Mengapa menulis dengan SEO penting? #Infografik

2 bualan
Kenapa SEO penting

(Klik pada poster untuk gambar lebih jelas)
Berminat Baca

Langgan maklum balas komen

5 bualan

Saya suka melanggan komen di blog TanamSendiri.com. Tuan Iskandar suka membalas komen tepat dengan soalan komentar yang diberikan. Saya rasa dihargai di sana. Ini menyebabkan saya juga suka berkongsi maklumat hortikultur di blog beliau.

Cuma, masalahnya, komen tidak keluar dalam carian blog. Agak sukar untuk mencari kembali isi-isi jawapan yang telah diberikan.

Apabila beliau membalas komen atau ada pengunjung lain komen, saya turut menerima notifikasi terus ke emel. Senang untuk saya pantau kehadiran komen baru. Fungsi melanggan komen ini saya gunakan sepenuhnya. Amat bagus untuk kita tahu adakah empunya blog membalas komen kita atau tidak.
Berminat Baca

Kebenaran Komen - Siapa benar?

3 bualan

Saya lihat semacam tren buat blogger mengaktifkan moderasi komen. Ia bagi mengawal kemasukan spam komen dan komen yang tidak membina.

Saya pula suka menerima komen terus ke emel.


Jadi saya dapat notifikasi lengkap komen di blog. Tak perlulah saya sentiasa cek blog 24 jam hanya untuk kesan komen terbaru.

Oh, widget komen di sidebar itu saya letakkan agar pengunjung yang datang tahu saya ada membalas komen mereka. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya ini. Saya amat menghargainya.

Apa pandangan kalian pula? Mengapa mengaktifkan moderasi komen?
Berminat Baca

Timun Sambal



Saya suka langgan video-video masakan si pemasak dari Korea ini. Pandai beliau memperkenalkan makanan Korea. Walaupun slangnya Kinglish, tetap menarik menonton cara beliau masak.

Saya yang tak minat tonton video masak pun boleh teringin memasak selepas menonton ini. Huh!

Timun Kimchi untuk peminat K-Pop. Heh.
Berminat Baca

Rumah Ran sebati dengan pokok



Apabila tonton video ini terus saya teringat filem-filem Doraemon yang saya selalu tonton ketika saya kecil dahulu.

Rekaan menarik dan terbaik!
Berminat Baca

Ladang Pertanian di dalam Sekolah

2 bualan


Saya tertarik dengan video ini. Di England, mereka membina sebuah ladang di dalam sekolah mendidik pelajar mereka erti di mana makanan sebenar datang. Sungguh bermaklumat!
Berminat Baca

Tazkirah Bulan Ramadhan

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

(32:16)
Berminat Baca

Pembelajaran Kenabian

4 bualan

Ketika saya pergi melancong ke Jogjakarta, saya sempat melawat Pesta Buku Islamik anjuran Universiti Negeri Yogyakarta (UNY). Di sana saya terpegun melihat banyak buku Indonesia bersifat Islamik.

Banyak karya-karya tokoh ilmuan Arab diterjemah oleh penulis mereka. Jadi ilmu rujukan mereka tidak terhad kepada ilmuan Barat sahaja.

Buku ini dihadiahkan oleh sahabat saya, Sujono. "Moga antum dapat manfaat daripadanya. Penulis ini dozen ana."

Buku ini banyak melibatkan contoh daripada ilmuan Islam. Pasti al-Quran dan Sunnah kerap ditonjolkan, seperti tajuk yang diguna pakai.

Kemudian, ingatan saya terpalit untuk menyatakan bahawa penulis di Malaysia kerap kali menggunakan tokoh Barat dalam penulisan mereka. Kurang sekali mereka cuba kaitkan kejayaan Rasul, sahabat dan para salafu-soleh dalam penulisan mereka.

Selain jualan buku, pesta ini juga dipenuhi dengan diskusi bedah buku
oleh tokoh-tokoh penulis terkenal Indonesia.
Ini mungkin kerana rujukan di Malaysia tentang buku terjemahan daripada bahasa Arab amatlah kurang. Kalau ada pun lebih bersifat keagamaan. Lain pula di Indonesia. Jelas institusi terjemahan mereka aktif dalam menterjemah bukan setakat buku bahasa Inggeris malahan bahasa Arab.

Yang pasti, membaca buku ini membuatkan saya terfikir 'Rupanya ilmuan Islam jauh terkedepan berbanding ilmuan Barat yang lebih bersifat duniawi.'

Berminat Baca

Tips menulis oleh Natalie Goldberg

2 bualan

Berminat Baca

Apakah huruf pertama bahasa Inggeris?

Berbual


Video lawak 'Siapa mahu menjadi jutawan?' Apakah huruf pertama dalam bahasa Inggeris? Memang pening!
Berminat Baca

Apabila Gajah Putih berlipur lara

4 bualan
Cerpen orang Siam

Ternyata orang Siam tidak juga ketinggalan meninggalkan kesan kepada saya tatkala saya membaca antologi ini.

Seperti kata penterjemah, ternyata orang Thailand bijak menggunakan deria bau, sentuh dan rasa sebagai wadah penulisan mereka.

Kala saya membaca ini, perasaan sedih, gembira, tawa dan pilu memenuhi segenap rasa hati ini.

Siapa sangka di balik Perpustakaan besar PSAS ada juga tersirat kisah dari negara Gajah Putih ini?
Berminat Baca

Pantang larang mengenyit mata

1 bualan
Mata kanan saya sakit lagi. Walaupun pernah pergi ke PKU UPM, tetap masih tidak baik sehingga kini mata saya ini.

Risau saya dibuatnya. Kebelakangan ini kerap ia sakit terutama apabila saya bangun daripada tidur. Untuk menahan sakit ini, saya terpaksa mengurangkan kenyitan mata kanan. Kalau boleh sedikit sahaja kelopak mata saya ditutup. Itupun sementara.

Lalu, saya pun terpaksa pergi ke Pusat Kesihatan Universiti UPM sekali lagi demi mendapat nasihat. Saya tak pasti kali ini apa nasihat yang akan diberikan. Yelah. Mereka bukanlah doktor pakar mata.

Lagipun saya sudah pergi ke Hospital Serdang mendapat rawatan pakar. Namun, hasilnya kurang memberangsangkan.

Kali ini seperti biasa saya memohon rawatan daripada doktor tempatan.

"Adik pergi ke bilik no 11. Di belakang ya," kata kak jururawat di kaunter pendaftaran.

Oleh kerana tidak ramai orang, dalam beberapa minit saya sampai, nombor saya dipanggil.

Saya masuk. Kelihatan seorang doktor Cina di hadapan saya.

"Silakan duduk. Sakit apa?" tanya dia.

"Err.. Sakit mata."

"Baik saya beri ubat sakit mata. Ada sakit lain?"

Eh? Senangnya! Datang ujar sakit apa dan terus boleh erpgi ambil ubat. Saya cuba kembangkan isi saya.

"Tak doktor. Bukan sakit mata akibat jangkitan. Sebelum ini saya telah.."

"Tak apa. Saya tahu. Jangan makan seafood, daging merah, telur dan kekacang," celah doktor itu.

Saya terbungkam diam. Ok lah. Doktor ini ada beri sedikit nasihat pantang larang yang patut saya ikuti kalau hendak mata saya ini cepat pulih.

"Ok. Boleh pergi ambil ubat."

Oleh kerana sudah dikatakan selesai, saya pergi sahajalah ke kaunter farmasi pula.

"Ini ubat antibiotik. Makan 3 kali sehari."

"Tapi puasa macam mana pula kak?"

"Makan selepas berbuka, tengah malam dan selepas bersahur."

Nampaknya saya terpaksa makan ubat lagi.

Bagi kawan-kawan pula? Apa pantang larang kalau sakit mata atau luka dalaman? Petua makan apa untuk sihat cepat? Jom kongsikan bersama.
Berminat Baca

Kesesatan Yang Nyata

6 bualan
Saya mempuyai tabiat buruk untuk tidak mengingati tempat. Biasalah. Sebelum ini hanya tahu menumpang sahaja apabila abah atau kakak pandu kereta. Ini membuatkan saya selalu sahaja sesat apabila bersiar-siar di sekitar UPM termasuk Putrajaya dan Bandar Baru Bangi.

Sehingga lah saya tahun ke-4 di UPM barulah saya sedar saya ada masalah lupa ingatan. Lupa nak ingat tempat saya kunjungi dan jalan-jalannya.

Bayangkan saya boleh sesat di Putrajaya sebanyak 3 kali. Berpusing saya di bulatan terbesar di Malaysia (agaknya).

Juga lebih dari 3 kali saya sesat hanya untuk pergi UKM melawat rakan atau adik di sana. Huh!? Pening juga apabila melihat bulatan sana sini di Bandar Baru Bangi. Apatah lagi kilang kiri dan kanan. Takut!

Kemudian saya teringat seperti bermain permainan komputer. Yelah. Redah sahaja asalkan sampai ke matlamat tempat permainan. Pusing beberapa kali di tempat sama sampai minda dapat menghafal jalan.

Lama-kelamaan saya membentuk satu skil yang hebat (yelah tu). Heh. Saya mampu up level skil saya dengan membaca Google Maps. Yeay!

Asalkan tahu asas jalan di sekitar Putrajaya, Serdang dan Bangi, insya-Allah boleh saya hafal jalannya.

Saya akan bermeditasi 2 hingga 3 minit membayangkan saya sedang membonceng motorsikal ke tempat tersebut.

Selalunya saya akan buat survey dahulu sebelum ke tempat yang dituju. Jadi tak lah saya terlewat untuk sampai ke tempat yang dituju nanti.

Kesimpulannya, saya harus berani untuk sesat. Jika tak saya hanya akan menjadi penumpang yang tidur. Ngee~
Berminat Baca

Salam Ramadhan Buat Semua

2 bualan


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan buat kesemua muslim sedunia tak kira di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

Marilah kita berpesta sepuas-puasnya selama sebulan. Pesta ibadah! Yeay!
Berminat Baca

Mengawal atur post berkala di pagae FB

2 bualan
Saya baru tahu boleh dijadualkan post di page Facebook. Ini pun setelah diberitahu oleh rakan saya di FB.

Caranya:

1. Pergi ke status page.
2. Klik pada ikon jam. 
3. Tambah dari tahun, bulan, hari dan akhir sekali masa.
4. Tekan schedule.



Untuk semak kembali apa yang telah dijadualkan.

1. Pergi ke Edit Page > Use Activity Log
2. Lihat log post yang sudah dan akan datang.



Untuk kekal aktif di sini, saya rasa berguna juga fungsi ini untuk digunakan. Tidak lah perlu saya sepanjang masa berada di wajah buku. Kasihan waktu saya. Heh.

Berminat Baca

Membaca mampu mengelakkan ketuaan



Tertarik saya untuk meletakkan video ini dalam blog. Antara kelebihan membaca menurut kajian dalam video ini adalah ia mampu mengurangkan kesan tua kepada orang tua.

Lagi banyak membaca, lagi sihat otak subjek.

Jadi apa lagi, kurangkan menonton sinetron, banyakkan membaca novel. =) Cerpen pun ok.
Berminat Baca

Analogi Kamar Kecil yang ikhlas

3 bualan
Saat saya dan Hakimi berdebat tentang ikhlas, tiada kata lain oleh pendengar di sekeliling kami.

Saya hanya diam menganggukkan kepala. Tanda cuba memahami apa yang Hakimi ingin sampaikan. Saya sudah tahu perangai dia yang suka berdiskusi. Tetapi niat saya ini hanya ingin bercerita tentang ikhlas dalam belajar.

"Ramai orang salah anggap tentang ikhlas. Apa itu ikhlas?" soal Hakimi kepadaku.

Ah.. aku hanya ingin mengatakan bahawa belajar itu biar ikhlas. Barulah ada keberkatan dalamnya. Ini disoalnya aku kembali.

Oleh kerana tiada jawapan daripadaku, terus dia menyambung, "ikhlas itu membuat tanpa mengharapkan balasan apapun daripada manusia. Hanya Allah sahaja kita serahkan segalanya."

"Ikhlas itu hanya diri kita sendiri dan Allah sahaja tahu," celah aku.

Kami semua tersenyum sahaja. Suasana menjadi sepi sementara waktu.

"Bagaimana kalau ikhlas dalam memberi pula?" suara Sujono keluar memecahkan sunyi.

Kami hanya mendiamkan diri.

"Ia ibarat kita pergi ke tandas dan melepaskan hajat. Nikmatnya datang dan tidak lagi kita berfikir apa tentang apa yang kita lepaskan."

Terus kami semua tergelak. Ada betul juga analogi yang Akhi Sujono katakan itu.

Sambil itu saya melihat 2 mangkuk Bakso yang baru saya habiskan. Nasib dia menceritakan selepas kami selesai memenuhi kehendak kami ini. Heh.
Berminat Baca

Man Jadda Wa Jada

2 bualan



Satu lagi filem yang wajib saya tonton selepas Lasykar Pelangi. Kagum saya melihat negara jiran kita menghasilkan filem-filem inspiratif berbanding filem tempatan kita.

Apatah lagi novel yang mereka hasilkan.
Berminat Baca

Melewati Bumi Jogjakarta

3 bualan
Pada Isnin lepas saya mendapat kesempatan untuk melancong ke Jogjakarta, Indonesia.

Pelbagai perkara saya belajar ketika pergi ke sana.

Tentang pengurusan masa, wang dan juga manusia. Al-maklumlah saya ditugaskan sebagai ketua dalam rombongan musafir ini.

Sabda Rasulullah (s.a.w.):

“Apabila tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah ke atas mereka seorang untuk menjadi ketua.” (Abu Daud)

Antara hal yang tak dapat saya lupakan adalah terlepasnya kami penerbangan ke Jogjakarta pada hari Ahad lalu dek kerana kecuaian. Oh. Pengajaran besar buat saya dan lain-lain.

Kemudian mengenai pengurusan kewangan di sana. Kerana kami pergi berteraskan satu maklumat sahaja, kami jadi agak bingung untuk membelanjakan wang di sana. Lagipun ini kali pertama buat kami semua merantau ke luar negara.

Apa yang pasti, perjalanan ke Jogja bukan satu perkara yang boleh kami lupakan begitu sahaja.

Saya juga mengucapkan terima kasih buat ikhwah di sana yang sanggup menemani kami sepanjang 6 hari kami berkelana di sana. Hanya Allah sahajalah mampu membalas jasa baik mereka itu.
Berminat Baca

Kepingan Besi Bercahaya

Dua orang lelaki di dalam bilik yang sama,
Termenung melihat sekeping besi bercahaya di hadapan masing-masing,
Tersenyum sengih,
Termenung lama,
Terpendam pelbagai pemikiran

Entah apa mereka itu bualkan sepanjang malam,
Rutin sama diteruskan,
Tergelak,
Pilu,
Gembira.

Dua orang lelaki yang hidup di perantauan,
Menghabiskan masa melihat sekeping besi bercahaya.
Berminat Baca
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

Manusia