Ertinya Membangun Ummah melalui Pemuda



Untuk menegakkan daulah Islam kembali, bermula dengan diri sendiri. Bermula dengan pemuda yang mempunyai jiwa yang ditarbiyah.

Ada masa? Jom tonton video ini.
Berminat Baca

Haiwan dengan kuasa kuat!



Nak tahu apa kuasa mereka ada? Jom tonton video ini. Agaknya di sinilah orang Puteh dapat idea mencipta kisah-kisah berkuasa~
Berminat Baca

Amarah Lengang

Aku melihat kiri dan kanan. Lengang kawasan Putrajaya ini. Kenderaan hanya dua tiga sahaja berlalu setiap 30 minit.

Aku dengan selambanya masih membawa motor kapcai aku ini pergi ke rumah Akmal. Rumahnya di Persint 15A. Tidak jauh katanya. Aku pula nun di Desa Pinggiran Putra.

"Jangan lupa ikut laluan motorsikal. Nanti disaman polis jika ingkar," pesan Akmal petang tadi.

Aku selama ini tidak pernah pun terasa ingin menyusuri motorsikal buruk aku ini di laluan motorsikal. Tidak suka. Terutamanya laluan yang malap jauh dari cahaya jingga lampu jalan.

Entah mengapa dalam detik tengah malam ini badan aku terasa seram sejuk. Hendak dikatakan angin hujan tidak juga. Langit aku lihat cerah sahaja.

Nak dikatakan angin kenderaan tidak juga. Jarang aku lihat kenderaan lalu.

Di hadapan aku lihat ada terowong laluan motorsikal. Berfikir 2-3 kali juga aku tentang ini. Tambahan dengan perasaan yang tidak tenteram ini.

Terus aku teringat filem-filem seram Melayu. Terbayang satu persatu wajah wanita berambut panjang.

Aduh! Menyesal pula aku rasanya. Kini jantung aku mula berdegup kencang tanpa sebab.

Aku pujuk hati ini agar melupakan segala kisah yang pernah aku dengar.

Putrajaya ini aman tempatnya, rayu hati aku.

Aku dengan hati yang redha membonceng masuk terowong gelap itu.

Aduh. Terasa begitu lama boncengan ini. Mata aku langsung tidak berkelip mengenangkan kisah-kisah penciptaan pengarah Filem Melayu yang dayus akan duit bangsanya.

Aku soal kembali hati ini. "Kau takutkan Allah atau makhluk?" Semestinya makhluk tetapi...

Arhhh! Konflik terus berkocak. Aku rasakan seperti sedang menahan rasa ingin pergi ke tandas saat aku memasuki terowong gelap ini.

Mata aku terus memandang ke hadapan. Tidak ingin aku menoleh kiri mahupun kanan. Mulut aku terkumat-kamit membaca ayat Kursi. Buat pelindung saat diperlukan.

Tiba-tiba motorsikal yang aku bonceng ini terasa berat sahaja belakangnya. Ah sudah, hati aku mula berkecamuk lebih hebat.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan terus menumpukan pandangan aku di hadapan cahaya jingga di hujung terowong.

Aku rasa inilah saat aku fokus selama 18 tahun aku hidup di dunia ini. Tidak selama aku fokus seperti aku solat. Tidak juga selama ini aku rasa begitu aku mengharapkan pertolongan Tuhanku.

Betullah kata orang. Kala kita dalam kesusahan barulah hendak ingat Allah. Aku malu. Tetapi bagus sebenarnya.

Saat aku menghampiri lubang terowong yang bakal mengeluarkan aku dari kegelapan ini aku terasa bebanan motorsikal aku semakin berat.

Aku rasakan diri aku ini juga seperti 'vampire' drama 'Angel' yang mencari cahaya untuk membunuh diri kala siang menyinar.

Sebaik sahaja mata aku terasa pedih cahaya jingga, terus bebanan di belakang juga hilang.

Mulut aku tidak kesudah mengucap syukur. Aku terus membawa motorsikal aku keluar dari laluan motorsikal.

Biarlah aku disaman berbanding aku disentuh rasa ini lagi.

Sampai sahaja di rumah Akmal, aku diam tidak menceritakan kisah ini. Nenek pernah berpesan, jika hendak cerita pengalaman pelik, biar keesokannya, jika mahu selamat.

Dan aku berpegang pada pantang larang itu, walau dunia telah mencapai tahap penggunaan Muka Buku.
Berminat Baca

Jelas berfikir selepas bersenam



Minimum 20 minit senaman mampu meningkatkan kejelasan kita berfikir. Menarik!
Berminat Baca

Video Konspirasi juga sebenarnya konspirasi?

1 bualan


Saya tertarik dengan video ini. Ramai juga rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan kisah konspirasi. Sejarah saya mula meminati teori konspirasi seingat saya setelah saya membacanya di dalam majalah MASTIKA.

Entahlah. Tapi itulah kebenaran konspirasi di mana saya mula mengenalinya.

Ketahuilah:
“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan ALLAH adalah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)” (Al-Imran, 3:54)

Nota: Kebergantungan kita hendaklah pada Allah sahaja. Bukannya kepada teori konspirasi. Allah lah Maha Perancang.
Berminat Baca

Bersembang tajwid sebentar

3 bualan

Al-kisahnya saya pergi menghadiri satu sesi majlis pengenalan herba di institut latihan pertanian di Jabatan Pertanian Serdang dengan menggunakan tiket MyAgrosis, Khamis minggu lepas.

Terdapat 7 orang keseluruhannya yang pergi ke sana. Kami semua menaiki bas UPM. Saya seorang sahajalah lelaki yang hadir. Uhuks.

Ketika pulang, saya terdengar perbualan 3 orang gadis ini.

Mereka berbicara tentang bacaan tajwid. Salah seorang daripada mereka membetulkan antara satu sama lain.

Saya kagum. Sambil menunggu bas pun mereka boleh bersembang perkara bermanfaat.
Berminat Baca

Kaedah Betul Pemasaran Internet 2013

Berbual


Saya tertarik dengan pembentangan powerpoint ini. Isi-isi dalam slide ini ringkas sahaja.

Ini barulah boleh dikatakan cara betul untuk membuat slide dengan powerpoint.

Pengarang berjaya menyampaikan mesej pembentangannya dengan gambar-gambar berkaitan dan juga contoh-contoh yang menarik.

Banyak juga ilmu pemasaran Internet saya dapat dengan hanya mengikut slide ini. Bayangkan pula jika saya turut serta dalam ceramahnya.

Berminat Baca

Kumpulan Atas Tanah Bahasa Melayu Tinggi

4 bualan

Kewujudan kumpulan ini secara tidak sengaja saya perasan tadi. Hebat sungguh ahli-ahli dalam kumpulan ini. Ternyata saya bukanlah seorang yang syok sendiri menggunakan wadah Bahasa Melayu Tinggi demi memartabatkan pemikiran wacana tinggi.

Saya klasifikaskan kumpulan atas tanah (bukan bawah tanah) kerana setting kumpulan Facebook ini adalah terbuka (open group).

Saya juga tertarik perbincangan dalam group tersebut.




Bayangkan kanak-kanak terpengaruh dengan cerita alih bahasa Melayu Tinggi. Syabas Kementerian Komunikasi kerana mewajibkan setiap alihan bahasa perlu menggunakan BMT.

Jom, kita sama-sama mempraktikkan BMT dalam kehidupan harian kita. 
Berminat Baca

Mengapa blog kurang pembaca?

4 bualan


Terdapat 7 sebab kenapa blog kurang pengunjung:

1. Tajuk bosan.
2. Isi tidak menarik minat.
3. Post tidak sekata. Contoh oleh (saya sendiri. erk?)
4. Post terlalu panjang. Contohnya oleh Mak cik Buku.
5. Post tiada fokus. Contohnya oleh Akmal.
6. Tidak membalas komen pengunjung. Contohnya oleh Dr Kamariah.
7. Post lari dari niche blog.

Selain itu, ada 13 sebab penulisan post bosan yang patut kita elakkan. Antaranya sama sahaja seperti yang video atas nyatakan.

Apapun, ini hanyalah panduan jika hendak berjaya menjadi seorang blogger mapan. Mungkin berjaya untuk seketika sebab selalu blogwalking.

Tidak lupa juga untuk kita melihat 6 rukun kejayaan sesebuah blog. Bagaimana dengan blog kita boleh menjana pendapatan. Bukan menipu, k?

Cuma saya terfikir apakah indikator seorang blogger itu berjaya? Follower yang ramai? Pengunjung yang ramai? Atau promosi pemasaran yang baik?

Ada cadangan atau pengalaman mengenai ini? Jom kongsi bersama.
Berminat Baca

Muat turun muzik Jepun



Saya dahulu seorang peminat tegar (otaku) manga (komik) dan anime Jepun. Apatah lagi drama-drama Jepun sungguh lain daripada drama cliche Melayu.

Saya di sini ingin memperkenalkan lubuk saya memuat turun (download) pelbagai jenis lagu anime. Gendou menyediakan hampir semua lagu anime terbaru untuk dimuat turun bersama.


Berminat Baca

Toll gate girl

Dia hidup sebagai orang biasa sahaja. Tidak tahu arah tujuan hidupnya. Hanya mati menunggunya. Dia bagaikan seorang robot biologi.

Sebagai pekerja tol, dia hanya menghulurkan wang, mengambil tiket. Tidak lebih tidak kurang dari dua perkara itu.

Dia mencuba sedaya upaya untuk senyum kala pemandu hadir di hadapannya. Namun dia kekal bermuka petak. Tiada perasaan. Kerjanya 6 hari dengan sehari cuti. Di waktu cuti dia hanya menggembeleng tenaga mencapai remot di tangan menonton di kaca televisyen.

Aisyah, rakan serumahnya pula lain. Hidupnya pula penuh dengan keceriaan. Walaupun hanya berbekalkan penyapu untuk bekerja sebagai tukang sapu di kantin sekolah Hidayah. Dia gembira dengan kerjanya itu.

Sambil itu dia sambung belajar diploma di kolej berdekatan. Malamnya sibuk menelaah buku-buku perniagaan. Dia tidak seperti Munirah yang bekerja sebagai juru tol.

Gaji Munirah memang 2 kali ganda lebih tinggi berbanding Aisyah, namun kehidupan mereka berbeza sungguh. Persepsi kaya kebendaan dan kaya rohani sungguh jelas berada di rumah atap merah itu.
Berminat Baca

Kebaikan menyindir di Facebook?


Ada yang berkata kalau tak berani tegur secara berhadapan, lebih baik di alam maya.

Media sosial dijadikan ketajaman lidah menyindir dan memperli rakan-rakan yang kita kenal offline.

Terbaca ini membuatkan saya sedih mengingatkan kisah dahulu ketika bekerja di Putrajaya sebagai sukarelawan RELA. Sampai sekarang saya masih ingat kisah itu.

Bagi saya, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Berminat Baca

Cinta itu buta

Kalau beza umur tidak ketara tak mengapa...
tetapi kalau bagaikan emak dan anak. Hmmm.

Saya tadi bersembang dengan rakan saya tentang seseorang. Beliau berkahwin dengan orang yang jauh lebih muda daripadanya.

Boleh kata beza umur mereka seperti Emak dan anak.

"Nak dijadikan cerita, si lelaki itu adik kepada bekas pelajarnya," kata rakan saya itu.

Terkejut juga saya mendengar kisah ini.

Sebelum ini saya hanya menonton di drama Melayu sahaja. Tak sangka pula berlaku di tempat saya ini.

Terfikir pula bagaimana ya reaksi keluarga kedua-dua belah pihak. Terutama pihak lelaki.

Itulah nak dikatakan cinta itu buta. Jodoh juga.

Semoga mereka bahagia bersama. Amiin.
Berminat Baca

Berus gigi tahap A

3 bualan
Berus gigi paling baik digunakan untuk tempoh 2 hingga 3 bulan sahaja. Selepas itu berusnya akan mula lembik dan tidak sesuai untuk memberus lagi.

Saya selalu terfikir berus gigi kenapa ada mahal dan murah? Bukankah fungsi mereka sama? Untuk memberus gigi?

Saya lihat paling murah RM2.00 dan paling mahal boleh mencecah belasan ringgit. Lagipun ia dalam jenama yang sama. Rupa dan design pun sama.

Lalu, saya pun membeli yang paling murah. Selalunya saya beli mahal tetapi nak merasa berjimat katakan.

2-3 hari selepas penggunaan saya mula perasan sesuatu berlainan dengan berus gigi baru saya.

Berusnya mula lendut dan tidak sekeras semasa saya beli. Ish. Kelihatan seperti saya telah memberus selama sebulan lebih.

Setelah seminggu, nak dijadikan cerita, sedang saya memberus di pagi hari, ia boleh patah dua! Aduyai. Gigi saya sihat dan kuat kerana makan biskut tiger (motif?). Hahah.

Pengajaran yang saya dapat, belilah berus gigi yang mahal agar selesa memberus gigi dan tahan lama.
Berminat Baca

Kepentingan mengucapkan terima kasih



Ia menjadi satu budaya apabila ucapan terima kasih mula mendapat perhatian. Menarik juga video ini.
Berminat Baca

Masyarakat mula mendewakan Ustaz Azhar Idrus?

4 bualan

Saya lihat ia satu perkembangan yang baik apabila masyarakat mula meminati untuk mendengar ceramah agama. Terutamanya apabila diadakan oleh penceramah popular Ustaz Azhar Idrus.

Saya lihat ia satu fenomena yang kurang baik pula apabila terlalu mengagungkan perkataan seseorang itu walhal kita sudah ada al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan. Sebagai contoh ayat di atas.

Nampaknya masyarakat mengenepikan ayat al-Quran dan hadis yang UAI selitkan dalam setiap ceramahnya. Mereka mengambil kata-kata lawaknya sebagai ikutan (boleh jadi pengangan tak untuk hal ini?).
Berminat Baca

Hari bisu Rabu - Kucing juga rasis?

3 bualan

Berminat Baca

Dari mata turunnya ke hati



Pepatah dari mata turunnya ke hati ada benarnya. Kajian menunjukkan manusia era iPad mula mengurangkan teknik sosial yang terbaik, pandangan mata.

Teringat lukisan Puan AleaSara.

Lalu, untuk menjadi teman dan sahabat sejati, elakkan melihat telefon pintar kerap kali apabila bersembang dengan rakan-rakan.
Berminat Baca

Sifat lelaki apabila membeli-belah

4 bualan
Petang tadi saya pergi membeli-belah bersama seorang sahabat saya. Saya bercadang menukar cermin mata baru. Sudah tiba masanya saya membuat yang baru. Yang lama ini sudah kabur dibuatnya.

Di MINES, banyak kedai cermin mata. Sebagai lelaki, kami juga ingin membuat pilihan terbaik. Lalu, kami pergi dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Cuba membuat tafsiran kedai mana yang menawarkan tawaran terbaik.

Nampaknya setiap kedai ada membuat promosi. Cuma bezanya ada yang menampal sebesar alam, ada pula menampal sebesar A4 sahaja.

Sebaik sampai sahaja di kedai yang keempat, saya terlihat ada promosi UV dan pelbagai lagi ditampal di hadapan kedai itu.  Harga yang ditawarkan memang dalam bajet pembelian saya. Kami berhenti membelek sebentar.

Saya cuba memakai dua tiga rekabentuk cermin mata. Sahabat saya pun mengiyakan sahaja. Nampaknya kedai ini mendapat pelanggan terbaik hari ini.

Segala proses pembelian berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

"Eh, rupanya lelaki ni membeli-belah lain daripada wanita ye," kata aku selepas kami keluar dari kedai tersebut.

Sahabat saya memandang kekeliruan.

"Yelah. Kalau wanita, mereka akan buat ulangan dari awal kedai mereka lawat. Mahu 2-3 kali pusing baru tahu nak beli apa," tambah aku.

"Ada betul juga point kamu tu," kata dia sambil menganggukkan kepalanya.

Kami tergelak memikirkan perkara ini. Nampaknya dia juga ada pengalaman seperti saya... membeli-belah dengan perempuan memang lain pe'elnya.
Berminat Baca

Preskripsi pakar atau tukang komersial?

8 bualan
Kebelakangan ini mata saya asyik kabur sahaja (mungkin sebab sakit mata dahulu?). Lagi, badan saya terasa lemah. Asyik rasa mengantuk sahaja. Terutama selepas makan atau pun selepas membaca. Ada tanda badan saya lemah.

Kemudian naqib saya pesan mungkin saya perlukan suplemen.

Semalam saya singgah di sebuah kedai farmasi di Putrajaya. Saya ingat nak beli 2 jenis suplemen. Satu untuk mata dan satu lagi untuk badan.

Farmasi yang terkandung ubat-ubat mahal serta pekerja-pekerja cantik.
Oleh kerana ilmu farmasi saya ini sangat cetek, saya amat berharap kaunter diagnosis di kedai ini dapat membantu.

"Amoi, boleh cadang apa suplemen sesuai untuk saya? Mata saya kurang jelas dan badan asyik letih," kata saya kepada petugas di kaunter diagnosis.

"You boleh cuba ini," sambil menunjuk kepada kotak Natberry Plus tablets. Perkara pertama yang saya baca adalah harga. Termengkelan juga lah apabila melihatnya. RM125!!! Mak aih. Mahal sungguh.

"Tak apa. You boleh cuba satu strip dahulu. RM10 sahaja," sambil dia mengeluarkan sepapan yang mengandungi 10 biji Natberry Plus Tablets.

"Ini nenek saya makan sangat bagus. Mata dia pun sudah kurang letih."

Aik. Itu nenek kamu. Aku ini muda lagi le, getus saya dalam hati.

"Untuk badan pula?" soal saya.

Amoi itu membawa saya ke rak vitamin B+. Kali ini cepat sungguh saya mengatakan, "Harga pelajar ya amoi."

Dia seperti faham terus menunjukkan kotak-kotak ubat yang sudah terbuka. "Ini dalam strips. You boleh cuba dahulu. Kalau ok you boleh beli satu kotak," sambil tunjuk kotak Nervit B Forte Tablet.

Mak aih! RM118. Mahal bangat ni seh. Tak ditanggung teman membeli ni!

"Tak apa, you boleh cuba satu strips, RM5.50 sahaja," pujuk amoi itu.

Pada asalnya saya memang bercadang hendak membeli sekotak. Tetapi memandangkan harga kebanyakan barangan di sini semuanya mahal belaka, baik saya mencuba sepapan dahulu.

Terus, 2 papan Nervit B Forte tablet dam satu papan Natberry Plus tablets sedia untuk dimakan oleh saya.

Balik sahaja dari farmasi, saya gunakan teknologi pencarian maklumat dengan Atuk Google.

Rupanya harga Natberry Plus Tablets ini tidaklah mahal di laman web CCM. RM25 lagi murah dari farmasi tersebut. Ish. Nampaknya saya kena beli online lagi murah. Tetapi harus saya mencubanya dahulu untuk melihat kesan suplemen ini terhadap mata saya. Sama ada ia baik atau biasa sahaja.

Untuk badan letih, dia sarankan Nervit B Forte Tablet.

Saya google dan mak aih, tak kan lah. Mengikut maklumat Atuk Google, Nervit B Forte ini untuk orang sakit kronik. Erk. Tidak mungkin aku sakit kronik.

Preskripsi salah daripada amoi cantik. Aish. Saya sudah terbeli 2 papan. Terpaksa la telan untuk 20 hari ini.

Jadi, apa yang nak dipercaya? Atuk Google atau amoi di farmasi? Atau saya perlu pergi ke PKU UPM, minta nasihat Dr.?

Bagaimana dengan kalian? Ada makan suplemen tak? Jom kongsi pengalaman dengan saya yang kurang ilmu ini. Uhuks.
Berminat Baca

Tahaluf Siyasi PAS membawa rahmat di Malaysia?



Tahaluf siyasi atau kerjasama politik. Satu penerangan jelas oleh ulama ikhwan, Muhammad Ahmad ar-Rasyid.

Kita perlu rujuk ulama untuk hal-hal begini. Bukan rujuk Atuk Google ya. Bersemuka lain daripada bersemuka buku. Tabayun atau siasat dalam mencari ilmu itu wajib bagi orang yang berakal.
Berminat Baca

Seminar Font Sedunia



Lihat bagaimana fonts semua berbicara, jika mereka dalam bentuk manusia.
Berminat Baca

Apabila Rasulullah berada di hadapan aku...

5 bualan

Sedang saya membelek video di Youtube, saya terjumpa set playlist video Law Kana Bainana. Alhamdulillah, ia lengkap dari musim pertama hinggalah ke musim kedua.

Tiap kali menonton video Law Kana Bainana, hati ini pasti tersentuh. Ahmad Sughairi selaku pengacara akan bertanya "Seandainya Rasulullah berada seminit di hadapan kamu, apa yang ingin kamu ucapkan kepada baginda?" Ya Rasullulah, apakah yang ingin aku ucapkan jika engkau di hadapanku? Sesungguhnya aku ini masih jauh lagi memahami daripada apa yang engkau ajari.

Pengacara video ini mampu membawa penonton mengenali peribadi sebenar Rasullulah. Jika sebelum ini kita asyik belajar di ruang kelas tanpa cuba memahami sebenar perilaku Rasullullah SAW. Mungkin video ini membuatkan kita ingin kembali mengingati nabi kita yang terakhir.

Alhamdulillah, video ini mempunyai sarikata bahasa Inggeris. Bolehlah untuk penonton menontonnya dengan kefahaman. Saya rasa tiada masalah untuk kita, rakyat Malaysia, faham sarikata BI yang dilampirkan.

Selawat dan salam kepada junjungan nabi Muhammad SAW.
Berminat Baca

Aku, Kau, mari kita ke Syurga, wahai sahabat

Sahabat yang baik,
Apabila kita memandangnya,membawa kita mengingati Allah,
Mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu,
Terlihat gerak-gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah,
Berkawan dengannya membawa kita berjuang ke jalan Allah.

Bila persahabatan disulami dengan iman dan taqwa,
bila tidak bertemu kan terasa rindu,
bila berjumpa rasa bahagia,
bila berbicara pasti memberi seribu makna,

bila ditegur hati lapang dan mudah menerima.
bila kita menangis dia berusaha menyeka air mata,
bila kecewa,dia rawat dengan kata-kata hikmah,
bila marah dia minta kita meluah rasa padanya,

agar marah itu tidak tebawa-bawa,
agar syaitan tidak berjaya memperdayakan kita,
dalam keupayaan mengawal nafsu amarah.

Bila kita jatuh dia akan membangkitkan kita,
bila kita berputus asa dia ingatkan janji Allah pada kita,
bila diftnah dia tetap setia mempercayai kita,
bila kita berjaya,dia turut sama bersyukur dan gembira.

Kebaikan kita di cerita,keburukan kita dirahsia.
Tidak jemu membimbing.
Tidak jemu berkongsi.
Tidak jemu mendengar.
Tidak jemu memberi nasihat.

Itulah sahabat...

Oleh itu,bagaimana pula dengan kita? Sahabat seperti apakah kita ini?

-- Tidak diketahui

Berminat Baca

Hari bisu Rabu - Tangan cedera

2 bualan

Berminat Baca

Penafsiran perilaku yang tak signifikan

3 bualan
Alhamdulillah. Saya baru sahaja selesai membentangkan draf cadangan projek sarjana saya.

Beberapa orang pensyarah hadir termasuklah penyelia saya sendiri. Begitu mesra mereka menasihati dan memberi komen kepada projek para peserta pembentangan.

Para pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah memberi komen
bernas dapat membantu projek pembentang seminar.
Ini termasuklah Prof. Khanif. Sangat mesra orangnya.

Ketika di meja makan setelah sesi pagi habis, saya dan rakan-rakan berbual-bual kosong tentang pensyarah.

"Eh, kau tau Prof. Khanif ni kalau di luar sahaja nampak mesra. Kalau jumpa di bilik dia lain pula."

Kami pandang pelik Cik Yah. Nampaknya ada gosip terbaru.

"Pernah satu kali tu aku pergi ke bilik dia untuk menghantar surat. 'Masuk. Subjek apa?' kata dia. 'Tak lah. Saya datang nak hantar surat,' jawab aku. 'Oh? Letak di atas meja,' kata dia lagi. Langsung tak pandang aku."

Terus aku mencelah, "Ish, tak signifikan langsung cerita kau ni."

Awan dan Limah tergelak mendengar celahan saya itu.

"Pensyarah lelaki memang macam tu. Mereka fokus apabila buat kerja. Kalau ada hal penting je pandang pelajar yang datang masa mereka fokus," ujar Awan pula.

Aku dan Limah angguk tanda setuju.

Nampaknya rakan saya ini suka membuat penfasiran yang tak signifikan.
Berminat Baca

Panduan sihir mengelakkan plagiat

Berbual

sumber: Kate Hart.
Berminat Baca

Awas dengan kata-kata iklan jaminan pulangan wang

16 bualan
Betulkah atau ia 
hanya satu penipuan?
Awas: Nukilan yang panjang berjela demi iktibar bersama.

Saya terpaksa membuat keterangan ini agar sesiapa yang terjumpa post ini dapat mengetahui pembohongan yang berlaku.

Ya, saya tahu saya hanya pelanggan biasa, tetapi agar para pembaca yang lain tidak juga terasa tertipu, saya rasa lebih baik saya keluarkan kenyataan ini. Pembelian yang melibatkan janji-janji manis sahaja. Aish.

Saya telah menempah DVD 5 Formula Seru Kekayaan Dengan Penulisan karya Aqif Azizan, seorang penulis iklan atau copywriter. Pada mulanya saya ingat hendak beli ketika menghadiri seminar beliau di Pesta Buku anjuran Kota Buku. Namun katanya hanya 9 keping DVD terhad dibawa. Bukan rezeki saya ketika itu.

Jika ada yang berminat boleh memberi maklumat kepada mereka. Nanti mereka akan hubungi.

Mari ikuti kronologi pembelian saya;
Berminat Baca

Sengat lebah mampu membunuh HIV

Berbual


Penemuan terbaru dengan sengat lebah madu. Nampaknya tidak rugi saya belajar subjek apikultur dahulu.

Didapati racun sengat lebah mampu menjadi penawar virus HIV. Saya pernah terkena sengatan lebah dan ia sangat sakit!

sumber: Study: Bee Venom Kills HIV
Berminat Baca

Mengapa bahasa Alien mudah menguasai diri?



Mungkin video ini boleh menerangkan sedikit tentang perilaku sesetengah penulis (baca: blogger) yang suka guna bahasa Alien. Manusia boleh membaca dan menangkap tatabahasa untuk kefahaman mereka. Namun ini bermula dengan pembelajaran bahasa yang betul.

Kemudian apabila sikap malas itu ada, lalu muncullah keadaan di mana adanya bahasa SMS?(erk1?)
Berminat Baca

Tiada kompromi untuk bahasa tidak senonoh



Nampaknya tiada kompromi bahasa Alien oleh Puan Nisah Haron. Dan ketahuilah, saya amat menyokong kenyataan beliau ini.

Sedih juga apabila pengunjung di blog ini kerap kali menggunakan bahasa Alien sebagai wadah menyampai pemikiran mereka. Tetapi nak buat bagaimana? Mereka sudah sebati dengan itu.

Apa yang saya boleh buat hanyalah amar makruf, iaitu menyeru kepada kebaikan (kira menyeru untuk menulis dengan betul juga sebagai kebaikan?). Nahi mungkar tak mampu kerana mereka sendiri ada tangan untuk mencegahnya.

Berminat Baca

Sengsara iPad kepada keluarga


Apabila teknologi terlalu asyik digunakan sehingga yang lain diabaikan. Kisah ini ada diceritakan oleh Puan AleaSara di blognya.

Nampaknya perkara ini patut didedahkan agar kita tidak jadi masyarakat yang individualistik. Terlalu asyik dengan sikap aku aku, kau kau. Amat bahaya. Nanti membentuk pula materialistik.

Dan ini jelas kelihatan melalui status rakan FB saya itu.

Kepada ibu bapa, rakan dan taulan, jom belajar teknik bersembang dengan betul.
Berminat Baca

Mengapa aku perlu menuntut ilmu?


Pernahkah kita terfikir kenapa kita, umat Islam khususnya, disuruh menuntut ilmu hatta sehingga ke liang lahad?

Video ini memberi kesedaran kepada saya bahawa sebagai umat Islam kewajiban kita besar dalam menyebarkan risalah Islam kepada manusia.

Ilmu tidak terhad kepada ilmu akhirat sahaja. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas. Seluas yang tidak dapat kita bayangkan. Ilmu di dunia ini hanyalah bagaikan setitis air di lautan.

Marilah kita menuntut ilmu blog dengan betul. Elakkanlah plagiat. Elakkanlah bahasa Alien. Elakkanlah membuka aib saudara kita.

Mari. Mari. Mari wahai sahabat pengunjung blogku ini. Tuntutlah ilmu kerana Allah.
Berminat Baca

Ketakutan blogger diciplak hasil karya mereka

8 bualan
Kadang-kadang saya mahu juga ambil beberapa isi di dalam blog orang lain. Bukan niat untuk plagiat tetapi untuk berkongsi. Apa salahnya, bukan?

Contohnya dari blog Seindah Ciptaan Tuhan, yang tidak membenarkan pembacanya highlight mahupun klik kanan di blognya. Oh, sungguh kedekut, fikir saya sebaik sahaja masuk ke blog itu.

Tetapi tidak mengapa. Ada caranya untuk tetap salin dan tempel maklumat dari blog tersebut.

Gunakan sahaja kekunci CTRL+S. Simpan webpage tersebut. Kemudian buka secara offline. Seterusnya salin dan tempel apa-apa maklumat yang kita hendak tadi.

Bagi saya, jika isi blog kita cukup bagus, tentunya ada orang akan plagiat. Contohnya post saya tentang FBMK UPM. Ramai sahaja plagiat. Namun saya tidak kisah kerana itu bermaksud penulisan saya bagus sehinggakan ada yang sanggup plagiat hasil karya saya. Tetapi mereka tidak akan dapat plagiat 'suara' tulisan saya itu. Pembaca setia saya akan tahu.

Kerana itu blog peribadi dengan BMT memang digemari oleh saya.

Apa pandangan anda pula? Biarkan orang plagiat atau bersikap defensif menjaga karya di blog anda?
Berminat Baca

Menunggu ilham dari langit, baru mula menulis?

Berbual

Saya suka membaca buku 'How to Write a Lot'. Bukunya nipis sahaja, tetapi padat dengan pengisian berguna. Saya terjumpa buku ini kala membelek-belek buku-buku yang berkaitan di rak buku perpustakaan.

Di sini saya dapat simpulkan bahawa:

Terdapat 4 penghalang abstrak seorang penulis akademik universiti (atau penulis mapan).

1. Tiada masa menulis.
2. Bahan bacaan untuk menulis tak cukup.
3. Laptop tak canggih. Tiada tempat nak menulis.
4. Menunggu inspirasi atau ilham dari langit.

--

Penyelesaian:

1. Ia bukan soal cukup atau tak masa untuk kita menulis tetapi ada atau tak kita letakkan menulis itu dalam jadual seharian kita.
2. Masa untuk membaca dan mencari maklumat juga boleh dimasukkan sebagai masa menulis.
3. Peralatan hanyalah alat untuk menulis. Bak kata Stephen King, "saya boleh menulis memadai dengan ada pen dan kertas sahaja."
4. Orang yang menulis secara konsisten lebih banyak idea penulisannya berbanding orang yang menunggu ilham menulis.


Berminat Baca

Beli buku online dari Dawama DBP

Berbual
Saya pernah membeli buku online dari pihak Dawama, pihak swasta penjualan buku-buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Servis mereka tidak sebaik ITNM.

Buku itu bertajuk 'Penulisan Rencana Berkesan' tulisan Mus Chairil Samani.

Saya beli pada 29 Januari 2013. Mengikut polisi mereka, ia akan dihantar dalam 7 hari atau seminggu selepas tempoh pembelian dibuat.



Saya tahu saya membeli buku lama. Cetakan buku ini adalah pada 1997. Dan saya membeli 16 tahun kemudian. Mesti lama untuk mencari. Tetapi tidak mungkin sampai sebulan mencari?

Jika polisi mengatakan seminggu, tetapi sebulan lebih kemudiannya barulah sampai ke tangan saya. Itupun setelah saya membuat aduan.

Berdasarkan pengalaman saya beli online, saya tidak ingin bersangka buruk, lalu saya menelefon pihak Dawama sendiri untuk penjelasan. Hampir 3 kali saya telefon barulah diangkat. Nampaknya servis panggilan tidak begitu diambil perhatian oleh Dawama sendiri.

Layanan panggilan pula tidak semesra aduan saya di ITNM. Mereka hanya mengatakan akan cuba mencari maklumat saya dan akan emelkan saya nombor track pos laju bungkusann saya. Rupanya mereka tidak menghantar langsung buku saya itu. Hanya selepas saya mengadu barulah mereka mengambil tindakan.



Bungkusan tiba seminggu selepas itu juga. Mengikut resit yang dikeluarkan, pembelian saya telah dibuat pada 30 Januari 2013, sehari selepas transaksi online dilakukan.
Resit menunjukkan ia telah dibeli pada 30 Januari.

Nampaknya perkhidmatan penghantaran pihak mereka tidak cekap sehinggakan saya perlu membuat aduan untuk mendapat buku yang saya beli.

Bagi sesiapa yang ingin membeli online dari Dawama, saya nasihatkan untuk terus menelefon mereka jika selepas seminggu buku yang dibeli masih belum sampai.

Berminat Baca
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

Manusia