Khamis, 31 Januari 2013

Hari lahir kekecewaan


Pada zaman kini senang sahaja untuk tahu hari lahir teman-teman sekitar saya. Hanya perlu lihat di Facebook. Pasti akan tertera hari lahir teman itu pada hairi sekian-sekian. Mudah.

Sedia, 1, 2, yeay!
Notification!
Walaubagaimanapun, perkara ini mematikan sifat sayang kita kepada teman kita. Yelah, bagi saya, orang yang mengingati hari lahir saya bermakna dia sayang dan prihatin terhadap diri saya. Tidak kiralah ahli keluarga mahupun rakan taulan. Kerana itu saya sembunyikan hari lahir saya di Facebook.

Bagi keluarga saya, hari lahir sudah tidak disambut apabila sudah keluar dari alam persekolahan. Sudah besar kata mak ayah saya. Jadi kami sekeluarga tidak kisah sangat tentang hari lahir antara kami. Sekadar mengucapkan selamat hari lahir sahaja.

Saya tidak berapa suka akan perkara ini. Bagi saya antara tanda seseorang itu menyayangi kawannya adalah dengan mengingati hari lahir. Sekurang-kurangnya beri ucapan selamat hari lahir.


Rabu, 30 Januari 2013

Rakan untukku


Rakan,
Aku tahu engkau sibuk,
Tugas yang kau pikul itu
lebih berat daripada beg yang aku sandang
tiap hari

Rakan,
Aku tahu engkau sibuk,
Kala aku menelefon mengajak
bersosial bersama
Kau menolak dengan alasan sibuk

Mungkin dahulu aku
seperti semalu
Menguncup apabila dikata begitu


Cabaran Penolakan Mentah


Saya baru-baru ini menyahut cabaran seorang editor dari majalah yang bagi saya agak kurang terkenal. Saya tahu dia mempunyai kenalan ramai berdasarkan kumpulan Facebook pengelolaannya penuh dengan nama-nama hebat.

Ya saya ingin membantu dia untuk menulis rencana sains dan hantarkan ke websitenya. Saya telah hantar beberapa artikel sains dan maklum balas daripadanya amat mendukacitakan. Artikel yang saya hantar jelas tidak diterbitkan. Alasannya ia tidak menepati ciri-ciri yang mereka kehendaki.

Huh? Walhal artikel picisan saya sebelum ini boleh sahaja terbit. Saya sudah sedaya upaya menulis sebaik mungkin artikel sains dan menghantarkannya kepada editor. Kemudian dia mengatakan dia sibuk.

Saya juga mengendalikan laman web dengan hosting dan domain sendiri. Jadi saya tahu bagaimana nak post. Ia taklah sesusah alasan yang diberikan. Saya bersangka baik dengan menganggap editor memang sibuk untuk post artikel saya.

Beberapa hari lepas saya mendapat pesanan Facebook daripada editor tersebut mengajak saya menulis tentang kumbang najis. Saya sebenarnya telah tawar hati untuk menulis tentang itu. Tapi saya gagahkan usaha untuk memahami artikel yang beliau berikan untuk saya ambil kunci-kunci utama buat saya tulis.

Lalu saya tanyakanlah beberapa ayat yang saya kurang faham. Boleh pula akhirnya dia padam komen saya. Untuk menghormati gayanya yang bagi saya biadap, saya terus PM Facebooknya mohon penjelasan.


Isnin, 28 Januari 2013

Diari Jawi


"Gemerlapan jiwa buat si pengukir cinta. Si dia yang ingin mencari hati untuk ditautkan bersama. Terlalu ingin mencari erti kehidupan dengan mencari kasih yang bukan miliknya..."

Pen diletakkan di atas meja. Karangan terhenti. Kelihatan susuk wajah seorang wanita bangun dari meja berwarna cokelat itu. Dia berlalu pergi ke arah tingkap yang terbuka luas. Memandang alam yang terbentang luas.

"Aku seperti kehilangan idea. Walhal tadi boleh sahaja aku menulis dengan baik," keluh wanita itu.

"Ai Ping! Jom kita pergi makan tengah hari bersama," kedengaran suara dari pintu bilik wanita itu.

Nama wanita itu Ai Ping, seorang pelajar jurusan bahasa di sebuah universiti tempatan.

Pelikkan? Seorang yang bukan berbahasa Melayu sanggup meneruskan pelajaran di peringkat tinggi.

Ini bermula apabila Ai Ping terjumpa senaskah buku lama tulisan jawi di kabinet lama neneknya. Pada mulanya dia ingatkan ia kitab agama orang Melayu, tapi tulisannya yang lusuh dan tidak mempunyai garisan di atasnya membuatkan dia rasa bukan.

"Nek, kitab apakah yang ada dalam kabinet itu?"

"Oh itu. Diari nenek dahulu."

Ai Ping terkejut mendengarnya. Bukankah neneknya buta huruf? Tidak tahu membaca tulisan Cina mahpun rumi. Bagaimana pula dia boleh menulis tulisan arab itu?


Suntikan Jururawat Lelaki


2 hari yang lepas saya menyertai satu kem untuk budak lepasan SPM. Saya menjadi fasi untuk kem itu. Di situ saya berkenalan beberapa fesi dari universiti lain juga.

Apa yang menarik, saya berkenalan dengan seorang jururawat lelaki. Di minda saya selalunya jururawat mestilah seorang wanita. Amat jarang untuk saya lihat seorang jururawat lelaki.

Banyak pengalaman yang kami kongsikan bersama. Dia seorang jururawat graduan dari Universiti Malaysia Sarawak (UniMas). Mulanya dia mengambil matrikulasi dan kemudian mendapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia tapi dia menolak. Cita-citanya ingin menjadi seorang jururawat dan jurusan yang ditawarkan di UKM bukanlah yang dia minat.

Dia menyambung pelajaran ke tingkatan 6 pula. Dengan izin Allah, dia mendapat tawaran belajar ke menara gading di UniMas.

"Pada awalnya saya tidak bersemangat nak belajar. Yelah UniMas," katanya. "Namun selepas 2-3 tahun belajar barulah saya nampak kenapa saya mendapat tempat di situ."

Saya termenung mendengar kata-katanya itu. Saya juga begitu di awal pengajian saya di UPM. Tak jelas tentang kenapa Allah letakkan saya di jurusan hortikultur. Alhamdulillah pada tahun ketiga barulah saya mula jelas laluan hidup saya.

Sekarang sahabat saya itu berkhidmat sebagai jururawat di hospital Az-Zaharah di Bandar Baru Bangi. Saya pun tak pasti di mana lokasi itu.

Jika ada masa, boleh la pembaca melawat blognya, Suntikan Quran dan Sunnah.

Apa pula pandangan anda tentang jururawat lelaki? Pernah ada pengalaman? Jom kongsikan bersama,


Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul - Thola'al Badru Alaina


Ini adalah lagu ketika Rasulullah pertama kali menjejak kaki ke Madinah. Walaupun ia lebih kepada lagu hijrah, saya rasa elok juga diletakkan sebagai lagu salam Maulidur Rasul.

Sambil itu, saya letakkan juga lagu Raihan Ya Nabi Salamun Alaika.



Rabu, 23 Januari 2013

Ertinya Amanah


Amanah. Ia satu perkara yang jarang manusia ambil kisah kini. Aku melihat ramai orang pandai berkata tentang amanah. Tapi adakah mereka tahu apakah itu amanah?

Aku mempunyai satu kisah untuk dikongsi bersama. Ia tentang amanah.

Ia bermula dengan aku menyertai program anjuran syarikat aku. Ia bertujuan merapatkan hubungan antara ahli satu Malaysia.

Di situlah aku berkenalan dengan ramai orang yang boleh dikatakan baik-baik. Seronok dan gembira kerana aku bersama pasangan aku hadir. Ramai juga sahabat-sahabat lama yang hampir beberapa tahun tidak berjumpa kini berjumpa di bawah program ini.

Terdapat seminar di awal pagi pogram itu. Seminar bermula dengan penceramah memberi sedikit pengenalan tentang dirinya. Terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan.

Kami diminta untuk menulis beberapa benda dan ia memerlukan pen. Oleh kerana aku ini jenisnya bukanlah suka membawa pen ke mana jua aku pergi, sukar untuk mengikuti aktiviti tersebut.

Aku memandang kiri dan kanan dan terlihat ada sahabat yang membawa pen lebih.

"Jo, boleh pinjam pen?" tanya aku.

Dia hanya menganggukan kepala. Tanda setuju, fikir aku.

Hendak dijadikan cerita, apabila semua aktviti selesai aku pun letaklah pen yang aku pinjam di atas meja seminar. Terlupa bahawa itu bukanlah pen aku.

Pada sebelah malam pula terdapat aktiviti lain yang dijalankan. Habis sahaja aktiviti itu aku didatangi sahabat yang aku pinjam pen. Rupanya dia terpaksa pulang awal dan tidak dapat mengikuti seminar tiga hari ini.

"Man, saya terpaksa balik malam ini juga. Pen saya tadi di mana ya?"

Dengan serta merta aku terkejut. Hati mula rasa resah. Aku terlupa bahawa pen itu aku tertinggal di bilik seminar petang tadi. Terus aku bergegas pergi ke bilik seminar itu.

Hampir 30 minit aku berpusing dari bawah lantai sehinggalah atas meja tiada satu pun tanda pen itu masih di situ.

"Maaf Jo. Aku rasa pen kau itu sudah hilang," kata aku apabila puas mencari.

Muka Jo merah seperti orang yang sedang menahan marah. "Itulah. Kalau bagi orang pinjam pen aku, mesti hilang," terus dia berlalu pergi meninggalkan dewan makan.

Aku tersentap. Hati aku runtuh. Amanah yang diberi sungguh terasa berat hari itu. Hanya kerana sebatang pen malam itu bukanlah malam aku. Seminar itu bukanlah seminar untuk aku nikmati.

Pada malam itu ramai sahabat-sahabat lelaku aku seronok bersembang tentang anak dan keluarga masing-masing tetapi aku pula duduk di atas katil memikirkan perkara ini.

Aku ambil keputusan untuk hantar SMS memohon maaf kepada sahabat aku itu. Dia balas. Tapi hati ini masih rasa gusar.

Itulah. Walaupun sekecil mana amanah, apabila tidak dapat dijaga oleh aku, terasa sungguh besar akibatnya.

Hanya kerana sebatang pen, aku terasa hidup ini bukanlah apa untuk hari itu....


Selasa, 22 Januari 2013

Rahsia buat si dia


Setiap orang ada menyimpan rahsia. Ia tidak kiralah rahsia itu kecil mahpun besar. Kita tidak akan lari daripada memegang rahsia. Ia tanggungjawab yang memang kita pegang apabila manusia.

Saya juga mempunyai rahsia. Sudah lama saya simpan dan begitu berat untuk saya simpan lagi. Pernah saya terfikir untuk membunuh diri agar rahsia itu lenyap bersama saya. Saya takut jika saya ini terlepas mulut membocorkan rahsia itu.

Rahsia itu juga membuatkan saya selalu bersendirian. Saya tidak ingin bergaul dengan orang lain kerana takut jika saya banyak cakap, rahsia itu akan diketahui orang lain.

Berlalulah masa selama saya berada di peringkat menara gading. Meneruskan pengajian saya sebagai seorang mahasiswa jurusan bahasa.

Ayah ingin saya menjadi cikgu. Emak hanya mengiyakan saya. Hati ini pula ingin lebih daripada itu. Saya mahu belajar lebih tinggi. Jika saya jadi cikgu, mana mungkin saya belajar lebih tinggi. Hanya dengan ijazah ini sahaja sudah cukup untuk saya bergelar cikgu sekolah menengah.

Dalam masa belajar, saya bukanlah seorang yang bijak juga. Selalu sahaja mendapat markah biasa-biasa. Ada lagi yang lebih bijak daripada saya. Yang pasti kaum Tiong Hua selalu sahaja mendapat markah tinggi walaupun jumlah mereka sedikit sahaja.

Saya berkawan dengan salah seorang daripada mereka. Namanya Ai Ping. Comel orangnya. Rajin belajar. Setiap hari saya lalu di perpustakaan pasti kelihatan kelibat skuternya di parkir hadapan perpustakaan.

"Saya mahu dapat keputusan cemerlang. Lagipun saya bukanlah pelajar ibunda bahasa ini," jelasnya kala saya bersembang dengannya di laluan susur gajah bersebelahan perpustakaan.

Ketika itu saya hendak singgah sebentar ke perpustakaan untuk memulangkan buku yang dipinjam. Saya lihat Ai Ping baru sahaja meletakkan skuternya. Apa salah bertegur rakan sejurusan.

Di pintu masuk perpustakaan, Ai Ping mengucapkan selamat tinggal. "Saya mahu pergi ke tingkat atas. Ia sunyi. Senang saya belajar di situ."

Saya hanya tersenyum dan menyambut lambaian tangannya itu. Walaupun terasa sekejap sahaja bersembang dengan Ai Ping, namun hati ini entah kenapa terasa gembira.

Inilah kali pertama kami bertegur sapa setelah 4 tahun. Selama ini saya hanya memerhatikannya dari belakang kelas sahaja. Pelajar lelaki manalah mahu duduk di kerusi hadapan ketika kelas berlangsung.

"Tidak macho la lelaki duduk hadapan," kata Amri, rakan sejurusan dengan saya.

Kalau ikutkan hati, saya ingin sahaja duduk di hadapan bersebelahan dengan Ai Ping. Tapi kerana tidak mahu dikatakan apa oleh rakan-rakan saya yang lain, saya hanya turut serta mereka duduk di belakang.

Ai Ping berasal dari Ipoh, Perak dan saya pula berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Saya dapat tahupun ketika kami berada di awal kelas Dr. Norsida, kelas tulisan jawi. Bagi pelajar bahasa Melayu, wajib ambil subjek ini.

Dr. Norsida meminta kami memperkenalkan diri agar dapat beliau berkenalan dengan kami. Di sinilah saya mengambil kesempatan mendengar maklumat apa yang Ai Ping berikan.

Mungkin ada berfikir inilah rahsia yang saya katakan itu. Bukan. Betul ia bukannya itu. Rahsia jodoh ini di tangan Tuhan. Buat apa saya sibuk-sibuk berfikir tentangnya? Mungkin minat saya hanyalah setakat berkenalan dengan orang bukan daripada kaum saya sendiri.

Sejak dari tadika sehinggalah tingkatan enam, saya tidak pernah bergaul dengan golongan selain dari penduduk bumiputra. Kampung saya pun tidak ramai pelajar yang sambung sehingga ke menara gading seperti saya ini.

Saya rasa mungkin sebab itu saya berminat dengan Ai Ping. Mungkin untuk cuba bergaul dengan orang kaum lain. Entahlah. Saya masih kabur. Apa yang saya tahu, saya terasa senang bersembang dengan dia buat kali pertama ini di hadapan perpustakaan.

Saya ada bercerita tentang saya ingin membunuh diri kerana menyimpan rahsia ini. Ia berlaku di hujung semester apabila semua pelajar kalut dengan tugasan serta projek yang hendak dihantar.

Ketika itu saya begitu tertekan. Hampir hampir sahaja saya melakukan perkara yang boleh membuatkan saya terjun terus ke neraka.

Mungkin Tuhan lebih mengerti apa yang saya fikirkan ketika itu. Saya ingat lagi wajah yang datang kepada saya semasa saya berada di jambatan atas tasik itu.

Saya termenung jauh berfikir tempat manakah paling sesuai untuk saya bunuh diri. Saya sudah tidak tahan menanggung beban yang ada. Rahsia yang saya pegang memakan diri saya.

Hampir semua pelajar menjauhkan diri daripada saya apabila hujung tahun pengajian kami ini. Bukanlah saya tidak perasan mereka semacam tidak suka perangai saya hanya berdiam diri sahaja kala mereka berseloroh di dalam kelas.

Mungkin mereka cuba menyedarkan saya dengan mengendahkan permintaan saya untuk meminjam tugasan yang mereka siap dan sedikit tip tentang projek tahun akhir yang bakal dihantar nanti.

Ketika saya melihat air tasik itu beralun pergi mengikut angin yang bertiup, saya perasan ada satu wajah yang hadir di bayangan atas air tasik.

"Hai Aizam!" tegur suara lembut itu.

Saya menoleh terkejut. Ini adalah kali kedua dia menegur saya. Entah kenapa satu perasaan lega mengalir lembut di hati saya. Buat seketika saya rasa tenang.

"Hai Ai Ping," jawab saya dan kembali menoleh memandang air tasik beralun pergi ditiup angin.

Ai Ping turut serta memandang meniru gaya saya duduk di atas jambatan itu.

"Awak tahu Aizam, nenek saya pesan jika kita punyai masalah, elok jika kita meluahkannya," kata Ai Ping, masih memandang ke arah tasik.

Saya terkesima. Adakah dia tahu apa yang saya fikirkan ini? Saya buat seperti tidak dengar dan terus memandang ke arah pohon akasia di hujung tasik.

"Lagipun, hujan ribut hanya sementara. Bukankah selepas hujan akan muncul pelangi membawa tujuh warna untuk kita lihat?" tambah Ai Ping lagi.

Saya senyum mendengarnya. Lama kami bersama memandang tasik. Ada juga pelajar yang lalu di jambatan itu memakai pakaian sukan. Sedang berjoging agaknya, fikir saya.

Ai Ping yang berjarak 2 meter dari saya, mula bangun. Dia mengibas skirtnya seakan ia kotor.

"Baiklah. Haripun sudah mula gelap. Burung pun sudah mula pulang ke sarang mereka," kata Ai Ping.

Saya menoleh memandang dia. Dia melirik senyuman manis kepada saya.

Cepat-cepat saya pandang semula ke hujung tasik.

Ai Ping menoleh ke arah kiri jambatan. Dia memulakan langkah kaki kanannya. "Aizam," kata perlahan, "usah risau tentang penyakit awak itu. Saya yakin ia akan dapat diubati nanti."

Hati saya seakan terhenti seketika. Mata saya terbuka luas. Di mana dia tahu akan rahsia saya itu?

Terus Ai Ping berjalan pantas meninggalkan saya.


Pengalaman belajar perkataan baru


Kepak

Perkataan ini adakah kita tahu? Saya tahu ia perkataan melambangkan seperti orang sedang mematahkan sesuatu. Menurut DBP pula, "mengepak membengkokkan sesuatu sehingga patah; mematahkan. terkepak patah (bukan dahan kayu atau lengan)."

Tidak buat kawan saya yang lain.

Kisahnya, kami sedang bersenam. Saya arahkan agar semua hulur tangan kanan ke hadapan, dan kepak semua jari ke atas. Terdapat beberapa orang kawan saya tergelak mendengar arahan saya itu.

Saya fikir mungkin kerana cara saya mengarahkan mereka itu salah. Saya buat tak endah sahajalah.

Selepas habis riadah, kami berkumpul untuk makan. Ketika itulah dia bertanya, "Kepak itu apa Wong?"

"Hah? Kepak. Ala kepak, patah jadi dua?"

"Oh. Maaf la. Aku tak tahu."

Kami semua tergelak. Rupanya ada juga beberapa rakan saya yang masih tidak tahu tentang kepak.

Sambil menyuap nasi ke mulut, dia memulakan cerita.

"Penting juga belajar bahasa Melayu ini. Teringat aku kisah kawan aku ketika di tingkatan 3 dahulu."

Menurutnya, soalan peperiksaan menyatakan buat karangan berdasarkan peribahasa nasi sudah jadi bubur. Lalu, rakannya itu buatlah karangan tentang itu. Apabila cikgu pulangkan semula kertas karangan, dia hanya memperolehi 5/30. Terkejut dia dengan markah itu.

"Rupanya, dia tulis karangan bagaimana emaknya memasak nasi dan terlebih letak air sehingga jadi bubur!

Kami semua ketawa terkekek-kekek mendengarnya. Ada yang sedang makan terpaksa berhenti seketika menahan ketawa.

Itu kalau tak faham peribahasa.


Sabtu, 19 Januari 2013

Projek Tatabahasa Melayu - Kata Nama


Alhamdulillah selesai juga saya mengemaskini artikel Kata nama di Wikipedia Bahasa Melayu. Sambungan kepada projek Tatabahasa bahasa Melayu saya di WBM. Saya membuat rujukan di buku STPM bahasa Melayu (2002) dan Tatabahasa Dewan (2008). Pada awalnya saya keliru untuk meletakkan maklumat tentang kata nama.

Saya lihat Tatabahasa Dewan mengkategorikan kata nama kepada beberapa jenis manakala buku STPM sikit sahaja.

Untuk menyenangkan saya dan pembaca sekalian, saya gunakan sahaja apa yang ada di buku STPM. Ia lebih senang untuk difahami.

Saya juga letakkan beberapa gambar rajah untuk memudahkan pembaca faham carta aliran kata nama.

Saya ingin menyiapkan juga artikel Kata Kerja dan Kata Adjektif. Tapi masa tidak mengizinkan. Esok saya sudah kena hadir kem. Terpaksalah saya sambung minggu hadapan.

Saya target untuk siapkan rencana-rencana berkaitan bahasa Melayu dan penggunaannya sehingga hujung tahun ini. Gerak kerja kemaskini, hanya dilakukan pada hujung minggu. Ini agar saya bersemangat untuk sunting artikel di WBM. Pada hari bekerja, saya hanya pantau artikel-artikel yang telah saya sunting.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kerja editor WBM ini hanyalah projek sukarelawan saya terhadap bahasa ibunda saya. Memang ada yang memperlekehkan kerja kami, namun jika anda tidak pernah menyunting di Wikipedia anda boleh la kata bergitu.

Misi minggu depan: Kemaskini artike Kata Kerja dan Kata Adjektif.


Lubuk membeli majalah Dewan

Majalah-majalah Dewan tersusun rapi, menunggu masa untuk dibeli oleh saya.

Saya memang minat membaca siri majalah Dewan. Ia bermaklumat untuk saya ketahui perkembangan bahasa Melayu. Terutamanya Dewan Bahasa.

Namun, minat saya tidak semestinya dapat ditampung atas faktor kewangan. Saya berharap perpustakaan tempat saya belajar melanggan majalah Dewan secara bulanan. Setakat ini apa yang saya lihat, kebanyakan majalah Dewan di perpustakaan UPM sangatlah daif. Kebanyakan lewat 2-3 bulan kebelakang.

Apa yang saya boleh buat ialah melepak di sekitar kedai buku untuk membelek. Bukan membaca tau kerana kedai buku ini tidak seperti kedai buku MPH. Apabila saya melepak membaca, tuan kedai pasti akan duduk bersebelahan saya dan berdehem. Tandanya "Dei, adik, ini kedai buku la. Kalau mau baca, sila beli dulu."

Sayangnya kedai buku MPH tidak menjual majalah Dewan.

Antara majalah yang paling saya suka sekarang ialah Tunas Cipta. Ia sarat dengan informasi berguna buat peminat sastera Melayu terutama penulis muda seperti saya. Ia dapat mengasah minda saya menulis cerpen dengan lebih teratur dan berkualiti.

Saya juga berminat untuk menghantar artikel tulisan saya ke mana-mana siri majalah Dewan. Ingin mencuba nasib. Tahun lepas saya hadir kursus makalah budaya untuk majalah Dewan. Editor sanggup membayar sebanyak RM350 bagi satu-satu artikel berkualiti (900 patah perkataan).

Sejak itu saya mendapat idea bahawa ada peluang untuk menjadi penulis bebas.

Saya merenung sahajalah majalah Dewan ini. Terpaksa gunakan teknik bacaan pantas. Membaca isi-isi penting sahaja agar tidak diperasan oleh tuan kedai.

Kalau saya nak menikmati bacaan lebih santai, saya kenalah pergi ke kedai buku koperasi UPM. Situ, jarang ada orang tegur. Lagipun majalah Dewan duduk ceruk nun di sudut kedai. Senang saya nak curi-curi baca.

Tapi, tetap kedai buku koperasi UPM siri majalah Dewannya bukanlah yang terbaru. Tidak seperti kedai buku di Persint 15 ini. Cuma untungnya, siri-siri bulanan yang tak laku masih kekal di situ untuk saya nikmati bacaannya. Heh.


Orang luar bandar pandai guna Netbook



Apabila saya tonton video ini, saya terus bersemangat untuk menulis di Wikipedia Bahasa Melayu. Lihatlah, kanak-kanak kawasan pendalaman Peru ini belajar menggunakan netbook yang mereka dapat. Mereka menggunakan Wikipedia sebagai medium pembelajaran.

Mesti tertanya kenapa Wikipedia? Kerana ia tersedia dalam bahasa ibunda mereka. Bukan Inggeris, bukan Perancis mahupun Belanda, tetapi bahasa percakapan harian mereka, bahasa Sepanyol.

Ia bagaikan satu set pengetahuan yang memberi mereka ruang mudah kepada dunia luar. Ia tidak terhad di kampung mereka sahaja.

Saya lihat, inilah tanggungjawab saya sebagai orang yang mempunyai sedikit ilmu ini menyumbang di WBM. Ya memang WBM tidak beri duit, tapi apakah duit itu dibandingkan dengan kecerdikan bangsa saya?

Tidak semestinya derma itu datang dengan wang. Tak semestinya derma itu datang dengan makanan. Tak semestinya derma itu datang dengan menolong bersih kawasan.

Ia boleh datang dengan kudrat usaha menulis menyampaikan ilmu kepada mereka.

Ya ada yang memperlekehkan usaha kami di WBM. Saya pernah terjumpa akan pengguna itu. "Saya ada kehidupan lebih baik untuk dibuat berbanding membuang masa di sini. The one give me profit. Tugas saya sudah selesai. Sekian," tulis salah seorang pengguna WBM.

Membuang masa? Ah. Mereka tidak berniat ikhlas kerana Allah. Jika tak masakan mereka fikir untung itu hanyalah duit?

Ya jauh lagi perjalanan WBM dalam menyediakan ilmu. Mereka kekurangan tenaga pakar. Hanyalah sukarelawan dari umur PMR sehinggalah pencen. Mereka tiada kepakaran tetapi mereka ada azam untuk menyediakan ilmu dalam bahasa ibunda mereka. Agar, anak bangsa kita cerdik pandai dengan bahasa sendiri.

Kerana, ilmu adalah hak semua. Bukan bangsa Inggeris, Perancis mahupun Belanda. Ia untuk semua. Dan ia terangkum dalam ilmu Allah.

Saya komited untuk memandaikan bangsa saya dengan bahasa Melayu. Agar, timbulnya rasa 'izzah (bangga) dan yakin kepada diri mereka bahawa kita boleh berjaya dengan bahasa kita. Bahasa Inggeris hanya medium untuk komunikasi dan bukannya medium untuk mencipta.


Jumaat, 18 Januari 2013

Blog Untuk Ibu Mengandung dan Ibu bapa Penyayang



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Aik? Ada kaitankah? Sebenarnya saya hendak perkenalkan satu blog bagus membincangkan tentang psikologi kanak-kanak dan cara terbaik mendidik mereka mengikut kaedah yang betul.



Blog ini bertajuk ILMA Education and Play - Knowledge that Helps. Ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Rasanya ramai ibu bapa rakyat Malaysia berInternet boleh faham.

Yelah. Saya pergi ke Alamanda, ramai orang tempatan 'speaking'.

"Mommy dun like Didi do that. Please..."

"But mom, adik nak see cat.."

Erk. Nampaknya bahasa Inggeris menjadi bahasa ibunda mereka. Teringin saya lihat bagaimana anak mereka membesar nanti. Sepatutnya satu kajian dibuat melihat perkembangan kanak-kanak yang membesar dengan bahasa rojak (>50% BI).

Kita lihat bagaimana perilaku mereka apabila mereka dewasa. Adakah mereka mampu menyumbang kepada masyarakat atau hanya bersifat individualisme?

Baik. Balik kepada topik utama.

Saya ada berkata tentang teknik puji cara nabi. Dengan blog ini, mungkin ia boleh memberi pemahaman yang lebih kepada kita bagaimana hendak mendidik kanak-kanak cara yang betul.

Apa yang penting, kita berfikiran terbuka dalam menerima ilmu dan mempraktikkannya. Saya tak boleh nak berkata lebih-lebih. Al-maklumla bujang lagi. Heh.




Bengkel Membina Laman Sesawang


Saya betul serius untuk menjadi seorang blogger profesional. Antara semangat yang perlu ada adalah modal dijuangkan di jalan yang betul. Walaupun duit saya tidak setara mana, saya tetap ingin pergi ke bengkel ini.

Saya lihat, baca dengan buku agak lambat nak faham. Ia berbeza dengan menghadiri kelas dengan ada tenaga pengajar. Betul. Sama seperti saya belajar bahasa Mandarin. Ia tidak sama seperti apa yang saya belajar di buku mahupu audio.

Nampaknya saya kena kumpul duit cepat-cepat untuk hadir ke bengkel ini. Saya yakin bengkel ini bermanfaat. Lihat lah laman web PTS. Cantik dan berseri. Mudah pun ada. Dan mereka mengajar menggunakan platform Wordpress. Menarik untuk dipelajari.

Saya percaya, jika nak berjaya perlulah dengan ilmu. Kerana saya bukanlah pelajar sains komputer, tak semestinya saya tak boleh belajar tentang ini, bukan?

Yurannya memanglah seperti merepek. Tak bagi yang betul menghargainya. Heh. Saya le tu. Semoga penyertaan saya ke bengkel ini akan membuatkan saya lebih maju di dalam dunia blogging dan rezeki menjadi semakin banyak. Ameen.


Berkejaran masa

Hari sudah petang, tanda burung akan pulang. Aku melihat jarum di jam tangan aku. Sudah lewat. Sepatutnya aku tiba awal ke seminar itu. Apakan daya, borang GRF yang aku hantar tahun lepas hilang dari kaunter penghantaran.

Beberapa hari lalu hati aku rasa tak sedap sahaja. Tak selesa selagi aku belum tahu borang GRF yang aku hantar dahulu diterima dan disahkan akan diproses. Aku telah hantar ia awal seminggu sebelum tarikh sebenar dibuka iaitu pada 20 Disember 2012.

Aku ikut kata kawan aku, "Wong, hang boleh ja hantar awai eh. Tak da masalah," dengan loghat Utaranya itu.

2 hari lagi tarikh GRF tutup untuk diproses. Hari Ahad? Ya Ahad. Kira hari Jumaat ini hari penutupnya.

Semalam aku pergi melawat minta agar pegawai di sana tolong semak borang aku. Katanya akan menelefon aku kembali selepas semak.

Sampai pagi tadi tiada apa panggilan dibuat. Terus, bagaimana perlu aku lakukan jika ia memang hilang?

Aku bergegas pergi semula ke kaunter SGS bahagian kewangan bangunan nun di atas bukit. Semput motorsikal aku menaiki bukit itu.

Terdapat dua bangunan SGS di atas bukit. Satu untuk pendaftaran dan satu lagi untuk kewangan. Bahagian kewangan mengambil alih fakulti Pertanian 2 yang dahulu. Sudah 3 semester fakuliti Pertanian berpindah sepenuhnya di nun di hujung jalan ke arah UniTen. Mereka gelar ia Agrobio.

"Assalamualaikum. Kak, saya pelajar semalam. Bagaimana dengan borang saya?"

"Maaf dik. Kak tak sempat nak semak."

"Ini saya sertakan salinan yang saya buat bukti saya hantar. 10 Disember tarikh penyelia saya tandangan."

"Hmmm. Kalau begitu, adik tunggu sebentar. Saya pergi semakkan sekarang juga."

Lima minit kemudian perempuan bertudung kuning itu datang semula ke kaunter.

"Adik, ini borang yang baru. Adik jumpa penyelia minta dia tolong copkan semula. Borang adik memang tiada dalam simpanan."

Aku kecewa. Sangkaan aku betul. Aku ambil borang kosong itu dan ucap terima kasih kepada kakak itu.

"Nanti petang saya datang."

Dia hanya menjalankan tugasnya. Lagipun aku masih ada masa untuk berjumpa dengan Dr. Husni untuk minta tandangan beliau.

---

Alhamdulillah aku ada menyimpan salinan kad pengenalan, transkrip akademik bacelor dan surat tawaran pasca-ijazah aku di dalam beg. Borang GRF telah pun mendapat cop penyelia. Syukur segalanya berjalan lancar.

Habis sahaja solat Jumaat, aku bergegas pergi ke bangunan SGS pagi tadi.

Sebenarnya aku ingin hadir satu seminar yang diadakan di fakulti kejuteraan. Ia percuma dan apa salahnya aku pergi? Boleh tambah ilmu. Namun, dek kerana hal ini, aku mungkin terlewat pergi.

Sambil menunggu giliran, aku hantar SMS kepada kawan aku bertanyakan keadaan di sana.

"Sudah penuh. Kamu tak datang pun tak apa."

Aku kecewa. Terlepas lah aku peluang mendapat ilmu. Nanti boleh sampaikan aku apa yang kamu dapat di sana?

"Insya-Allah boleh."

Lega. Ada sahabat yang dapat bantu aku.

Bagi aku, hal GRF ini patut diselesaikan dahulu. Sudah 6 bulan aku hidup tanpa sumber pendapatan tetap. Merana. Malu. Ya malu. Terpaksa menolak ajakan rakan-rakan berjimba-jimba di kedai makan mewah.

Hanya kedai makan jalanan sahaja aku mampu buat masa ini.

Kadang-kala aku sedapkan hati dengan memasak sendiri di rumah. Bagi aku itu lebih baik daripada aku kempunan. Hei, masakan saya sedap juga ya seperti Master Chef~

Sebelum ini aku cuba memohon RA, tapi tidak kesampaian hajat di hati untuk menjadi pembantu pensyarah lain.

Burung pun sudah pulang, tanda hari sudah petang.

Semoga, borang yang aku hantar ini diproses dengan betul. Agar, aku tidak merasa keperitan tanpa sumber tetap lagi. Ameen.


Pergaduhan antara Doraemon, Ultraman, Boboiboy, dan Naruto


Sewaktu saya kecil, saya suka menonton anime Doraemon. Pasti tidak terlepas kala 7.30pm di TV1 (agaknya). Emak ada marah juga suruh saya solat dulu, tapi, Doraemon juga yang saya pilih. Budak katakan...

Kini saya dapat melihat rupa sebenar suara-suara mereka. Bukan sebalik latar lagi, tetapi hidup (live). Wahhh! Hebat. Pandai juga ya mereka berbicara. Mereka bukanlah pelakon terkenal dengan rupa kacak dan cantik seperti Aoron Aziz mahupun Fasaha Sanda. Namun, suara mereka mampu menghiburkan dunia kanak-kanak.

Siapa sangka mak cik itu rupanya mempunyai poket ajaib serba guna?


Ruang masa berbeza


Sesekali melihat diri saya di cermin saya tertawa sendirian. Inilah diri saya yang ada. Badan kurus kering dengan muka ala-ala pemain sukan. Bekas parut jerawat di muka pun ada.

Kalau dulu saya lihat dengan muka benci. Saya tidak suka muka saya yang ala-ala Tiong Hua. Pemalasnya orangnya. Bukankah masyarakat itu rajin orangnya? Suka berbisnes? Suka mengambil kesempatan atas peluang yang ada?

Apabila direnung kembali, saya selalu diejek rakan-rakan sebaya ketika kecil dahulu. Dipanggil apek. Uh. Hati budak mana yang suka diejek? Geram.

Masa berlalu. Ditakdirkan Allah, saya bertemu lebih ramai rakan ketika masuk alam menengah. Pandangan saya mula berubah. Ramai memuji saya ini istimewa. Rupa lain daripada kaum majoriti di sekolah luar bandar ini. Timbul perasaan yakin terhadap diri ini.

Betullah kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Semakin jauh saya merantau, semakin banyak perkara saya belajar.

Kalau dulu, ya saya dipuji unik, tapi hati kecil ini masih mengatakan kamu tidak kacak. Kamu tidak setanding orang yang boleh bersukan. Bukankah kacak itu orang yang badannya berotot? getus hati kecil saya.

Saya bukanlah budak sukan. Hanya tahu duduk di ruang kecil di sudut pusat sumber membaca cerita-cerita dongeng yang menghiburkan hati. Manakala ramai rakan saya bermain bola sepak di sudut hujung sekolah.

Sampai kini, saya masih lagi kaki bangku menendang bola. Pasti dua tiga tendangan barulah ia terbang ke arah enta mana saya pun tidak pasti. Asalkan ia bergolek jauh pergi dari saya.

Nak bermain ragbi? Uh. Itu bukanlah saya. Berbadan kurus kering seperti ini bermain ragbi? Mahu patah tulang saya kala dihenyak nanti. Saya tahu sukan ragbi terkenal di kolej kediaman saya tinggal, namun perlukah saya sertai semua jenis sukan terkenal hanya kerana majoriti rakan saya minat bersukan?

Saya endahkan sahaja. Jogging tetap menjadi pilihan saya. Ia mudah. Hanya perlu kaki bergerak. Dan yang penting kemahuan untuk bergerak itu ada.

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Saya berkenalan dengan lebih ramai rakan di hujung pengajian ijazah. Dan kali ini bukan sekadar rakan, mereka adalah sahabat. Saya terasa sesuatu berlainan apabila bergaul dengan mereka.

Ada satu yang saya tidak pasti kenapa. Perasaan dan keyakinan saya terhadap diri saya mula meningkat.

Saya memandang cermin dan melihat diri ala-ala pemain badminton negara ini. Beliau mungkin hebat smash di gelanggang, saya pula?

Apabila difikirkan kembali, setiap manusia ada kelebihan yang Allah berikan. Kenapa kita perlu fikirkan hak orang lain walhal hak kita sendiri kita tidak perhatikan? Bukankah Allah itu Maha Adil.

Saya berkembali bersemangat. Wajah yang saya lihat di sebalik cermin itu bukanlah ala-ala orang lain. Tidak. Ia adalah saya. Dan itulah yang sahabat-sahabat saya lihat dalam diri saya.

Jawapan itu mula jelas mengapa saya terasa dekat dan sanggup menggelar mereka sahabat. Persahabat itu indah apabila kita, manusia, bersahabat kerana Allah.


Khamis, 17 Januari 2013

Jejak kaki ke PSAS


Seperti biasa, aku menjejakkan kaki ke dalam blok B perpustakaan. Kelihatan beberapa orang membaca surat khabar yang disediakan.

Aku menunjukkan beg oren aku kepada kakak di kaunter. Dia angguk tanda membenarkan apa yang aku bawa itu.

Aku melihat kelibat seseorang yang aku kenal. Rasanya junior aku ketika aku tinggal di kolej dahulu. Senyuman manis terlihat di mukanya. Aku membalas dengan senyuman juga.

Tapak kaki terus menuju ke tingkat bawah. Mahukan tempat peribadi. Setahu aku, tingkat bawah blok B jarang dikunjungi orang. Amat sesuai untuk aku menenangkan fikiran sambil membuat kerja.

Oh kerja? Ya kerja. Aku sudah bergelar mahasiswa pasca-siswazah. Antara kerja yang aku perlu lakukan ialah membuat kajian keperpustakaan atau aku rasa mereka gelar ia kini literature review?

Aku letakkan netbook 1Malaysia di atas meja belajar yang disediakan. Masa ia on hanya 30 saat. Cepat berbanding Windows 7.

Sebaik sahaja paparan Chromium keluar, terus aku cek emel dan akaun wajah buku. Hampir 1 jam aku leka melayan wajah buku.

Arghhh! Geram. Sungguh geram. Aku menghabiskan masa aku hanya menggelek paparan wajah buku.

Aku tutup netbook dan termenung. Aku kembali cuba mengingati apa yang ingin aku buat hari ini. Pagi tadi sebaik sahaja habis membaca al-Quran, telah beberapa coretan senarai perlu aku buat aku tuliskan.

Sekarang kenapa aku tidak jalankan?

Beberapa minit kemudian baru aku perasan bibir aku kering. Badan dan tangan aku mula menggigil. Ya Allah sejuk rupanya tempat ini.

Kerana tidak tahan dengan kesejukan itu, aku memutuskan untuk berpindah tempat lain. Tidak ada gunanya tempat sunyi jika aku tidak selesa untuk buat kerja aku.

Aku berpindah ke blok A pula. Cuba mencari tempat sunyi. Walaupun perpustakaan telah tertera perkataan jangan buat bising, masih ada bunyi bisikan halus kala aku melepak di tempat berkumpulnya orang di perpustakaan. Itulah rakyat Malaysia. Diletakkan pelbagai tanda pun masih tidak mengerti.

Lihatlah lampu isyarat. Walaupun telah jelas warna merah menyala, ada juga yang cuba mengambil kesempatan melanggarnya.

Aku masuk ke bahagian rujukan pula. Eh? Aku lihat ada banyak meja belajar bersertakan tempat untuk cucuk plug. Wahh! Rupanya inilah ruang untuk pengguna laptop. Oh jahilnya aku selama ini tidak mengetahui tentang kemudahan ini.

Terus aku cari tempat yang paling kurang orang berkumpul dan duduk di meja tersebut.

Nampaknya hampir semua orang di sini kusyuk melayan peranti di hadapan mereka. Aku pun bakal bersama mereka juga.

Jam menunjukkan 6.30 pm. Masanya untuk aku pulang.

Aku merenung ke atas langit sebaik sahaja keluar dari bangunan perpustakaan. Tertanya kepada diri aku, adakah aku produktif hari ini?

Hanya satu sahaja daripad senarai aku yang tercapai aku laksanakan.

Ya Allah, engkau kuatkan lah hati aku ini untuk meneruskan aktiviti yang produktif buat diri aku. Doa aku dalam hati.

Aku turun dan berlalu pergi dengan motorsikal.


Mengherdik atau memuji anak? Amalkan teknik Nabi


Saya ada terfikir bagaimana teknik nabi memuji? Saya tertarik dengan satu program anjuran Puan Ainon Mohd., pengasas Universiti PTS. Beliau bagi saya cukup hebat dalam memperkenalkan teknik pujian Cara Nabi.

pujian Teknik NABI?
Saya ikuti perkembangan dan kesan yang terhasil oleh para peserta yang mengikuti kursus yang beliau jalankan. Masha-Allah ia memang menjadi!

Saya pernah terbaca beberapa kisah ibu bapa Melayu mendera anak mereka kerana kesalahan kecil. Sebenarnya, apabila saya telusuri hidup saya, ya itu memang budaya orang Melayu. Tapi tak semestinya ia sentiasa bagus bukan?

Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya bersembang dengan seorang pakcik berumur lingkungan 50an. Dia kata, ibu bapa orang Melayu, mengherdik, memerli dan menyindir anak mereka apabila anak di hadapan. Namun memuji mereka di belakang. Ia berdasarkan pengalaman dia dahulu ketika membeli motorsikal di zaman dia muda. Ayahnya selalu mengherdik dia membeli motorsikal baru. Tapi di belakangnya ayah dia selalu memuji dia bahawa dia selalu jaga motorsikal dengan baik.

Bagi saya, itu perkara lama. Dan ia tidak patut dibawa untuk zaman ini. Perlu ingat, perubahan berlaku dan minda kita juga perlu berubah. Teknik dahulu tak semestinya bagus, walaupun kita menjadi orang berjaya hari ini dengan teknik ibu bapa kita dahulu. Zaman berubah dengan faktor persekitarannya lagi.

Kadang-kala anak-anak hanya ingin mengetahui perkara itu betul atau salah. Perlulah diberi penerangan dan penjelasan mudah. Oh saya mungkin merepek di sini kerana saya bujang lagi dan umur saya sudah mencecah 20-an!

Eh? Perlu ingat, ingatan kenangan kanak-kanak saya masih segar di dalam minda saya ini tau.

Saya tertarik untuk membaca kisah en. Sharulnizam tentang bagaimana beliau mengamalkan teknik pujian cara Nabi.

Kesannya sungguh hebat!

Walaupun begitu, ia tidak terhad kepada anak-anak sahaja. Malahan ia lebih luas penggunaannya kepada orang sekeliling kita. Saya ambil contoh diri saya sendiri.

Saya berasa begitu bermotivasi apabila penyelia saya memuji saya seorang yang boleh buat kerja (setelah menyindir saya malas dan kemudian saya tunjukkan beberapa jurnal yang telah saya baca) walaupun sambil itu mengatakan saya ini jenis lambat buat kerja. Huh!?

Apapun, jelas di sini bahawa nabi tidak menyindir para sahabat. Banyak lagi yang perlu saya belajar tentang nabi. Jika ada masa, jom la tonton video Seandainya Rasullullah di hadapan kita.


Rabu, 16 Januari 2013

Penjelasan mahasiswa Listen! - KS Bawani


Terkenal dia buat sementara waktu atas kerana rakamannya menjerit menjadi viral. Kuasa Facebook dan Twitter dalam menyebarkan satu-satu kisah di dunia maya ini. Pelajar ini patut diberi satu tepukan gemuruh *tepuk tangan*, untuk usahanya. Tapi bukan untuk isinya kerana dia jelas memperjuangkan sesuatu yang tidak betul.


 

Dan ini pula penjelasan Sharifah Zohrah Jabeen berkenaan isu Listen, listen, listen.


---


Ini pula parodi (video sindiran atau nasihat?) oleh Matlutfi90 a.k.a Mat Lutfi. Jom tonton!

nota: Ini sambungan entri sebelum ini.


Netbook 1Malaysia Menawan gunung Kili Manjaro



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Sebelum ini saya hanya mendengar namanya dan tidak kisah untuk mengetahui tentangnya. Tambahan pula saya ini bukanlah jenis pengembara orangnya. Geek katakan.

Sekarang saya pula sedang mendaki gunung ini. Jangan salah sangka. Bukan gunung Kilimanjaro ya, tapi Manjaro Linux.

Saya ini peminat komputer. Saya suka menggodek apa yang terbaru tentang komputer. Baru-baru ini adik saya mendapat hadiah 'sagu hati' daripada ahli parlimen Tambun berupa sebuah netbook.

Dia sudah ada laptop. Jadi, dia hadiahkan netbook itu kepada saya.

Sistem Operasi lalai (default) adalah Windows 7 Profesional. Hebat juga ya.

Saya memandang perkara ini sebagai satu benda positif. Saya boleh la mencuba perisian Linux dalam netbook ini. yeay!

Mungkin anda ingat saya akan berkata tentang Ubuntu? Tidak sama sekali! Ubuntu hanya kisah lama buat saya. Ya, ia memang menjadi pemula untuk saya mengenali Linux, tetapi ia juga hampir penamat untuk saya bersahabat dengan Linux.

Saya membuat ujian ke atas netbook 1Malaysia ini dengan memasukkan Sabayon Linux versi XFCE. Ia ternyata laju berbanding Windows 7.

Saya ubah (tweak) sana sini untuk memenuhi keperluan saya. Ubah punya ubah ambik kau.

Saya tersilap ubah sampai habis semua perisian dalamnya hilang.

Saya cuba dapatkan bantuan di laman forum Sabayon. Ternyata hampa dengan jawapan yang diberikan. Forum Sabayon bukanlah forum mesra pengguna baru (newbie).

Sedang saya merewang di alam internet mencari penyelesaiannya, saya terjumpa satu komen di blog orang Puteh mengatakan Manjaro Linux sama atau mungkin lebih baik berbanding Sabayon.

Saya pun cuba membeleknya dan ternyata ML masih baru lagi penghasilannya. Mungkin akan ada pepijat lagi.

Pada mulanya saya tak nak cuba. Yelah. Ia baru lagi. Namun melihatkan ahli forumnya yang aktif menolong newbie, saya terus terpikat untuk mencubanya.

Berbanding forum SL, forum ML lebih mesra dengan jawapan yang fokus untuk pengguna baru. Beberapa soalan yang saya lontarkan ternyata dijawab dengan baik oleh ahli-ahli lain.

Netbook 1Malaysia laju dengan OS Linux
Setelah mengalami beberapa kepayahan install ML di netbook, akhirnya dapat saya menulis entri ini melalui ML. Alhamdulillah.

Terus terang saya katakan, netbook cap 1Malaysia ini ternyata laju dengan Linux. Bagi pengguna akhir seperti saya ini, tidak ada kata mati untuk komputer lama.

Windows XP dan sekutunya tidak dapat menghidupkan perkakasan lama. Hanya Linux mampu memberi CPR kepada perkakas kapasiti rendah ini.

Sekurang-kurangnya boleh la saya online di perpustakaan dengan netbook percuma~




Selasa, 15 Januari 2013

Dengar! Dengar! Dengar! Wahai Mahasiswa!


Saya lihat video ini (parodi kepada video Listen when I speak) menjadi viral. Ramai Google "bawani sharipah uum" akan jumpa pautan ke video ini. Pelajar tersebut ditegur apabila dia cuba menyuarakan emosinya dalam sesi soal jawab forum mahasiswa di UUM. Garang ya puan Sharifah kita.

Apa komen dan ulasan saya? Pihak yang ditanya ternyata biadab. Pihak bertanya ternyata beremosi lebih.

Jom tonton video ini pula.


nota: boleh tahu apa reaksi Bawani di sini.


Perpustakaan Awam Dunia bahasa Melayu


horticulturist is different from botanist. We don't remember plant parts but we live with the plant from day one (seeds until it dead still).
                - Anonim.

Pada suatu hari aku terdengar bahawa terdapat satu perpustakan awam yang aku boleh cari hampir segala maklumat di dunia ini dalam bahasa yang aku faham. Tak perlu lagi mencari dan menterjemah sesuatu maklumat dengan susah di perpustakaan biasa. Ia tersedia ada. Semuanya berdasarkan apa yang pengunjung mahukan.



Dimanakah perpustakaan awam penuh dengan maklumat tersedia dalam bahasa ibunda aku.

Aku pun carilah perpustakaan tersebut berdasarkan alamat yang aku dapat. Mudah jer rupanya. Ada berdekatan dengan kawasan tempat aku tinggal.



Isnin, 14 Januari 2013

Teleportasi di China dirakam oleh kamera pengawasan


Saya terkejut kala menonton video ini. Manusia boleh teleport! Seorang penunggang basikal terselamat daripada dilanggar oleh lori dengan bantuan seorang misteri. Orang misteri berselubung itu datang sekelip mata dan menyelamatkan penunggang basikal itu. Rakaman ini direkodkan melalui kamera pengawasan di sebuah kawasan misteri di China.

Bagaikan menonton filem sains fiksyen la pula. Apabila difikirkan semula, ia tidak logik. Hmmm... kemudian saya baca komen yang tertera. Jelas, ada beberapa unsur pengubahsuaian telah berlaku pada video ini. Penggunaan Adobe After Effect menjadi dalang di sebalik kes kamera tertutup ini.

Pandai juga ya mereka buat video sebegini.




Mudahnya bayar yuran pengajian universiti

Pada suatu hari seorang anak muda berumur lingkungan 20an datang menekan loceng pintu rumah saya. Dia datang dengan membawa baldi. Di dalamnya terdapat beberapa tin penyembur dan rekaan nombor. Dia menawarkan servis mengecat semula nombor rumah.

kaki lima punya nombor
Nombor rumah saya di susur jalan telahpun pudar dimamah masa. Dengan hanya lima ringgit, lelaki itu dapat cat empat nombor bersertakan latar. Saya kata apa salahnya dan membayarnya RM5.

Dua minit kemudian tugasnya siap dan beredar pula ke rumah jiran sebelah. Sementara dia mengecat di rumah jiran, saya bersembang dengannya.

Dia menjelaskan bahawa dia adalah mahasiswa Universiti Oklahama. Telah dua musim panas dia bekerja seperti ini. Dengan hanya mengecat selama 75 hari, dia boleh membayar yuran pengajian dan tempat tinggal sepanjang semester. Hanya RM5 sahaja buat sebuah rumah!

-- Kisah ini dipetik daripada buku "Shut Up, Stop Whining, and Get A Life" oleh Larry Winget.




Pengemaskinian tatabahasa Melayu di WBM



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Sekarang saya fikir, untuk membawa Wikipedia Bahasa Melayu (WBM) lebih jauh, lebih elok saya fokuskan pada dasarnya dahulu. Saya lihat maklumat-maklumat rencana berkaitan bahasa Melayu masih kurang dan ia tidak diselanggara dengan baik. Pengemaskinian perlu dilakukan seperti meletakkan rujukan sahih dan penyusunan ayat.

Pada peringkat permulaan, saya kemaskini templat Tatabahasa bahasa Melayu dahulu. Ia dikira sebagai satu rekaan asas untuk saya mulakan projekWiki memartabatkan BM.

Terus terang saya kata, pening kepala saya nak baca buku Tatabahasa Dewan. Saya bukanlah pelajar jurusan bahasa. Saya tidak tahu mana dan apa yang patut masuk dalam rencana berkenaan tatabahasa. Ia penuh dengan istilah-istilah yang sukar untuk saya fahami.

Saya punya kawan jurusan BM tetapi dia tak berminat untuk menulis di WBM. Lalu saya tanyakan kepada dia apakah buku rujukan terbaik untuk pengguna amatur seperti saya belajar bahasa Melayu?

"Buku BM tingkatan 6. Tapi sudah tak ada penerbitannya. Kau pinjam buku aku dan fotostat," kata dia.

Alhamdulillah, saya sempat fotostat buku bahasa Melayu tingkatan 6.

Saya lihat, susunan isi buku itu sungguh menepati ciri-ciri yang boleh saya gunakan untuk perapian rencana-rencana tatabahasa BM. Ia tersusun untuk kefahaman pelajar. (saya pun pelajar~)

Saya dengan matlamat saya tahun 2013 ini - Mengemaskini dasar-dasar WBM. Dan ia bermula dengan mengemaskini artikel-artikel berkaitan dasar bahasa Melayu.

p/s: Jika berminat, jom? Ini adalah kerja amal kita untuk generasi akan datang. Insya-Allah.


Ahad, 13 Januari 2013

Syair Si Kanak-Kanak


Teringat saya bagaimana cikgu Habibah mengajar saya bersyair ketika saya darjah dua. Sungguh indah sastera Melayu ini. Namun, ia tidak berapa lagi dipraktikkan oleh generasi masa kini.

Saya tidak tahu umur berapa budak yang bersyair ini, tapi ia sungguh unik untuk didengar dan tonton bersama. Semoga kita dapat kekalkan lagi sastera Melayu yang kian hilang ini.


Antara kualiti komen dengan kuantiti komen


Bagi blogger, komen sememangnya dinanti-nantikan apabila satu-satu entri baru terbit. Mereka mahukan respon daripada pembaca. Adakah pembaca membacanya atau sekadar hanya meninggalkan ruang komen?

Bagi saya, saya dapati saya dapat tinggalkan komen terbaik apabila saya selalu mengikuti sesebuah blog. Contohnya blog Asrul. Saya dapat berikan komen yang terbaik lahir dari hati saya sendiri kerana saya telah lama mengikut blognya. Dan juga beberapa blog yang lain.

Apabila blogwalking, tidak semua komen saya tinggalkan pada entri terbaru empunya blog. Kadang-kala empunya blog hanya ingin berkongsi. Tidak mengharapkan komen.

Kenapa saya kata begitu? Sebab setiap tuan blog ada tujuan dia menulis. Sama ada untuk melepaskan tekanan emosi dengan menulis ataupun berkongsi pengalaman dan cerita. Kita tidak akan menulis sia-sia di blog, bukan?

Kita mahu apa yang kita tulis sampai kepada pembaca. Atau tak pun sampai kepada rakan-rakan kita. Ini hanyalah dapat diketahui melalui ruang komen.

Saya akan cuba terbaik meluangkan masa saya 5 minit untuk mencari sudut terbaik blog baru saya lawat. Ini agar komen yang saya tinggalkan dapat menjalinkan hubungan antara saya dengan empunya blog.

Bukanlah sifat saya untuk:

"wahhh! Nice. Thanks!"

"Betul tu. Setuju."

"Biasalah, kita perlu jaga adab bla bla bla"

"Oh begitu. Thanks!"

Kalau tidak apa dapat saya berikan, lebih baik saya diam sahaja. Mungkin nanti ada entri menari empunya blog, boleh lah saya komen. Atau citarasa kami (saya dan empunya blog) tidak sama dan sepadan.

Lalu, buat apa saya menjaja komen saya hanya untuk memberitahu empunya blog "Hei awak~ saya ada datang ke blog awak. Terima kasih ya datang blog saya (atau awak datang blog saya pula, boleh?)."

Oh. Itu bukan sifat saya.

Seperti saya katakan sebelum ini, terdapat etika komen yang orang Puteh telah gariskan. Saya lihat etika tersebut berguna buat panduan saya dan blogger lain (yang betul blogwalking untuk menambah kawan).

Saya guna prinsip 3R apabila hendak meninggalkan komen:

Respek (hormat)
Relaks (santai)
Ringkas

Saya respek (hormat) tulisan tuan blog. Saya tidak mencaci mahupun mengata. Jika tiada apa yang boleh saya kongsikan, saya biarkan sahaja.

Saya yakin entri empunya blog mestilah santai. Tidak mahu yang bersifat serius.

Juga, tak perlu panjang berjela sehinggakan rimas tuan blog untuk baca (melainkan jika ia betul perlu).

Biar kesan komen yang saya tinggalkan lain daripada lain. Biar empunya blog tahu, saya membaca dengan penuh perhatian dan saya kisah untuk membacanya sekali lagi jika dia membalas komen itu.

Bagi blogger, saya yakin anda faham maksud saya. Atau anda memang jenis 'blogwalking' tegar?

Hmmm.

Jadi adakah blogwalker tegar ini baik atau tidak?

Mereka baik, cuma mereka hanya suka melawat tapi bukan membaca atau menghayati entri sesebuah blog. Tidak lebih, tidak kurang. Jika betul menarik, mereka tinggalkan komen terbaik. Jika tak, komen ringkas sahajalah menapak di kotak komen.

Saya permudahkan hidup blogwalker ini untuk cuba 'dekat' dengan hati saya dengan menulis

  • Tajuk entri yang jelas
  • Pengenalan entri yang biasa, dan 
  • Kesimpulan yang ringkas
  • Isi itu biarlah yang betul ingin membaca menghayatinya
Maka bolehlah mereka cuba tinggalkan komen 'kualiti' di ruang komen dengan hanya baca pantas entri saya.

nota: Penulisan ini tidak saya tuju kepada sesiapa tetapi hanya coretan pemerhatian saya setelah 2 tahun berblogging.


10 Perkara Jangan BUAT di Masjid


Saya tertarik untuk berkongsi video ini. Ia tentang perkara-perkara yang tidak patut kita buat apabila kita berada di masjid. 

Adab dan sopan perlu ada. Aku tak tahu pun benda sebegini pun ada terjadi di luar Malaysia. Inilah dinamakan universal.

p/s: Bahagian yang paling saya suka adalah bab gosip. Huh. Susah juga ya nak kekang diri daripada bergosip.


Apakah sains untuk kenalan, rakan, dan sahabat?


Oh, ini tentang budaya barat, friend zone (zon rakan). Kalau budaya Melayu, rasanya tiada perkara ini. Micheal menerangkannya secara sains. Oh, sainsnya juga sains barat - manusia mamalia (atau lebih tepat, asal daripada monyet).

Maka, bolehkah kita kaitkan diri kita, manusia, dengan apa yang Micheal katakan - haiwan?


Sabtu, 12 Januari 2013

Mari berkarya dengan e-Coret - DBP

e-coret atau e-corot?

Walaubagaimanapun, ia tidak la seperti yang dinyatakan. Saya sukar nak cari manalah e-corot ini terletak di laman utama. Apabila saya jumpa, tidak pula laman e-coret ini berfungsi.

Nampaknya pihak Dewan Bahasa dan Pustaka perlu bersifat proaktif untuk menyebar luas bahasa Melayu di dunia Internet.

Saya pula, lebih suka berkarya dengan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia lebih mudah dan bebas. Carian pertama Google pun banyak memaparkan istilah dari WBM. Apa salahnya jika WBM menjadi rakan kongsi DBP untuk mengembangkan lagi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?


Tip ringkas menjadi Imam - Petua mudah Ustaz Kazim Elias


Mungkin bagi orang Pantai Timur, Ustaz Azhar Idrus terkenal. Kalau di Utara Malaysia dari Perak sehinggalah Perlis, Ustaz Kazim Elias, menjadi pilihan.

Dalam video ini beliau menerangkan kaedah mudah menjadi Imam. Tak perlu berfikir susah. Mudah dan ringkas sahaja. Mulakan dengan Zohor. Doa? Tonton video ini... *heh*

Santai sahaja beliau terangkan. Ramai juga ya orang tanya soalan-soalan pelik kepada ustaz Kazim. *heh*


Bebaskan Syria - Kami bersamamu Syria


Video ini mengisahkan penyeksaan dan perjuangan yang berlaku di Syria kini. Tidak ramai yang tahu dan tidak ramai yang kisah. Namun, di sebalik perjuangan mereka, tetap ada yang merintih berdoa agar pejuang Islam di sana menang.

Media Barat berat sebelah dalam mempamerkan kisah ini. Tambahan pula, seperti tiada ia dikisahkan pula di media-media umum Malaysia. Lihatlah, ada Utusan Melayu, Harakah, Sinar Harian, Suara Keadilan dan lain-lain memaparkan kisah ini, melainkan kisah aib musuh mereka? Astaghfirullah'azim.

Saya lihat ramai berkongsi di Facebook sahaja. Ia menjadi tanggungjawab saya untuk turut kongsikan di blog ini agar video ini dapat dicapai oleh pembaca berbahasa Melayu melalui carian kata Google BM.

Semoga Allah membebaskan Syria dari kezaliman dan kebinatangan rejim Bashar al Assad. Dan mereka (rejim Bashar al Assad) jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel di Palestin.

nota: Rejim Bashar al Assad mendokong sepenuhnya Syiah. Lalu, di sini jelas bahawa Syiah mampu mengucar kacirkan umat Islam jika kita tidak bersatu menegah mereka berkembang di bumi Malaysia ini.


Kuasa sebuah penulisan buat pengemis jalanan



Sabahat saya, Asrul berkongsi tentang kuasa perkataan di blognya. Ya, ia ada benarnya.
"Ubah katamu,
pasti kau bisa ubah dunia ini."

Saya mulakan dengan diri saya dahulu. Saya begitu berazam ingin menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) sebagai wadah penulisan saya.

Bahasa Inggeris? Oh. Lupa pula ya saya tentang itu. Ya saya gemar membaca buku dan penulisan BI juga. Namun, hasrat saya besar untuk melihat lambakan BMT di laman maya Internet. Saya punyai satu laman lain tentang saya menulis BI. Nanti apabila saya sedia, saya akan pamerkan juga di blog travelog saya ini. Buat masa ini biarlah ia kekal samar di carian Google.

Setakat ini saya lihat ramai pengunjung menggunakan carian Google sampai ke blog saya dengan carian bahasa Melayu. Tak kiralah bahasa Melayu baku atau tidak asalkan ia bukan bahasa Alien.

Saya percaya, untuk mendidik orang lain ia bermula dengan saya sendiri. Ingin menasihati orang lain, ia mula dengan diri saya juga. Sebagaimana Rasulullah mendidik para sahabat melalui perilaku mulia beliau. Itu dinamakan qudwah (kata sahabat saya lah).


3 Perkara Jangan buat apabila ditahan Polis


Niga Higa menceritakan pengalamannya ketika ditahan polis. Berdasarkan kisahnya itu, aku dapati sikap melanggar undang-undang jalan raya yang mudah bersifat universal. Orang Amerika yang kurang patuh pun langgar lampu isyarat merah.

Untuk itu, dia lampirkan juga beberapa tip yang perlu kita buat jika ditahan polis.

Aku pula? Nahhh. Pembonceng motorsikal seperti aku ini jarang ditahan polis ketika membonceng. Hanya apabila ada sekatan jalan raya sahaja. Setakat ini aku tidak pernah disaman kerana ibu bapa aku selalu pesan, "Wong, kamu jangan lupa perbaharui lesen dan insurans motor. Penting!".

Terima kasih abah dan emak kerana selalu mengingatkan saya akan perkara itu.


Jumaat, 11 Januari 2013

Bengkel Wikipedia - Asas pengembangan Wikipedia Bahasa Arab


Sami Al-Mubarak dan Mina Nagy Takla, antara pengasas Wikipedia Bahasa Arab. Mereka mula mendapat idea untuk menjadikan Wikipedia sebagai asas perkembangan bahasa Arab apabila mendapati kekurangan tulisan ilmiah bahasa Arab di Internet.

Mereka mendapati Wikipedia mampu membawa aspirasi mereka menjadikan bahasa Arab berkembang sebagai bahasa ilmu. Mereka kemudian menghubungi Wikifoundation dan membuat kerjasama mengadakan bengkel mengajar orang ramai tentang Wikipedia dan cara menyumbang melalui Wikipedia Bahasa Arab (WBA).

Rupanya ramai yang ingin menyumbang tetapi tidak tahu bagaimana. Bengkel yang mereka jalankan telah melahirkan ramai editor bebas di WBA

"Selepas pukul 3 petang, selepas habis kerja, kami mula mengisi masa lapang kami dengan menulis di Wikipedia," kata Sami. "Ia kerja sukarelawan dan kebajikan untuk orang Arab khususnya."


Tip Meningkatkan Pengunjung Istimewa ke Blog Blospot


Saya mendapat tahu terdapat rahsia untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog pengguna blogspot. Ia semacam Wordpress. Yelah. Wordpress memang fungsinya banyak untuk search engine optimization (SEO). Blogspot pula, terpaksa kita buat sendiri. Manualnya mudah sahaja. Nasib baik pakcik Google banyak membantu. Heh.

Pada awalnya saya malas nak layan perkara ini. Saya berblog hanyalah untuk menyebarkan maklumat. Namun, kalau sukar orang nak cari di kalangan lambakan blog 'bahasa Melayu' lain, tenggelamlah ilmu yang saya nak kongsikan ini.

Syazwan berkongsi tips SEO di blognya. Petuanya yang diberikan mudah sahaja dan sememangnya berhasil.

Setelah saya ikuti tipsnya, betul, jumlah pengunjung saya naik. Ini termasuklah pengunjung unik (ikut statistik nuffnang).

Pengunjung istimewa (unique visitor) Mula naik apabila saya menggunakan petua SEO ini.

Harapan besar saya adalah apa yang saya kongsikan di blog ini berguna buat pembaca semua. Kalau nak untung iklan, sampai sekarang nuffnang bagi saya lima hengget jeh. Caish.

Saya pasang nuffnang pun hanya untuk dapatkan statistik. Berbeza statistik nuffnang dengan statistik blogspot. Tambahan pula statistik nuffnang kelihatan lebih tepat berbanding blogspot.

Ia memberi saya gambaran jelas tentang blog saya dan apa yang boleh saya tingkatkan lagi. Lagipun, saya lihat sukar nak jumpa komentar baik di blog-blog orang.

Namun, alhamdulillah, blog ini dikungjungi beberapa komentar yang saya rasa saya boleh berikan A+.

Semoga perkongsian ini dapat menaikkan lagi semangat blogger lain untuk menyumbang ilmu bermanfaat di dunia maya ini. Insya-Allah.


Khamis, 10 Januari 2013

Seruan kepada golongan yang masih berjuang di jalan Allah




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Seorang sahabat saya berkongsi status ini di Facebooknya... Masya-Allah.

" Ayuhal ikhwah, 

segala kebimbangan kita ini mungkin akan dipersendakan oleh orang ramai sebaik sahaja mereka mendengarnya. 

Mereka adalah orang-orang yang telah putus asa dan lupa bahawa Allah akan membantu hamba-hambanya yang beriman. 

Mereka tidak tahu bahawa apa yang kamu kemukakan hari ini sebenarnya bukanlah perkara yang baru sebaliknya ia adalah dakwah Islam yang diketengahkan oleh Rasulullah s.a.w dan diperjuangkan oleh baginda serta para sahabatnya. 

Setiap orang Islam yang beriman dengan Allah, rasulNya dan kitabNya wajib beramal seperti amalan mereka dan berjuang seperti perjuangan mereka.

Wahai Ikwah,

kamu beriman dengan semua ini dan kamu yakin bahawa Allah akan memberikan kemenangan. Kamu miliki segala hujah ilmiah, sejarah, faktor geografi dan bantuan Allah untuk melaksanakannya. 

Ketahuilah bahawa Allah bersama kamu. Tidak perlu saya huraikan
dengan panjang lebar tanggungjawab kamu kerana kamu sendiri
mengetahuinya. 

Oleh itu, yakinlah, ikhlaslah, beramallah dan nantikanlah akan tiba masa kemenangan. Segala-galanya terserah kepada Allah. 

Pada hari itu, orang-orang yang beriman akan merasa gembira menerima bantuan Allah. Allah membantu sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah Maha Perkasa dan Maha Pengasih.

Salam serta rahmat dan keberkatan Allah untuk antum sekalian."

Status facebook sahabat saya.



Rabu, 9 Januari 2013

Risalah Gereja guna nama Allah? Apa kata cucu cicit kita nanti?


Ulama perlu bersepakat. Alhamdulillah ada lagi penjelasan daripada ustaz Kazim selain ustaz Fauzi. Ketahuilah implikasinya bukan kepada generasi sekarang tetapi kepada generasi selepas kita. Kita tidak mahu apa yang terjadi kepada Indonesia datang ke Malaysia pula.

Kita perlu pertahankan akidah umat Islam. Jangan kerana kepentingan politik kita berpecah. Kerana dendam kepada sesuatu parti kita berpecah pendapat. Jangan kerana ini, kita akan dipersalahkan oleh cucu cicit kita.


Selasa, 8 Januari 2013

Kalimah Allah Tidak Boleh Ganti Nama Tuhan Kristian



Ia satu isu yang kian hangat dibincangkan. Alhamdulillah ustaz Fauzi dapat memberi pencerahan kenapa kalimah Allah ini suci buat umat Islam. Ia berilmiah dan tidak seperti pemikiran golongan-golongan politik yang menggunakan hujah-hujah yang lemah dan dangkal.

Saya dengan ini, menentang sama sekali penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible bahasa Malaysia. Kita tahu implikasinya bukan kepada generasi sekarang tetapi generasi selepas kita.

Saya bersama dengan pandangan ustaz Fauzi.

Sedikit penjelasan daripada sahabat saya.



Doktor beragama dan selainnya


Setiap kali pulang, saya mengambil kesempatan menziarahi seorang sahabat saya. Saya telah kenal dengannya sejak saya tingkatan 1 lagi.

Saya mendapat berita bahawa dia mendapat kanser pada tahun lepas. Kasihan saya lihatnya. Kanseer yang dia kena adalah pada tahap 3.

Alhamdulillah dia mendapat sokongan baik daripada keluarganya. Ayah dan emaknya menyokong dia dari belakang.

Tahun lepas saya melawat, dia memakai tiub di badannya. Fungsi tiub itu adalah untuk menyalurkan ubat cecair terus ke badannya.

Terdapat satu kisah menarik yang dia ceritakan kepada aku.

"Pada awal mendapat berita itu, aku amat sedih. Doktor yang sampaikan khabar aku kena kanser itu berterus-terang bahawa aku mungkin tidak dapat hidup. Aku perlu kawal pemakanan dan segalanya," ujar dia. "Yang penting aku makan guna tiub ini," dia menunjukkan aku tiub yang melekat di badannya itu.

Katanya, doktor yang merawat kansernya di Hospital Kuantan adalah seorang doktor berketurunan India. Maka doktor itu tidak memberi nasihat selain daripada nasihat apa yang seorang doktor patut berikan - nasihat perubatan.

Semangatnya jatuh. Dia rasakan hidup ini sudah tidak bermakna lagi. Dia tahan untuk tidak menangis di hadapan ibunya yang ketika itu sudah pun tersedu mengenangkan nasib anaknya itu.

Beberapa hari kemudian dia berjumpa dengan doktor Melayu pula untuk rawatan tekak. Ini bagi memastikan tiada apa-apa jangkitan lain terkena padanya selain kanser.


Isnin, 7 Januari 2013

Dari Perang Besar ke Ipoh


Saya balik ke kampung halaman pada hari Sabtu lepas. Ingin berjumpa dengan kedua orang tua saya. Sudah lama saya tidak pulang ke rumah.

Di sini, Perang Besar, atau nama barunya Putrajaya, ada bas yang terus ke Ipoh.

Saya naik bas Nadi Putra bernombor 501 terus ke Putrajaya Sentral. Ada 4 waktu bas bertolak dari Putrajaya ke Ipoh.

  1. 9.30 am
  2. 1.30 pm
  3. 6.00 pm
  4. 10.00 pm
Kerana saya lewat 10 minit, saya terlepas untuk bas pagi. Lalu berkelanalah saya sehingga 1.30 pm.

Bas Plusliner dari Putrajaya ini singgah ke Puchong untuk mengambil beberapa orang penumpang lagi sebelum bertolak terus ke Medan Gopeng, Ipoh.

Saya kira, pukul 5 petang baru sampai di Medan Gopeng.

Jumlah kos hanyalah RM22.00. Tak terlalu mahal bagi saya. Kalau balik kampung naik kereta pula, tolnya sahaja sudah mencecah RM40. Belum lagi minyak petrol.

Itulah sahaja catatan ringkas saya.


Jumaat, 4 Januari 2013

Kewenangan Berkongsi Status di Facebook



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Saya lihat, kongsi di Facebook tidaklah berkesan mana pun. Orang kata sharing is caring. Yela caring tapi kalau kita sendiri yang kongsi itu tidak mengamalkan apa yang kita kongsi, manakan ia akan meresap masuk ke dalam hati setiap 'rakan FB' kita? Bukankah itu tujuan utama kita berkongsi di Facebook? Atau hanya sekadar berkongsi tanpa tujuan seperti babi hutan menggodol pokok tanpa tujuan?

Kongsi tanpa meletakkan apa-apa status di atasnya sama seperti kita kata "Nah. Aku ada maklumat ni. Baca. Yang lain tu kau pandai-pandai la faham."

Namun persoalannya adakah kita sendiri faham perkongsian tentang itu? Ia bermula dengan diri kita. Bukan diri orang lain. Bukan dengan kongsi di FB. Ia bermula dengan diri sendiri.


Cuba hayati lirik lagu 'Lelaki di sebalik cermin' 
nyanyian mendiang Micheal Jackson.


Kebiadapan warga asing di UPM


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Semalam saya singgah sebentar di Masjid UPM untuk menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah.

Usai solat, saya hendak pergi makan malam pula di Padang (gerai makan di Sri Serdang). Sedang saya ingin pergi itu saya terlihat sahabat lama saya, Arif. Oh sungguh lama saya tidak bersapa dengan dia.

Saya tunggu sebentar di belakang jemaah solat yang dia sertai. Nanti apabila dia usai solat, boleh la terus saya menyapanya.


Bahasa jiwa bangsa



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Selesai sahaja membaca surat khabar, aku melihat sekeliling ini. Nampaknya perpustakaan tidak dikunjungi ramai di blok B ini.

Hmm. Hanya News Straits Times sahaja aku baca hari ini. Hati ini tidak tergerak untuk menyentuh yang lain. Biarlah. Aku lihat tiada apapun berita menarik hari ini. Hanya membicarakan tentang bagaimana pendidikan negara.

Ramai 'cendiakawan' berkata tentang kepentingan Inggeris. Ah. Mereka apa tahu. Yang mereka tahu ingin menyekolahkan anak mereka di sekolah bahasa Inggeris. Bagi mereka bahasa Melayu ini leceh. Tak penting pun untuk kemajuan negara. Hanya untuk berkomunikasi dengan golongan bawahan.

Siapa tahu? Mungkin anak merekalah itu nanti yang akan menetap terus di UK, London, Australia dan Amerika. Mengatakan Malaysia ini terkongkong dengan dogma yang tidak sesuai dengan pemikiran mereka.

Akal-budi dan kosmologi mereka tersekat dengan mengatakan bahasa Inggeris ini lah yang patut kita julang. Walhal mereka akan menjadi seperti India.

Ya India. Negara bekas jajahan British. Negara kalau kita lihat pernah mencapai nilai ketamadunan dunia yang hebat. Kini, hanya melukut di tepian gantang teknologi dunia. Mereka tak dapat menyelesaikan perkara mudah untuk bangsa mereka.

Jepun pula lain. Mereka mampu mencipta teknologi yang bersesuaian dengan budaya dan pemikiran mereka. Kereta kecil, motor kecil, gajet kecil dan pelbagai. Dan yang membanggakan, mereka dapat cipta periuk nasi automatik.

Lihatlah. Mana ada periuk nasi automatik buatan negara orang Puteh. Yang aku lihat hanyalah buatan Jepun dan seangkatannya.

Kenapa ini terjadi? Kerana golongan cendiakawan India terlalu membanggakan bahasa Inggeris sebagai bahasa intelektual. Bahasa sains. Mereka lupa akan bangsa mereka. Maka terbahagilah antara golongan yang mengamalkan pemikiran sains menjadi golongan elit, manakala golongan yang mengamalkan dogma tahyul, golongan bawahan.

Golongan menengah ingin pula mengejar golongan elit agar tidak dipandang remeh oleh masyarakat.

Bagi aku, mereka tidak lihat suasana kampung. Mereka tidak memahami bagaimana orang kampung berfikir. Mereka cuba jauhkan orang kampung dengan sains dan teknologi.

Ya mereka tinggal di bandar. Mereka dapat tonton kisah Inggeris. Mereka dapat baca buku Inggeris. Tapi bagaimanakah orang lain pula?

Itu satu hal lagi.

Ah. Mereka fikir mereka sudah cukup pandai hanya dengan menguasai bahasa Inggeris. Tidak mereka fikir mereka juga sebahagian daripada masyarakat Malaysia? Apakah sumbangan mereka kepada rakyat Malaysia? Itulah bagi aku dikira sebagai kejayaan.

Jika hanya tahu mengangkat punggung meninggalkan Malaysia hanya kerana Malaysia tidak mengamalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa lingua franca dunia, apakah ia satu pembelotan?

Bagi aku, pembangunan lestari di bumi tanah airku ini tidak akan terjadi jika ilmu sains dan teknologi hanya dikuasai oleh segolongan sahaja. Ia mestilah menyeluruh. Lihat lah Pakistan. Rakyat mereka masih percaya lagi bahawa vaksin Polio ini adalah serangan suntikan Yahudi! Rakyat mereka tidak memahami bahawa polio boleh membawa maut. Ilmu sains tidak sampai ke pemikiran semua rakyat. Itulah antara bencana bahasa Inggeris yang melopori ilmu sains dan teknologi mereka.

Kerana, bahasa jiwa bangsa. Hilangnya bahasa, hilanglah jiwa bangsa itu. Dimomok dan dicucuk lubang hidungnya mengikut telunjuk bahasa yang meceroboh bumi emas ini.


Khamis, 3 Januari 2013

Tumbukan angin yang menyedarkan


Aduh! Aku banyak habiskan masa aku termenung pada skrin laptop. Membaca perkara yang aku sendiri tahu ia tidak mendatangkan faedah.

Habis masa aku terluang hanya menggelek berita-berita terbaru di hadapan muka buku ini. Ya muka buku atau lebih mesra Facebook.

Aku bajet nak lihat sekitar 10 minit sahaja. Cuma, sekarang dah satu jam. Dush! Satu jurus tumbukan terasa sepoi di muka aku. Angin masuk melalui tingkap di tepi meja aku ini. Ia seperti menumbuk muka aku memberi amaran. Terkandung rahsia tersirat "Ah itulah kau Wong. Tahu nanti nanti. Bila nanti itu nak jadi mula?"

Aku terdiam. Masalah ini takkan selesai jika sifat bertangguh-tangguh masih tertanam kuat dalam diri ini. Ah. Kenapa perlu ada sifat ini? Walhal aku telahpun bergraduat dengan cemerlangnya.

Dush! Satu tumbukan angin kencang terasa di muka aku. Tingkap di tepi meja aku terbuka luas. Ia seperti membenarkan angin menerpa terus ke muka aku. Cuba menyindir akan sikap malas aku ini.

"Bukan apa, aku cuma ingin mengetahui isu semasa," pujuk hati ini.

Aku membaca pula nukilan-nukilan yang tertera di blog aku. Hati rasa gembira apabila jumlah pengunjung menepati objektif harian aku iaitu 100 bacaan (view). Namun, nuffnang mencatat lain pula untuk pengunjung unik. Ahh. Biarlah. Asalkan ia mencecah tiga angka sudah memadai bagi aku ini.

Blog ini menjadi pemangkin untuk aku terus berkarya. Jangan kau punahkan motivasi ini wahai nuffnagers!

Dush dush dush! Sepeerti tumbukan bertalu-talu mengena ke muka aku ini. Kertas di meja pencetak berterbangan di atas lantai. Aku tersentap. Aku merenung jauh ke luar. Langit mendung petanda keberkatan akan turun kejap lagi... Dan...

Ahhh! Ye aku faham!

Bump. Aku tutup tingkap. Aku tutup laptop. Aku mengangkat punggung aku jauh pergi dari kerusi. Aku ingin pergi menjalankan tugas aku yang sebenar. Ia amat berat tetapi ketahuilah, ia amat ringan bagi yang mengetahuinya.

Melakukan ibadah wajib tepat pada waktunya...


Penumbuk bulan terhebat


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Teringat zaman saya kecil-kecil dahulu. Inilah yang diajar oleh cikgu sekolah rendah saya, cikgu Habibah bagaimana nak kira bulan. Ketika itu saya terpilih antara pelajar yang masuk ke program PTS (peperiksaan tahap satu).

Yang peliknya, saya tak faham sampai sekarang apalah cikgu saya itu ajar tentang ini. Belajar kira jumlah hari bulan kalendar Masihi dengan penumbuk. Ada logik jika difikirkan kembali. Cuma...

Sekarang senang je. Rujuk kiraan pada telefon bimbit. Heee~


Masalah pertama dunia


Video ini lebih berunsur jenaka. Pengarah menyindir orang-orang yang selalu mengeluh akan masalah yang mereka hadapi. Tidak cuba menyelesaikan sendiri. Masalah kecil pun boleh jadi besar.

Gaya penyampaian video ini seperti teknik penyampaian meminta derma.

Apa yang menarik perhatian saya adalah satu babak orang mengeluh tentang Facebook. Tiada orang komen dan like pun boleh mengeluh. (Ok. Ini memang kena pada muka aku. Aiseh~)

Apa yang penting, sedar bahawa masalah itu taklah sebesar mana yang difikirkan. 3 penyelesaian diberikan oleh pengarah - jambatan, straw dan gelas dengan penutup.

Jambatan untuk mereka melintas. Straw untuk mereka sedut. Dan gelas untuk mereka tutup.

Lebih kurang bergini lah -

 "Diamlah. Berhenti merungut. Dan pergi cari kerja!

(agak keras di situ. Heh)


Rabu, 2 Januari 2013

Di sebalik hari yang cerah


Suasana hari ini cerah. Mentari naik menyinari suasana pagi ini. Terasa dingin pagi kala aku bangun untuk melakukan ibadah wajib.

"Apakah perlu aku buat hari ini?" getus aku usai solat Subuh.

Seperti biasa aku capai kitab al-Quran buat bacaan rohani di pagi ini. Kemudian aku melakar beberapa gambar bagi latihan peta minda aku. Pemikiran kreatif tidak datang secara kebetulan. Ia datang dengan latihan kerana pemikiran kreatif termasuk dalam kategori kemahiran.

Aku memandang jam di skrin laptop. Sudah 8 pagi rupanya.


Beaver - Jurutera dan arkitek semula jadi


Beaver adalah roden terbesar di Amerika Utara. Setelah menonton video ini, saya dapat tahu:
  1. Beaver hidup berpasangan dan pasangan mereka adalah seumur hidup.
  2. Mereka hidup di dalam sebuah keluarga. Bapa, ibu dan anak.
  3. Beaver mampu makan ranting keras yang tidak boleh dimakan oleh haiwan lain
  4. Empangan yang dibuat oleh beaver memberi kesan ekosistem yang bagus buat persekitaran.
  5. Empangan beaver memberi sumber makanan kepada hidupan sekitarnya.
  6. Empangan yang dibina khas sebagai rumah untuk mereka hidup.
Jangan disalah erti beaver dengan memerang kerana beaver hanya terdapat di Amerika. Memerang pula tidak membuat empangan.




Selasa, 1 Januari 2013

Turunnya berkat bersama Burung Cenderawasih



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Subhanallah. Itulah yang dapat aku ucapkan tatkala menonton video ini. Ia sebuah dokumentari lengkap tentang burung cenderawasih. Ada 39 spesis burung ini. Mereka tinggal di hutan tropika Papua New Guinea.

Saya tertarik melihat bagaimana setiap burung ini menari untuk menawan hati bakal pasangan. Sungguh unik!

Bummmmmppp! Walah! Saya mendapat ilham daripada video ini.



Hubungi i Wong

Assalamualaikum.

Bagi sesiapa yang ingin menghubungi saya, bolehla menghantar emel melalui Wikipedia. Tujuan utama saya buat begini adalah bagi mengelak emel saya di spam.

Rujuk gambar rajah ini di mana perlu untuk hubungi saya.

Saya amat berbesar untuk bertukar pandangan bersama anda, kenalan, rakan, dan sahabat saya di dunia serba maju ini.

Usah risau. Anda tidak perlu mendaftar pun masih boleh hantar emel. Apabila emel anda sampai ke inbox, saya akan balas dengan emel betul saya.