Jumaat, 6 Disember 2013

Puisi: Di bawah lampu jalan



Malam itu gelap nan sepi
Mulut-mulut mengeluar bunyi...

Mereka kata dia bodoh.
Mencari kunci yang hilang di bawah lampu jalan.

Mereka kata dia dangkal.
Mencari kunci yang hilang berdekatan cahaya.

Mereka kata dia dungu.
Mencari kunci yang hilang bukan pada tempatnya.

Kerana apa dia mencarinya di situ?
Mungkin selesa kerana petunjuk hanya itu
Walau dia tahu kunci itu jatuh ketika kita keluar dari rumah

Entah di mana kunci itu hilang
Mencarinya di bawah cahaya
senang memberinya kelegaan.

2 mengomel

Satu percubaan menulis puisi yang baik. Masih boleh dipertingkatkan. Saya tidak berani komen lebih sebab saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Masih dalam proses pembelajaran. Wong, cubalah menulis dan hantar ke Tunas Cipta, majalah untuk penulis baharu dan muda.

Tak tahu lah nak kata puisi ke apa. Saya sendiri tak tahu apakah definasi jelas apa itu puisi. Penulisan ini terpacul apabila asyik kena marah dengan penyelia. =)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon