Ahad, 17 November 2013

Hanya kerana Allah kubersahabat denganmu

Saya mula mengertai erti sahabat setelah mula keluar dari kotak pemikiran kolej. Sebelum ini saya hanya tersekat bahawa jika ingin berkawan perlu ada sebab. Antaranya seperti kawan sejurusan, sekolej, sekelas, dan sebilik. Semuanya mesti ada se- di hadapan penerangan.

Tetapi kali ini pengertian sahabat saya lebih luas. Saya mula mengerti apa yang dimaksudkan berkawan ikhlas kerana Allah. Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah.

Ini apabila kita ditemukan di satu kawasan dan kita bersembang tanpa ada alasan kukuh untuk kekal baik dengan seseorang. Perhubungan berlangsung terus tanpa sebab kukuh.

Saya berkenalan baik dengan Fansuri mungkin setelah saya mula mengenali yang lain. Heh. Malu sebenarnya nak cakap. Tetapi orangnya hebat. Pandai memujuk hati ini.

Yelah. Kadang kadang memang marah dengan sikap kawan. Ada yang suka buat begini. Ada yang suka buat begitu.

Di situ saya belajar erti berlapang dada. Kita menerima kelemahan orang lain, dan menerima kelebihannya. Apalah sangat dengan kelemahan jika ingin kita fokuskan sangat. Walhal kebaikan itu 1001 lebih baik berbanding kelemahannya.

Di situlah saya mula menilai erti niat bersahabat kerana Allah. Apabila tiada pun satu ikatan logik yang menemukan saya dan mereka.

Penat juga berfikir di mana ya pertemuan ini berlaku? Di mana ya sifat sayang menyayangi antara satu sama lain di antara kami muncul?

Mestinya ia lahir dari hati yang ikhlas hanya kerana Allah.


3 mengomel

Iwong, ingat tak aritu Iwong cakap fasal blog tu kan, saya dah buat dah, tapi tak jadi lah cam Iwong buat ni...camne ye ia punya setting? boleh tolong tak?

Buat apa ye? Saya kurang faham.

Bersyukurnya ada sahabat. Betullah, selalunya kita berkawan sebab se- yang dinyatakan di atas. Moga kita semua bersahabat kerana Allah.:)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon