Jumaat, 13 September 2013

Solat mengubah rupa - Dari Free Hair Kepada Tiada Hair

Saya suka bergaul dengan orang. Banyak kisah yang saya dengari dan ambil iktibar.

Bos di tempat saya bekerja, selalu bercerita bagaimana solat mampu mengubah sifat orang. Dikisahkan bahawa di tempat dia bekerja dahulu ada dua perwatakan wanita berbeza yang pernah dia jumpai.

Pertama, seorang wanita berpakaian muslimah lengkap. Bertudung, berbaju kurung semua. Lengkap bagai seorang Melayu yang patuh kepada ajaran agama. Manakala seorang ini berpakaian wanita KL. Tidak berjilbab dan memakai skirt sebagai pakaian rasmi pejabat. Persis pelakon wanita Melayu drama TV3 selalu muncul (contohnya Rita Rudaini?).

Yang menariknya lagi, wanita pertama itu tidak solat. Manakala yang tidak menutup aurat itu solat. Sungguh menghairankan buat bos saya ini. Erti takwa berlainan buat kedua-dua orang ini.

Setelah beberapa tahun dia berhenti kerja, dia mengadakan rumah terbuka tahun lepas. Dia mengajak semua rakan yang dia kenali.

Sedang dia seronok menyambut tetamu yang hadir, datang seorang wanita muslimah bersalaman dengannya. Dia tenung lama wajah wanita itu. Sungguh seperti dia kenal orang ini. "Suzanna? (bukan nama sebenar)"

"A'ah kak. Lama tak jumpa," senyum Suzanna.

"Ya Allah. Subhanallah," ucap bos saya sambil terus memeluk Suzanna.

Di sini dia dapat simpulkan bahawa dengan solat, lama-kelamaan diri akan terbentuk jua mendekati agama Islam yang sebenar.

"Kak juga pernah jumpa seorang lelaki umur 27 tahun tak pernah solat seumur hidup. Katanya kenapa perlu solat? Mak ayah dia pun tidak solat," kata bos saya.

"Jadi jangan marah mereka kenapa tak solat. Mereka jahil. Tugas kita menyedarkan mereka dan membimbing mereka mengenali rukun Islam yang kedua ini," jelas bos saya lagi.

Saya hanya mampu tersenyum memikirkan kisah ini. Hikmah solat bagi yang berfikir.

3 mengomel

salam wong.wah menarik kisah ni.yelah kita sebagai manusia cepat benar buat kesimpulan,berdasarkan luaran/pemakaian seseorang.

teringat masa kak lea kerja di klia,kerja dengan syarikat penerbangan.dah tentu ramai yang memilih untuk free hair.pernah kak lea pujuk bff pakai tudung.dia kata belum sampai masanya.dan selagi dia tidak seksi,menjaga solat dan maruah diri,rasanya itu dah cukup.

masa tu pulak kecoh di media massa,kes pompuan bertudung yang berdating di tempat gelap,di tangga,di tasik dll.jadi kawan kak lea kata,tak semestinya yang tak menutup aurat tak reti dosa pahala.kak lea masih berdoa dia menerima hidayah untuk menutup aurat :)

kat tempat kerja aku ni ada jugak yg pakai tudung tapi langsung tak solat... ada jugak yg free hair pembaca berita seksi tu tak tinggal solat beb...

btw,
nice bos :)

@Puan Alea
Amiin.

@PC
Nampaknya solat belum lagi terkesan kepada kedua-dua subjek yang anda katakan itu. Semoga Allah kurniakan hidayah kepada kedua-dua wanita itu.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon