Jumaat, 27 September 2013

Dirahmati Orang Sekeliling

Saya masih lagi dengan sikap memandang tingkap. Ingin tahu bolehkah saya boleh terbang nanti? Senyum sendiri nampaknya saya.

Telefon bimbit berbunyi pendek tanda satu pesanan ringkas masuk. Nama Fansuri tertera.

"Salam. Hari ini solat di Masjid UPM. Sambut hari lahir Udin."

Saya tersenyum keseorangan lagi. DVD yang saya beli tempoh hari masih ada lagi di rak. Tidak digunakan sangat kerana saya sudah tidak percaya kepada Aqif Azizan.

Tapi tak bermaksud ia dibiarkan begitu sahaja. Saya kenal Udin. Orangnya berbakat menulis. Apa salahnya saya hadiahkan sahaja DVD itu kepadanya. Mana tahu suatu hari nanti terbuka hatinya untuk menonton DVD tersebut dan mendapat manfaat daripadanya?

Saya balutnya kemas. Saya mahu ia menjadi satu yang istimewa buat sahabat tersayang.

Tengah hari saya bertemu dengan Jo pula. Saya ingin menunjukkannya cerpen yang telah saya karang. Mata saya melirik mukanya ketika dia membaca 3 helaian kertas bercetak depan belakang itu. Kadang kadang dia tersenyum sendiri.

Entah mengapa hati saya terasa gembira melihat reaksi mukanya itu.

"Macam mana?"

"90 peratus untuk kau," kata Jo gembira.

Saya terdiam. Terbeliak mata mendengar.

"Ini lah baru dikatakan cerpen. Nilai-nilai realisme banyak terdapat di dalam cerpen ini." Jo menunjukkan ayat-ayat yang membuatkannya terfikir.

Saya melirik senyuman pula. Alhamdulillah. Diterima baik. Terima kasih Jo atas komen yang baik itu.

Selepas solat Jumaat, kami melepak di sudut belakang masjid. Sebuah kek telah dibeli khas untuk menyambut hari jadi Udin. Saya mula membawa kotak dibalut pembalut perang untuk diberikan kepada Udin.

Sedap kek yang ditempah. Manis. Ada juga rasa tiramisu. Pandai Fansuri memilih.

Selesai majlis, saya kembali ke fakulti.

Duduk keseorangan di bilik siswazah. Tiada penghuni di sini. Mungkin hari Jumaat. Ramai sibuk untuk pulang.

Sedang saya ralit dengan Facebook, Fakrul masuk. "Eh lambat datang. Aku ingat langsung tak datang," tegur saya.

"Mestilah datang. Baru balik holiday," kata Fakrul sambil mengemas barang di mejanya.

Kami bersembang seketika sebelum dia bergegas pergi ke Dewan Banquet untuk berjumpa penyeliannya.

Sebelum manghrib menerima SMS daripada Soleh.

"Aku dapat emel GRF. Kau dapat tak?"

Terus hati merundum jatuh. Allahurobi.

"Tak. Tahniah." Balas saya ringkas.

Semoga Isnin ini mendapat berita baik. Amiin.

2 mengomel

Oh, dah hantar ke media ke cerpen tu? Beruntungnya saudara ada rakan yang sudi membaca. Karya saya hanya saya yang membaca dan kemudian terus hantar tanpa ada pandangan daripada sesiapa pun. Selepas itu barulah terpulang kepada pembaca buat tanggapan sama ada kena hentam ataupun dipuji.

Belum lagi. Masih membaiki sana sini. Al-maklumlah saya baru nak hantar ke majalah/surat khabar. Yang saya bagi dia baca itu draf 2. Banyak lagi perlu diperbaiki. Saya gunakan buku panduan Dr. Lim sebagai rujukan. Sangat bagus.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon