Bahasa Mandarin

4 bualan
Pin It
Bahasa ini adalah bahasa ketiga saya belajar setelah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Saya masih ingat lagi ketika saya mengambil bahasa ini semasa saya di semester dua di universiti. Ketika itu saya amat teringin mempelajari bahasa ketiga. Tidak kira bahasa apapun. Terus, bahasa Mandarin menjadi pilihan. Tambahan pula saya ada keturunan berkaitan dengan bahasa itu.

Bahasa Arab? Inilah soalan klise yang selalu saya dapat apabila saya memberitahu saya mempelajari bahasa Mandarin. Ia mengikut kehendak masing-masing. Tidak salah mempelajari bahasa lain, bukan? Jadi tidak perlu diperpanjang hal yang remeh ini. Jika suka belajar bahasa Arab, belajarlah. Tak perlu nak mengata kehendak orang lain.

Sememangnya menjadi cabaran buat saya ketika itu. Yelah, dengan tambahan bahasa ketiga, jam kredit saya menjadi 24 jam semasa semester 2 berlangsung.

Dengan kelas renang lagi. Huh. Memang bebanan itu sangat berat. Di sini saya dapat pengajaran bahawa memang boleh ambil kelas sebanyak 6-8 subjek, tetapi kesannya adalah pada masa datangnya ujian dan peperiksaan nanti.

Apatah lagi dengan tugasan yang datang menimpa-nimpa.

Alhamdulillah. Berkat doa dan semangat yang berkobar-kobar, dapat juga saya teruskan pembelajaran bahasa setiap semester genap.

Saya berjaya menamatkan pembelajaran bahasa sehingga ke peringkat terakhir tawaran di universiti iaitu level 3.

Dengarnya di UMS ada sehingga level 6. Tetapi di sini hanyalah level 3.

Saya juga beruntung kerana mendapat sokongan rakan saya iaitu Bedaduz di mana dia juga turut serta dalam mengambil bahasa menadarin sehingga level 2 bersama saya.

Cikgu atau Lao Shi yang mengajar semasa level 2 dan 3 adalah orang yang sama iaitu Lao Shi Ng. Sungguh baik dan peramah orangnya. Sampai sekarang saya masih ingat apa yang beliau ajar. Dengan gaya dan mimik mukanya, siapa boleh lupa perkataan yao dengan zou? Hehe.

Semestinya pembelajaran sesuatu bahasa perlu berterusan. Jika tak, ia akan hilang sedikit demi sedikit.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Teringat pula sewaktu saya mengambil Bahasa Mandarin dulu. Memang kos saya wajib mengambil bahasa asing. Alhamdulillah, walaupun tidaklah cemerlang tetapi, memberikan pengalaman kepada saya.

    Huhuhu... tidak sangka pula, sewaktu penempatan pertama saya di SJKC, Namun hanya setahun lebih sahaja sebelum bertukar ke Sk. Rasanya kalau pergaulan kita dengan penutur Cina, kita boleh bercakap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekurang-kurangnya nanti cikgu faham sedikit kalau ada orang mengomel Mandarin di hadapan cikgu. =P

      Padam
  2. Pernah mengambil Bahasa Mandarin di Universiti dahulu dan juga suka menonton drama Mandarin. Akibatnya, apabila berurusan di kedai pemilik yang berbahasa Mandarin, boleh memahami sedikit-sedikit apa yang diperkatakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belajar bahasa ketiga memang menguntungkan.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia