Isnin, 29 Julai 2013

PTD Kelas Atasan?

Ketika berbual dengan En. Khatib, saya tanya adakah pasaran tuisyen di Persint ini?

"Ada. Sini ramai pasangan baru kahwin dan yang sudah anak. Kalau sekolah rendah ramai."

Alamak. Saya lebih suka sekolah menengah. Melayan kerenah budak kecil bukanlah sesuatu yang mudah.

Kemudian saya bertanya, kebanyakannya pegawai gred apakah tinggal di sini?

"Kebanyakannya gred CC dan PTD. Tetapi itulah. PTD ini memang kurang mesra kejiranan."

Eh?

"Saya ada tanya kawan saya. Memang mereka dilatih begitu. Terdapat perbezaan kelas. Kasta atas dengan kasta bawah," kata En. Khatib sambil ketawa.

Saya turut ketawa.

Malam itu saya bersembang dengan seseorang tentang hal ini.

"Ah kamu. Mana boleh anggap begitu. Aku ni memang jenis tak bergaul dengan kejiranan sebelum masuk PTD. Takkanlah nak kata PTD macam tu."

Saya diam.

"Sebab itulah kamu terpilih," balas saya selamba.

Dia diam. Susasana cengkerik melingkari kami.

Hahah.

Satu perkara yang boleh difikirkan apabila ingin menjawat jawatan PTD.

2 mengomel

Tak dinafika juga, kerja sebagai PTD ini sangatlah sibuk. Mungkin itu antara sebab kurang bergaul dengan jiran dan penduduk setempat.

Seorang rakan PTD pernah berkata " nak pecah kepala aku kerja banyak gilaaa!!"

Yup. Tetapi perlu jugalah pandai mengendalikan hal kejiranan dan hal pejabat. Perlu seimbang barulah hidup sejahtera.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon