Rabu, 24 Julai 2013

Pensyarah MIT yang Cool!



Tugas seorang cikgu menceriakan suasana kelas. Saya pernah menjumpai pensyarah begini. Sehingga kini saya masih ingat apa yang telah beliau ajarkan. Sungguh!

Saya suka pensyarah bercerita dan bukannya bersyarah (walaupun saya tahu dalam istilah pensyarah daripada masksud syarah!)

Dan, saya ingin menjadi seperti beliau. Menyampaikan ilmu seikhlas mungkin agar anak murid saya faham.

3 mengomel

Semoga berjaya mencapai cita-cita itu.

Bukan senang nak fahamkan anak-anak murid kan. Kreativiti guru sangat dituntut dalam sistem pendidikan negara.

salam wong..kak lea pulak teringat masa kursus kerja mas kat akademi mas,kelana jaya.lecturer tu prof berbangsa cina...dan dia oku iaitu ada masalah penglihatan.walaupun bertongkat,tetapi ketabahan & kesungguhannya mengajar kami buatkan kami sayang sangat kat prof tu.dia pun bijak mengawal kelas,kreatif...buatkan kami excited melangkah ke kelas.

@Tetamu Istimewa @aLeaSaRa
Pengalaman kita semua samakan? Pasti teringat guru yang membawa kesan kepada kita. Kes Puan AleaSara bagi saya unik. Ketabahan Prof itu membuatkan puan terkesan. Mesti pengajaran dia sentiasa mengujakan.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon