Sabtu, 27 Julai 2013

Pengurusan Alir Kerja Yang Tegas (Apps)

Terbuka Facebook. Opps. Ada yang mengingatkan!

Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu aplikasi yang membuatkan saya terpaksa berkeras terhadap diri saya.

Namanya Strict Workflow (atau Melayunya seperti di atas). Ia satu apps yang ringkas tetapi berguna bagi mendisplinkan diri kita daripada terjebak dengan kancah media sosial.

Sekali tertekan apps ini, saya terpaksa tunggu 25 minit untuk membuka Facebook, Twitter, Blogspot, Youtube, dan lain-lain.

Ya saya tahu saya boleh buka dengan pelayar lain seperti Mozilla Firefox ataupun Google Chrome. Tetapi saya tahu saya menipu diri saya sendiri. Jika tidak apakah gunanya saya install apps ini ke dalam Google Chrome?

Apabila terbuka laman-laman yang ditegah, tomato akan tolong mengingatkan saya. Ia seakan satu perang minda mengatakan saya sebenarnya ada kerja lebih penting berbanding membuka laman tersebut!

Amat bagus buat sesiapa yang inginkan peringatan buat diri sendiri. Saya amat sarankannya.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon