Khamis, 18 Julai 2013

Langgan maklum balas komen


Saya suka melanggan komen di blog TanamSendiri.com. Tuan Iskandar suka membalas komen tepat dengan soalan komentar yang diberikan. Saya rasa dihargai di sana. Ini menyebabkan saya juga suka berkongsi maklumat hortikultur di blog beliau.

Cuma, masalahnya, komen tidak keluar dalam carian blog. Agak sukar untuk mencari kembali isi-isi jawapan yang telah diberikan.

Apabila beliau membalas komen atau ada pengunjung lain komen, saya turut menerima notifikasi terus ke emel. Senang untuk saya pantau kehadiran komen baru. Fungsi melanggan komen ini saya gunakan sepenuhnya. Amat bagus untuk kita tahu adakah empunya blog membalas komen kita atau tidak.

5 mengomel

Oh, saya tidak tahu pula. Terima kasih atas maklumat ini. Maaflah, kalau maklum balas saya tidak setepat yang dikehendaki.

Terima kasih Wong, kerana memperkenalkan blog TanamSendiri.com. Bolehlah saya jadikan blog ini sebagai medium untuk saya menambahkan ilmu tentang tanaman. Nanti boleh saya gunakan untuk pengajaran Kemahiran Hidup di sekolah. Lagipun, saya suka bercucuk tanam.

Oh saya tak maksudkan begitu. Setiap orang ada cara tersendiri melayan tetamu istimewa mereka. Juga setiap orang ada genre yang mereka minati.

Kita raikan perbezaan, kita satukan kesepakatan. =)

Sama-sama. Boleh juga kalau ingin mengunjungi blog http://kebunbandar.com

Ia sebuah blog juga dikendalikan oleh saya. Niche khas untuk peminat bercucuk tanam.

Terima kasih. Saya dah pun ke sana.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon