Kesesatan Yang Nyata

6 bualan
Pin It
Saya mempuyai tabiat buruk untuk tidak mengingati tempat. Biasalah. Sebelum ini hanya tahu menumpang sahaja apabila abah atau kakak pandu kereta. Ini membuatkan saya selalu sahaja sesat apabila bersiar-siar di sekitar UPM termasuk Putrajaya dan Bandar Baru Bangi.

Sehingga lah saya tahun ke-4 di UPM barulah saya sedar saya ada masalah lupa ingatan. Lupa nak ingat tempat saya kunjungi dan jalan-jalannya.

Bayangkan saya boleh sesat di Putrajaya sebanyak 3 kali. Berpusing saya di bulatan terbesar di Malaysia (agaknya).

Juga lebih dari 3 kali saya sesat hanya untuk pergi UKM melawat rakan atau adik di sana. Huh!? Pening juga apabila melihat bulatan sana sini di Bandar Baru Bangi. Apatah lagi kilang kiri dan kanan. Takut!

Kemudian saya teringat seperti bermain permainan komputer. Yelah. Redah sahaja asalkan sampai ke matlamat tempat permainan. Pusing beberapa kali di tempat sama sampai minda dapat menghafal jalan.

Lama-kelamaan saya membentuk satu skil yang hebat (yelah tu). Heh. Saya mampu up level skil saya dengan membaca Google Maps. Yeay!

Asalkan tahu asas jalan di sekitar Putrajaya, Serdang dan Bangi, insya-Allah boleh saya hafal jalannya.

Saya akan bermeditasi 2 hingga 3 minit membayangkan saya sedang membonceng motorsikal ke tempat tersebut.

Selalunya saya akan buat survey dahulu sebelum ke tempat yang dituju. Jadi tak lah saya terlewat untuk sampai ke tempat yang dituju nanti.

Kesimpulannya, saya harus berani untuk sesat. Jika tak saya hanya akan menjadi penumpang yang tidur. Ngee~
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 ulasan:

  1. Kalau tak sesat kita tak belajar.

    BalasPadam
  2. kuasa minda +imaginasi dipraktikkan.. hasilnya masalah lupa dapat diatasi..

    BalasPadam
  3. Saya juga yang buta jalan. Selalu juga tak ingat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @JunAina @Aiza @Tetamu
      Setuju. Guru terbaik lain tak bukan, kesesatan? Erk? Heheh.

      Padam
  4. salam wong,kak lea kalau pergi je putrajaya dan bangi memanjang sesat...sedih he3..yelah sekali sesat,lain kali tu kita akan ingat dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Terutama apabila emosi cemas dan takut terlewat ke tempat yang dituju. ;)

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia