Ahad, 21 Julai 2013

Blogspot atau Wordpress?


Saya yakin ini menjadi persoalan terbesar buat penulis blogger khususnya di Malaysia. Apakah platform blog terbaik? Blogpsot atau Wordpress?

Mengulas akan hal ini, saya dapat memberi jaminan ramai blogger Malaysia menggunakan host blogspot sebagai wadah penulisan.

Antara sebab yang boleh saya katakan:

1. Mudah menulis dengan blogspot
2. Blogspot ada butang followers
3. Design blogspot ringkas
4. Integrasi dengan akaun gmail

Bagaimana pula dengan Wordpress?

Saya tak berapa syorkan aktif dengan Wordpress.com kerana akibatnya teruk nanti apabila kita ingin berserius blog kemudiannya. Ya memang Wordpress.com mesra pengguna dan mempunyai kawalan banyak berbanding blogspot, tetapi perlu ingat, jika kita ingin lebih maju, Wordpress.com mengenakan pelbagai caj, termasuk menukar nama domain.

Jika blogspot, penukaran nama domain tanpa ada .blogspot.com di belakang alamat url kita adalah percuma. Saya ulang kembali percuma.

Jadi kita akan tetap menggunakan hosting blogspot.

Di sini kita hanya perlu membayar yuran tahunan domain sekitar RM30-40 setahun atau RM2-4 per bulan.

Murah bukan? Dua blog yang boleh saya beri contoh iaitu Eqbal Zack dan Innanie.

Manakala jika kita menggunakan Wordpress.org, kita terpaksa juga membeli hosting sendiri. Kos paling murah untuk satu hosting dalam RM30. Tetapi seperti kemurahannya juga, servisnya tidak begitu baik.

Ini berdasarkan pengalaman saya yang mempunyai hosting sendiri iaitu KebunBandar.com.

Kemudian saya upgrade ke hosting standard, dengan kos RM80/tahun.

Jumlah keseluruhan adalah RM110/tahun dengan pecahan kiraan RM30 (domain) + RM80 (hosting).

Mengapa saya tidak guna blogspot? Ah itu nanti saya tuliskan pada post lain.

Kesimpulannya, dengan blogspot kita akan jimat banyak. Ia mudah dikendalikan dan sesuai untuk pemula blog amatur.

Kelemahan blogspot mungkin dari segi design blog yang ortodoks. Namun semua itu telah mengalami revolusi. Nanti saya kongsikan bersama. Setakat ini, ketahuilah blogspot masih mendapat tempat buat blogger semua.

4 mengomel

Kena bayar ke walupun guna blogspot? Tak tahu pula saya.

Di sini tuan perlu memahami istilah domain dan hosting.

Menggunakan domain dan hosting percuma seperti blogspot, kita akan mendapat nama seperti sekarang iatu namablog.blogspot.com.

Ini menunjukkan bahawa kita menggunakan domain blogspot (dengan indikator .blogspot.com di belakang url). Dan hosting blogspot tentunya.

Tetapi jika nak nama lebih profesional seperti namablog.com, perlulah membayar sewa tahunan. Ia seperti apa yang saya terangkan dalam entri ini.

Baguslah entry nih. Hda memang tengah carik ape beza Wordpress.com dgn blogspot dalam bahasa yang mudah dan simple.

Sampai sekarang hda tak phm function Wordpress camne. bhaha. :D

Blogspot mudah untuk amatur. Tetapi jika ingin lebih berkuasa, Wordpress menguasai pasaran itu.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon