Selasa, 18 Jun 2013

Toll gate girl

Dia hidup sebagai orang biasa sahaja. Tidak tahu arah tujuan hidupnya. Hanya mati menunggunya. Dia bagaikan seorang robot biologi.

Sebagai pekerja tol, dia hanya menghulurkan wang, mengambil tiket. Tidak lebih tidak kurang dari dua perkara itu.

Dia mencuba sedaya upaya untuk senyum kala pemandu hadir di hadapannya. Namun dia kekal bermuka petak. Tiada perasaan. Kerjanya 6 hari dengan sehari cuti. Di waktu cuti dia hanya menggembeleng tenaga mencapai remot di tangan menonton di kaca televisyen.

Aisyah, rakan serumahnya pula lain. Hidupnya pula penuh dengan keceriaan. Walaupun hanya berbekalkan penyapu untuk bekerja sebagai tukang sapu di kantin sekolah Hidayah. Dia gembira dengan kerjanya itu.

Sambil itu dia sambung belajar diploma di kolej berdekatan. Malamnya sibuk menelaah buku-buku perniagaan. Dia tidak seperti Munirah yang bekerja sebagai juru tol.

Gaji Munirah memang 2 kali ganda lebih tinggi berbanding Aisyah, namun kehidupan mereka berbeza sungguh. Persepsi kaya kebendaan dan kaya rohani sungguh jelas berada di rumah atap merah itu.