Rabu, 12 Jun 2013

Sifat lelaki apabila membeli-belah

Petang tadi saya pergi membeli-belah bersama seorang sahabat saya. Saya bercadang menukar cermin mata baru. Sudah tiba masanya saya membuat yang baru. Yang lama ini sudah kabur dibuatnya.

Di MINES, banyak kedai cermin mata. Sebagai lelaki, kami juga ingin membuat pilihan terbaik. Lalu, kami pergi dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Cuba membuat tafsiran kedai mana yang menawarkan tawaran terbaik.

Nampaknya setiap kedai ada membuat promosi. Cuma bezanya ada yang menampal sebesar alam, ada pula menampal sebesar A4 sahaja.

Sebaik sampai sahaja di kedai yang keempat, saya terlihat ada promosi UV dan pelbagai lagi ditampal di hadapan kedai itu.  Harga yang ditawarkan memang dalam bajet pembelian saya. Kami berhenti membelek sebentar.

Saya cuba memakai dua tiga rekabentuk cermin mata. Sahabat saya pun mengiyakan sahaja. Nampaknya kedai ini mendapat pelanggan terbaik hari ini.

Segala proses pembelian berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

"Eh, rupanya lelaki ni membeli-belah lain daripada wanita ye," kata aku selepas kami keluar dari kedai tersebut.

Sahabat saya memandang kekeliruan.

"Yelah. Kalau wanita, mereka akan buat ulangan dari awal kedai mereka lawat. Mahu 2-3 kali pusing baru tahu nak beli apa," tambah aku.

"Ada betul juga point kamu tu," kata dia sambil menganggukkan kepalanya.

Kami tergelak memikirkan perkara ini. Nampaknya dia juga ada pengalaman seperti saya... membeli-belah dengan perempuan memang lain pe'elnya.

4 mengomel

akak setuju sangat.. selalunya akak pun begitu juga.. jika nak membeli sesuatu rela tawaf sampai 2-3 kali.. setelah puas hati dengan kualiti dan kuantiti, baru beli.. yang lebih malang, bila tiada yang berkenan di hati, akak balik dengan tangan kosong saja.. :D

Suami puan mesti sabar orangnya. =D

hahaha kak lea teringat pulak ada entri di page 'gatal tangan'...kak lea lukis tu masa shopping nak raya he3...sanggup tawaf dan patah balik ke kedai mula2 tadi masuk ngeee...tapi tak mau dah buat macam tu.sekarang ni nampak apa je berkenan terus beli.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon