Ahad, 16 Jun 2013

Berus gigi tahap A

Berus gigi paling baik digunakan untuk tempoh 2 hingga 3 bulan sahaja. Selepas itu berusnya akan mula lembik dan tidak sesuai untuk memberus lagi.


Saya selalu terfikir berus gigi kenapa ada mahal dan murah? Bukankah fungsi mereka sama? Untuk memberus gigi?

Saya lihat paling murah RM2.00 dan paling mahal boleh mencecah belasan ringgit. Lagipun ia dalam jenama yang sama. Rupa dan design pun sama.

Lalu, saya pun membeli yang paling murah. Selalunya saya beli mahal tetapi nak merasa berjimat katakan.

2-3 hari selepas penggunaan saya mula perasan sesuatu berlainan dengan berus gigi baru saya.

Berusnya mula lendut dan tidak sekeras semasa saya beli. Ish. Kelihatan seperti saya telah memberus selama sebulan lebih.

Setelah seminggu, nak dijadikan cerita, sedang saya memberus di pagi hari, ia boleh patah dua! Aduyai. Gigi saya sihat dan kuat kerana makan biskut tiger (motif?). Hahah.

Pengajaran yang saya dapat, belilah berus gigi yang mahal agar selesa memberus gigi dan tahan lama.

3 mengomel

Yup. Setuju sangat. Sebab itu saya guna ubat gigi Mukmin. Bersih dan halal. =)

he3..camner boleh patah tu...... beli yg mahal asalkan dia selamat digunakan..... yg yg penting tahap kesesuaian dgn gigi kita.....

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon