Ahad, 12 Mei 2013

Teknik mudah mendapat untung akhirat dengan Internet



Anda suka membaca? Ingin berkongsi ilmu dengan baha-bahan bacaan anda? Jom kita berkongsi maklumat di Wikipedia Bahasa Melayu.

Saya setakat ini menyumbang beberapa bahan bacaan tentang tanah (projek sarjana saya). Saya juga sertakan rujukan di mana saya dapat sumber itu. Kita tidak mahu rencana kita dipertikaikan orang lain nanti.

Tidak tahu caranya? Saya boleh ajarkan kerana mudah sahaja untuk membuat pahala dengan Wikipedia.

Malas? Orang lain boleh buat? Nampaknya anda terlepas peluang terbesar medapat pahala berterusan sepanjang masa.

Mari saya kongsikan sepotong hadis yang boleh kita renungkan;

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalanya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Kuasa di tangan anda.

1 mengomel so far

wah baguslah...ye berkongsi ilmu tu pun termasuk berdakwah.kadang2 dgn lukisan pun kita boleh berdakwah dgn syarat mesj itu sampai :)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon