Penggunaan Rebat RM200 yang merugikan

9 bualan
Pin It
Ramai kawan saya bertanya, "Wong, kau bila lagi nak guna telefon pintar?"

Saya hanya tersenyum. Sudah malas saya nak berdebat tentang telefon pintar ini. Yelah kata mereka hanya dengan RM65 sudah dapat memiliki sebuah telefon pintar (promosi DiGi).

Saya rasa buat masa ini saya tidak memerlukan apa-apa penggunaan pintar. Saya masih lagi merangkak untuk mengguna teknologi terkini. Biarlah saya dengan laptop 'pintar' saya ini dahulu.

Lagipun, ramai saya lihat hanya tahu telefon pintar = internet. Bagi saya ia boleh mencapai lebih daripada itu. Seperti nota, pengingat, conteng, tangkap gambar dan pelbagai lagi.

Namun, untuk guna sepenuhnya sebuah telefon pintar itu, penggunaan baterinya juga terhad. Hanya 8 jam sekali cas.

Setakat ini Nokia X-2 saya masih boleh bertahan 4 hari 4 malam dengan penggunaan minima seperti SMS dan panggilan.

Lagipun, mana saya nak cekau duit beli telefon baru?
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

9 ulasan:

  1. kebanyakan muda mudi tidak menggunakan sepenuhnya fungsi yang ada pada telefon pintar.
    lebih kepada gajet untuk hiburan, bukan keperluan. tapi tak rugi juga kalau belajar gunakan gajet canggih dan terkini haha. dari segi dakwah, para pendakwah memang digesa supaya peka dengan teknologi, supaya boleh mendekati masyarakat khususnya generasi muda.

    * ni nak beli telefon pintar pun tak tau berape bulan nak kumpul duitnye. nak guna internet, broadband dengan laptop dah ade...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya selalu berbalik kepada fungsi telefon iaitu membuat panggilan dan SMS. Lebih daripada itu, saya berminat untuk membeli iPad pula.

      Padam
  2. Tapi Izham, kalau RM65 tu rasa rugi betul kalau tak ambik. Aku kat Terengganu ni susah nak cari kedai Digi promosi RM65 tu. Kalau dah nak ambik dah. :)

    Asrul

    BalasPadam
  3. akak tak pernah lagi beli telefon pintar tu.. sebab tak terbuka hati lagi nak membelinya.. tempoh hari ada juga mohon rebat RM200 tu, tapi belum digunakan setakat ni.. akak rasa laptop lebih bagus jika nak update blog berbanding telefon pintar..

    BalasPadam
  4. mmm tak terkejar teknologi sekarang ni...

    cukuplah telefon pintar nokia n82 yang ada ni je :)

    harap saya lebih pintar dari telefon pintar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Asrul
      Nanti apabila aku ada wang secukupnya baru aku beli.

      @Puan Aiza @Kokak
      Nampaknya kita di dalam kapal yang sama.


      Padam
  5. wah kotak komen baru...wah kita gunakan hp yang sama sep sep lah.mmg nak tukar hp android tapi bila fikir balik,hp yang ada bknnya rosak,cuma nakkan skrin yg besar je.yelah kdg2 tgk yg pakai hp canggih ni bukannay gunakan semua aplikasi..cuma nak ikut trend n bergaya je...takut ketinggalan zaman agaknya.

    BalasPadam
  6. setuju wong.... pengaruh rm200 rebet tu kekadfang buat kita memebeli diluar kemampuan..... sebab dah ada rebet...kita cari yg lebih mahal.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. @||aLeaSaRa|| @Remy hazza
      Nafsu perlu dikawal.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia