Isnin, 27 Mei 2013

Naungan pemikiran orang hebat

"Akal hebat membincangkan idea, akal biasa membincangkan acara, akal kecil membincangkan orang." -- Eleanor Roosevelt, isteri presiden Amerika Syarikat ke-32.

Nampaknya petikan di atas ada benarnya. Apabila saya bergaul dengan beberapa rakan saya, barulah saya perasan akan perkara ini.

"Wong, kau rasa bagaimana caranya nak habiskan satu juzuk al-Quran sehari?" tanya Naqiuddin kepada saya. Terus saya terkesima mendengarnya. "Aku rasa kita boleh kalau sebaik sahaja selesai solat Subuh berjemaah, terus capai al-Quran dan baca 10 muka surat. Nanti selepas Maghrib atau Isyak, sambung lagi 10 muka surat," sambung dia lagi. Saya diam. Tidak tahu hendak berkata apa kerana soalan yang ditanya sudah terjawab sendiri. Dia hanya ingin melontarkan ideanya itu.

"Wong, kau pergi tak Hari Belia di Putrajaya? Aku pergi ke sana tiada apapun menarik. Setakat artis berjoget sana sini. Apa ada? Aku rasa kalau acara lain ada lagi bagus," kata Abu kepada aku.

"Wong, kau tahu tak Saiful Bukhari sudah kahwin? Menakjubkan! Tak sangka boleh jadi begitu," kata Ali.

Saya termenung memikirkan hal ini. 3 dialog yang saya dengari membenarkan petikan Roosevelt itu. Lain rasanya bersosial dengan orang berlainan fikiran.

5 mengomel

Ternyata saudara begitu hebat dalam menulis. Sebuah blog yang bermanfaat dalam perkongsian ilmu terutama dalam bahasa Melayu. Tahniah! Usaha yang baik.

Saya rasa pujian tuan ini terlalu melambung tinggi. Tulisan saya ini biasa sahaja. Niat saya hanya untuk memperbanyakkan bacaan dalam bahasa Melayu Tinggi. Mudah nanti Tuk Google menyorot ilmu buat yang berminat menggelintar dengan kata kunci betul.

betul sahabat...tahap pemikiran individu berbeza....... begantung pada tafsiran dan pemahamannya...........sebaik baiknya...kita gunakan akal dgn cara yg betul...... insyaAllah...pasti yg baik2 juga nanti hasilnya.....

Cara bercakap pun sama. :)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon