Sabtu, 25 Mei 2013

Menyertai kursus penulisan percuma dengan Coursera

Saya tertarik dengan perkongsian sahabat saya mengenai pembelajaran percuma di Internet. Selama ini saya hanya mendengarnya tetapi tidak pernah menjumpainya dengan tepat.

Dengan perkongsian sahabat saya itu, saya mengenali Coursera. Pada awalnya saya was-was juga untuk mendaftar. Mana ada pendidikan percuma di dunia ini? Apatah lagi secara maya atau dalam talian (online courses).

Walau bagaimanapun, saya tertarik dengan satu kursus yang ditawarkan Coursea iaitu kursus Fantasi dan Sains Fiksyen. Saya memang berhajat untuk mempelajari dan mendalami lebih lagi ilmu penulisan saya dalam bidang ini.

Ada juga dua tiga buah buku telah saya beli tentang penulisan fantasi dan sains fiksyen. Apabila difikirkan, apa salahnya saya menyertai kursus ini. Alang-alang percuma. Dan inilah peluang saya untuk mempelajari lebih baik gaya penulisan sains fiksyen.

Bagi yang berminat, apa kata anda turut berikan komen anda tentang ini? Jom kongsi pandangan bersama, sama ada kursus-kursus yang ditawarkan oleh Coursera menarik anda untuk menambah ilmu atau tidak.

6 mengomel

kena ada komitment. :)

@akmall
Jangan suka sahaja. Apa lagi, jom sertainya!

@Asrul
Dan kau lebih berpengalaman daripada aku. =D

Tapi x dapat sijil. huhu. kalau buat betul2 dapat sijil. Uni of Michigan meh.

bagusnya percuma.. terima kasih atas perkongsian.. :D

@Asrul
Yang penting dapat belajar benda baru.

@Mizz Aiza
Sama-sama puan.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon