Mentafsir karya blogger

8 bualan
Pin It
Setiap penulis menyampai wadah pemikirannya melalui penghasilan karya mereka. Ada yang meluahkan rasa amarah, sedih, kecewa dan kegembiraan.

Penyampaian mereka berbeza mengikut daya kreativiti mereka tersendiri. Ada yang berpuisi, ada yang bercerpen atau terus sahaja menyatakan pemikiran mereka tanpa hijab.

Mengapa saya berkata begini? Ini ada kaitannya dengan penulis blog atau blogger. Setiap blogger ada matlamat mereka menulis. Yang menulis sahaja-sahaja pun pasti ada sekelumit ingin pembaca membaca dan faham. Jika tidak masakan mereka membukanya secara awam karya mereka, bukan?

Sebagai seorang pelawat blog atau blogwalker (merepek je. Mana ada istilah blogwalker di dalam kamus Oxford. Muggle ada le. Erk?), saya rasa bertanggungjawab untuk mentafsir apakah yang cuba disampaikan oleh blogger seantero dunia yang saya lawat.

Ini adalah kaedah yang saya gunakan sebelum saya meninggalkan komen di blog mereka:

  • Baca tajuk. Jika isi adalah raja, mestilah tajuk itu ratunya. Jika tajuk 'catchy' tetapi isi basi, 2-3 kali sahajalah alamatnya saya lawat blog tersebut.
  • Baca pendahuluan dan kesimpulan. Blogger yang baik menulis apa yang ingin dia sampaikan di awal penulisan. Kemudian menyimpulkannya di akhir kata mereka.
  • Lihat gambar dan kapsyennya. Bak kata Konfisius, gambar berharga seribu perkataan. Kalau gambar jelik dan XXX, pastinya ada sesuatu yang pelik pada blogger tersebut.
  • Baca semua sekali lagi dengan pantas. 
Saya memberi masa 30 saat untuk saya menafsir apa yang si blogger ingin sampaikan. Jika saya faham dan menarik, saya akan komen dengan teknik merapatkan ukhwah. Jika tidak, saya lalukan sahaja. Saya ingin menjaga hati dan perasaan mereka. Tetapi awas! Saya bukanlah orang yang sempurna.

Oh ya. Saya tidak sekeras Puan Nisah Haron yang pasti akan menghentam sesiapa yang komen menggunakan bahasa Alien di blog atau laman akaun FBnya. Memang keras hentamannya!

Terus, bagaimana pula dengan pembaca sekalian? Komen hentam sahaja asalkan ada tinggalkan jejak atau mengambil masa menghargai apa yang si penulis cuba sampaikan? Jom berikan pandangan anda. Saya amat menghargainya.

p/s: Lain betul suasana komen-komen di blog orang Puteh. Pengomen mereka memang mantap!
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

8 ulasan:

  1. remy setuju.... kena fahamkan dulu isi kandungan keseluruhannya.......

    BalasPadam
  2. saya suka baca Daily Mail UK.. hehehe.. saje menambah ilmu, tetapi, apa yang saudara cakap kan ini memang sebenarnya betul. Saya pun suka juga baca blog orang lain, tapi komen jikalau bertepatan, lagi satu, kalau blog terlampau berat susah jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman berblog mengajar kita banyak perkara. (y)

      Padam
  3. Benar apa yang tuan terangkan ini...saya pun muggle jugak (nak tukar istilah blogwalker tadi haha)

    BalasPadam
  4. salam. tulisan ini sebagai wadah untuk kita saling ingat mengingati. terima kasih.

    BalasPadam
  5. @Adi Herman @na
    Wasalam. Semoga ia bermanfaat buat kalian.

    BalasPadam
  6. salam wong.kak lea lebih suka komen dari tinggalkan jejak di blog.melainkan mmg xda masa nak baca entri yg panjang lebar,kak lea akan 'say hye' di kotak jerit dan akan cuba singgah kembali.mmg kadang2 ada yang suka baca tajuk je,tgk gambar dan blah.sedangkan isi entri tu best.ntahlah...macam2 ragam pembaca blog ni.kita tak mampu nak puaskan hati semua pembaca,kan.yang penting semasa blogwalking,tgk cara penulisan kawan2 dan cuba perbaiki di entri sendiri :)

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia