Awas dengan kata-kata iklan jaminan pulangan wang

16 bualan
Pin It
Betulkah atau ia 
hanya satu penipuan?
Awas: Nukilan yang panjang berjela demi iktibar bersama.

Saya terpaksa membuat keterangan ini agar sesiapa yang terjumpa post ini dapat mengetahui pembohongan yang berlaku.

Ya, saya tahu saya hanya pelanggan biasa, tetapi agar para pembaca yang lain tidak juga terasa tertipu, saya rasa lebih baik saya keluarkan kenyataan ini. Pembelian yang melibatkan janji-janji manis sahaja. Aish.

Saya telah menempah DVD 5 Formula Seru Kekayaan Dengan Penulisan karya Aqif Azizan, seorang penulis iklan atau copywriter. Pada mulanya saya ingat hendak beli ketika menghadiri seminar beliau di Pesta Buku anjuran Kota Buku. Namun katanya hanya 9 keping DVD terhad dibawa. Bukan rezeki saya ketika itu.

Jika ada yang berminat boleh memberi maklumat kepada mereka. Nanti mereka akan hubungi.

Mari ikuti kronologi pembelian saya;


3 Mei 2013; 4:34 pm
Saya menerima SMS daripada 012-9442292 berbunyi begini:

As salam dan hai. Terima kasih kerana berminat untuk mendapatkan DVD "5 Formula Seru Kekayaan Dengan Penulisan" dalam seminar Aqif Azizan di PWTC tempoh hari. Cetakan DVD sudah pun siap. Sila lakukan pembayaran RM90 sahaja (Harga asal RM130) ke akaun CIMB - Front End Media Technologies 12510000833104. Kemudian SMS Nama Penuh dan Alamat ke nombor ini. Tawaran ini terhad dalam tempoh 48jam dari sekarang. Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan, Terima kasih.

15 Mei 2013; 12:36 pm
Baik. Saya pun membayarnya.



Saya pun menghantar SMS seperti yang diminta. Tetapi saya pelik kenapa tidak diminta emel untuk bukti pembelian?

As salam. Terima kasih atas pembayaran yang telah dilakukan. DVD dari pihak kami dalam proses penghtaran kepada pembeli-pembeli yang telah melabur untuk penulisan ini. Terima kasih.

23 Mei 2013; 12:54 pm
Saya menunggu dan terus menunggu. Akhirnya saya menghantar SMS bertanyakan khabar DVD tersebut.

As salam tuan dan cikpuan yang dikasihi Allah. Pihak kami memohon maaf atas kelewatan DVD tiba di tangan tuan dan cikpuan. Untuk pengetahuan, DVD akan tiba pada tuan dan cikpuan har ini dan paling lewat sehingga hujung minggu ini. Jika tuan dan cikpan masih tidak menerima DVD, mohon maklumkan kepada pihak kami dan kami akan hantar sekali lagi. Terima kasih.

26 Mei 2013; 2:12 pm
Juga masih tiada sebarang khabar di peti surat mahupun pos laju.

As salam tuan yang saya hormati. Untuk makluman tuan, pihak kami sudah hantar DVD pada Selasa lepas. Ramai customer sudah terima DVD. Mohon maaf atas kelewatan tuan menerima DVD. Kami akan hantarkan sekali lagi pada esok hari. Mohon tuan berikan alamat lengkap tuan. Terima kasih.

Dan saya menurut permintaan.

Terima kasih tuan. Esok kami hantar sekali lagi. Jika selepas hari esok tuan masih belum menerima DVD dari pihak kami, kami akan kembalikan wang pelaburan tuan. Jika selepas kami kembalikan wang tuan, dan tuan baru terima DVD dari kami, tuan tidak perlu lakukan sebarang pembayaran. Terima DVD kami secara percuma sebagai tanda penghargaaan dari kami atas nilai kesabaran tuan menunggu. Terima kasih.

28 Mei 2013; 2:08 pm
Hari esoknya telah berlalu. Saya menerima SMS.

As salam tuan yang Allah rahmati selalu. Untuk makluman tuan, pihak kami telah hantar DVD pada 6 petang semalam. Mohon maklumkan kepada kami sebaik tuan telah terima DVD. Terima kasih.

Saya membalas bahawa DVD masih lagi tidak sampai di rumah saya.

Terima kasih atas makluman tuan. Pihak kami mohon beri tempoh sehingga Khamis ini. Jika tuan masih belum terima DVD, kami serta merta pulangkan duit pelaburan tuan. Kami mohon maaf atas kesulitan dam kami benar-benar hargai kesabaran tuan menunggu DVD. Terima kasih sekali lagi tuan.

Oleh kerana terlalu kecewa dengan servis yang diberi, saya membalas dengan menghalalkan apa yang mereka lakukan ini. Lagipun saya dapat syak ada penipuan di sini. Mana taknya, tiada pun nombor siri pos laju dinyatakan. Hanya SMS sahaja.

Terima kasih atas kebaikan hati tuan. Namun, pihak kami tidak mahu tuan kerugian dalam pelaburan tuan, jika tuan tidak dapat sebarang manfaat dari kami. Kami sentiasa usaha beri yang terbaik untuk tuan. Dengan izin Allah, moga sahaja tuan diberi peluang oleh Allah untuk terima DVD kami. Jika tidak, kami akan pulangkan duit pelaburan tuan.

30 Mei 2013
Tiada respon dari pihak Write To Wealth setelah saya SMS mereka. Lalu, bagaimana boleh saya mempercayai bahawa mereka hanya pandai melontar kata-kata manis?

Ayat-ayat cliche copywriter
Adakah betul pemulangan wang 100%?
Nampaknya teknik pemasaran jaminan pulang wang semula 100% yang diajarkan oleh Aqif Azizan tidak diamalkan oleh syarikatnya sendiri. Terus saya tidak mempercayai kata-kata mereka sudah. Mungkin katanya dalam 1/10 pelanggan ada yang tidak sampai. Tetapi bagaimana dengan janji pulangan duit serta-merta itu?

Ulasan saya: Jangan berjanji pulangan wang tetapi berjanji barangan selamat sampai ke tangan pengguna. Itu lebih baik untuk situasi ini.

Elok jadikan pengalaman saya dengan ITNM sebagai tauladan. Nanti saya reviu buku Aqif Azizan pula. Hmmm.

31 Mei 2013
Saya terus pergi ke akaun Facebook Aqif Azizan untuk membuat laporan. Saya pada awalnya malas untuk menghantar emel kerana sudah jenuh (fed up) dengan kata-kata manis geng Write To Wealth ni.

Tetapi kerana masih bersangka baik saya menghantar emel pertanyaan atas permintaan CEO WTM itu. Barulah pihak Write To Wealth 'berjaya' mengesan pemilik parsel yang tak sampai itu.



Nampaknya mereka sama sekali mengamalkan polisi tidak memulangkan wang jaminan 100%. Berlawanan dengan apa yang mereka janjikan.

Saya sudah agak hal ini akan berlaku kerana di Malaysia, amat jarang sekali penjual memulangkan duit pembelian. Sama ada mereka menggantikan barangan atau produk yang dibeli atau diam sahaja.

Perkara ini berlainan dengan polisi di Amerika di mana sesiapa yang telah membeli barang tetapi tidak puas hati boleh mengembalikan barang tersebut dan mendapat duit pulangan 100%. Jika tidak percaya, lihatlah drama-drama Amerika sendiri. Dan pengalaman ini juga diceritakan oleh pensyarah-pensyarah saya yang belajar di sana.

Kesimpulannya, saya nasihatkan diri saya dan juga pembaca supaya fikir 10 kali sebelum percaya tawaran jaminan pulangan wang (money back guarantee) oleh mana-mana syarikat (termasuklah syarikat Tips PTD. Ada kawan saya sudah terkena dengan jaminan palsu mereka). Semoga perkongsian saya ini dapat dibuat pengajaran bersama.

nota: DVD sudah selamat sampai di rumah saya pada 1 Jun 2013.

p/s: Bagi yang ada pengalaman membeli online, boleh lontarkan di sini. Sama-sama kita mendapat manfaat dan pengajaran bersama.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

16 ulasan:

  1. nampak syarikat ni jenis tak mengamalkan apa yang deme war-war kan... khidmat selepas jualan deme teruk betoi... kalo mike panjangkan kes ni ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia TTPM... Insyallah boleh menang ni... hak pengguna tak dijaga...

    BalasPadam
  2. Mak aih manisnya bahasa dia...:D "Tuan yang tuhan rahmati selalu, Cik puan yang dikasihi allah, Pelaburan, Penghargaan, pelanggan yang hebat.."

    BalasPadam
    Balasan
    1. @D_08
      Tak apalah. Barang pun sudah sampai. Cuma nak beri nasihat kepada yang terbaca post ini bahawa jangan percaya jaminan pulangan semula.

      @Asrul
      Memang manis sampai aku terasa jelik membacanya berulang kali. Tok syeikh kat tempat aku pun tak semanis itu ayatnya nak ajak aku pergi surau.

      Padam
  3. owh..kak lea memang dah baca previous entry wong sebelum ni.ini rupanya penulisnya huhu.memang tak berani nak beli online..tak pernah pun.lebih suka kalau barang tu depan mata,dapat belek dulu...kalau ok terus bayar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung kepada jenis barangan. Kalau bawah RM100, saya beli sahaja online. Terutama buku.

      Padam
  4. SALAM

    TUAN WONG...

    PADA ASALNYA SAYA JUGA TERTARIK INGIN MEMBELI DVD YANG DINYATAKAN DALAM ENTRI TUAN. NAMUN, HASRAT SAYA TERHENTI SETELAH MEMBACA ENTRI TUAN. TERIMA KASIH DI ATAS PEMBONGKARAN INI.

    SAYA INGIN BERTANYA PANDANGAN TUAN, KALAU ORANG BARU BERJINAK-JINAK DENGAN DUNIA PENULISAN,

    ADAKAH DVD INI SESUAI DI TONTON?
    KALAU TUAN ADA CADANGAN YANG LAIN LEBIH BAIK...

    TERIMA KASIH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.

      Tiada masalah. DVD ini memang sesuai untuk penulis yang baru nak berjinak dengan dunia penulisan. Teknik yang diterangkan pun ringkas dan padat.

      Lagipun, ia tak lah gah seperti tajukya itu. Hanya rebranding teknik penulisan mengikut gaya Aqif Azizan. Biasalah. Itu namanya teknik copywriting. Boleh la buat dengar sambil menulis.

      Kalau tuan minat membaca, saya boleh cadangkan buku-buku berkaitan penulisan untuk amatur.

      Berbalik kepada post, saya hanya tak puas hati cara ia melayan pelanggan sahaja. Habis duit SMS saya sahaja.

      Padam
  5. Salam.

    Terima kasih.

    Boleh tolong beri cadangan buku untuk penulis amatur.

    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cadangkan sebagai permulaan, buku Zamri Mohamad - Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas.

      Padam
  6. terima kasih. saya telah baca buku beliau dan hadiri kursus(pendek) penulisan bersama beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika begitu tuan bukanlah penulis amatur lagi. Ini sudah peringkat profesional. =)

      Padam
  7. Terima kasih.

    Kursus yang saya hadiri dahulu terlalu singkat dan tidak cukup untuk saya menulis buku. Kalau saya seorang penulis profesional sudah tentu banyak buku telah saya hasilkan.

    BalasPadam
  8. Saya terklik entri ni dari pos27 september. saya pun ada pengalaman membeli baju online. sudah 5 bulan dan masih lagi tidak mendengar khabar berita. saya kecewa sebab bukan duit tu tp janji tu kan. no tracking number. masalah sungguh. kate dah pos. ops, sori. terbebel plak kat sini. hahaha. tp tu la.. kna hati2 la kalau beli online ni.kna cek profile company dulu. ok ke tak bab pos mengepos ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas perkongsian ini. =)

      Padam
  9. Pada tahun 2010 saya ada membeli produk audio seorang im yang berharga rm199..inilah pembelian produk im malaysia yang paling mahal pernah saya beli.seperti biasa jaminan pulangan wang ditawarkan. Saya tak dengar habis audio beliau, baru audio pertama dah tutup,terasa geram kerana kualiti produk tak setimpal dengan salesletter yang gempak.

    Keesokan harinya, Saya emel kepada im tersebut untuk refund. 2-3 kali juga saya emel beliau, tetapi tiada respon. saya keep pushing beliau dan akhirnya beliau refund setelah saya emel banyak kali. It takes about a week untuk beliau refund. Kalau produk murah saya halalkan je, tapi kalau dah beratus,saya tetap push untuk dapat balik duit saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan atas perkongsian ini. Amat bermakna buat saya dan pembaca lain.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia