Iklan 8 cahaya hari di Pagi Jumaat

3 bualan
Pin It


Gaya iklan di IKIM.fm sekarang:

Di pagi hari Jumaat yang hening. Berlaku satu dialog antara dua sahabat.

---

A: Eh sahabatku Abdul Rahman, kau tau tak ada promosi produk terbaik hari ni?

B: Wah, produk apa tu wahai sahabatku Safuan??

A: Uish, produk tu memang bagus, guna 20 minit je kesan terus lapan hari. Jimat oo!

B: Waah, hebat sangat tu!! Apkah benda tu?

A: Hah, kau ambik ni. Bukak halaman 293-304.

B: Laa.. ni Quran. Dan halaman surah al-Kahfi ni.

A: Haa, dah tu apa lagi? Baca la! Nah baca hadis ni: "Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya." [Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

B: Ooo..terima kasihlah sahabatku. InsyaAllah aku buat.

A: Hah, baca jangan tak baca! Ni tak pakai 'Esok Masih Ada!' Esok Sabtu! Promosi tak valid!

B: ...

----

Berakhirlah dialog. Iklan pun tamat.

Salam Jumaat.

#IKIM.fmbanyaksangatiklan#

(idea iklan daripada sahabat saya).
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. IKIM.FM, lama tak dengar.. berapa eyh dia punya frekuensi di Raub, PAhang?>

    BalasPadam
  2. Pak cik Google, mari membantu.

    BalasPadam
  3. akak dah lama tak dengar radio ikim..

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia