Tekno-Gik Alien

1 bualan
Pin It
Saya ini bukanlah tekno-gik (baca techno-geek) sangat. Kira bolehla jika hendak tahu perkembangan semasa komputer terutama bab-bab perisian (baca software) di dunia IT.

Kira saya ada asas teknikal dalam dunia IT sahaja. Tetapi tidaklah sampai saya boleh menggondam pula. Setakat format komputer dan cucuk sana sini bak tikus membaiki labu bolehlah.

Jadi selalu sahaja saya menjadi rujukan oleh kawan-kawan saya tentang IT. Ada yang minta format komputer riba mereka, ada yang minta tolong bersihkan virus dalam komputer mereka dan lain-lain lagi.

Saya tak kisah membantu mereka asalkan ada hadnya.

Ada seorang rakan saya SMS saya tanya tentang komputer. Siap tanya harga dan bagai lagi. Saya sebenarnya malas nak menjawab. Saya bukanlah tauke kedai di Low Yat untuk tahu semua harga.

Tambahan lagi dia SMS dalam bahasa Alien. Cukup tidak berkenan saya membacanya. Memanglah saya boleh mengdekripsi bahasa Alien, tetapi cubalah faham kalau saya balas penuh. Tandanya saya mahu juga dibalas penuh. Tetapi wanita tetap dengan egonya.

Untuk menjaga hati seorang rakan, saya cadangkan dia Google sahaja dengan beberapa kata kunci saya berikan. Ini zaman IT. Jika tak pandai Google, tak tahulah saya nak kata apa lagi. Parah dibuatnya.


Oh bercakap pasal bahasa Alien ini, saya lihat perang saraf politik mula berkumandang di udara Facebook. Ada juga lah rakan-rakan FB berkongsi kisah sana situ politik. Yang saya tak tahan, mereka menggunakan bahasa Alien. Huh!? Tiada kredibiliti langsung dalam berbicara!

Membuka aib sana situ tanpa soal selidik. Yang penting share. Ini kali Lah nak share katanya.

Saya diamkan sahaja.



Suasana kutuk mengutuk ini takkan membawa negara ke mana pun. Itu yang pasti.

Jadi apakah guna saya kongsi semua perkara ini jika hanya tidak membawa apa-apa perubahan kepada umat Islam di Malaysia khususnya?

Oleh itu saya ambil pendekatan diam sahaja.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

  1. memang benar pun, yang obvious politik kita adalah politikutuk.. semua duk kutuk2.. yang paling tak best kalau yang mengutuk tu ada tertulis "Ustaz" di depan namanya..

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia