Selasa, 30 April 2013

Penangan abang RAM

"Pada Sabtu lalu aku pergi ke seminar penulis. Panelisnya adalah Ramlee Awang Mursyid dan Zahiruddin Zaibidi," pembuka perbualan sarapan aku bersama Hambali dan Man.

"Eh? Ramlee Awang Mursyid. Novel dia best," sahut Hambali.

Muka aku berkerut.

"Eh takdalah. Kakak aku baca, jadi aku pun tertarikla nak baca."

Aku mengangkat kening. Hambali kelihatan seperti sedang berpeluh.

"Hmmm..." senyum aku.

"Sekarang adik lelaki aku pun ketagih baca novel Ramlee Awang Mursyid. Kau patut baca Wong. Best."

Man entah pandang ke mana. Aku rasakan dia tidak berminat dengan perbualan kami ini.

"Itulah. Menyesal pula aku tak bergambar dengan dia."

Di dalam hati ini, saya terdetik nak beli novel-novel tuan RAM. Hebat. Sampaikan kawan saya yang saya tak tahu pun dia baca novel sanggup mengaku dia membaca novel terbitan Alaf 21.

Nak juga mengkaji bagaimana boleh sampai Hambali mengatakan, "Tak jangka penulisan dia apabila kita baca novelnya."

Oh, kalau begitu, tuan RAM, novel-novelmu itu masuk dalam carta novel akan ku beli nanti (buat kajian).

3 mengomel

all the best..... semoga terpilih nanti.....

tulisan RAM ada kelainan......

Assalamualaikum Wong,

akak penggemar tegar novel RAM. Setakat ini, tak miss beli dan baca novel-novel beliau.

Pada akak, cara RAM berkarya memang lain daripada kebanyakan novelis. Setiap novelnya penuh pengisian, tidak berat dan tidak juga ringan. Perlukan kita berfikir tetapi tidaklah sampai pecah kepala...hehehhe

Jika Wong ingin membaca novel RAM, memang akak galakkan sangat. Tetapi harus berhati-hati, kerana once you start read it, it seems very hard to put it back ......

All the best ya...

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon