Padah berlagak

2 bualan
Pin It
Situasi bertemu sahabat baru:

"Assalamualaikum. Saya Anis."

"Waalaikumussalam. Saya Wong."

Kami berjabat tangan.

"Pelajar UPM? Tahun ke berapa?"

Saya senyum mengangguk. "Tahun pertama."

"Oh." Muka Anis mula menduga.

"Master." Tambah saya.

Muka Anis mula berkerut. Saya terasa seperti puas hati.

Saya memandang Fansuri di sebelah saya.

"Wong. Kamu tak patut buat macam tu. Nampak seperti kamu ini seorang yang suka berlagak." Fansuri mula menegur. "Apabila kamu kata kamu pelajar first year, orang yang dengar mesti ingat 'budak ni hingusan lagi'. Kemudian baru kamu tambah perkataan 'master', terus dia beranggapan, 'hek elek berlagak!'"

Aku terkesima mendengarnya. "Baiklah."

Terima kasih sahabat kerana menasihati saya. =)
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. salam sdr wong...kadang kita menjadi serba salah kalau kejujuran itu...disalah anggap sebagai berlagak...wallahuallam

    BalasPadam
  2. Wasalam. Dan nasib baik ada yang menasihati perilaku kita. Kerana sudut pandangan orang ketiga sahaja mengetahui perbuatan kita itu molek atau tidak.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia