Membaca 3 dalam 1

2 bualan
Pin It
Saya dapati apabila lebih banyak buku yang saya baca, lebih mudah untuk saya faham apa yang saya baca. Contohnya setelah membaca satu buku tentang teknik penulisan, saya membaca buku dalam genre yang sama, membuatkan saya mudah faham kandungan buku pertama yang saya baca.

Lagi, saya tidak boleh baca sesebuah buku pada satu-satu masa. Saya perlu pelbagaikan genre bacaan saya. Contohnya membaca sebuah cerpen, buku teknik penulisan, dan buku pemasaran pada hari yang sama. Dengan itu saya terasa hidup ini bermakna. Heh.

Mungkin juga kaedah pembacaan saya ini akan membuatkan bacaan saya tidak berfokus. Yelah. Macam-macam baca dalam satu-satu masa.

Tetapi saya menafikannya. Dengan mempelbagaikan bacaan saya, secara tidak langsung saya dapat meningkatkan pemahaman saya pada satu-satu subjek. Saya dapat kaitkan apa yang saya baca dengan bacaan yang lain.

Indah sungguh ilmu yang Allah berikan kepada saya. Perlu diingatkan bahawa jumlah ilmu di dunia ini hanyalah setitik air di lautan dari ilmu Allah keseluruhannya.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. saya ada tabiat membaca sewaktu berbaring. capai saja mana mana buku. lima minit kemudian, zzzzz... :-)

    BalasPadam
  2. Saya pun begitu... kalau nak tidur. Heh. Kalau saya serius membaca, saya elakkan membaca sambil baring.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia