Berkat memberi

Berbual
Pin It

Melihat ibu bertungkus lumus membungkus nasi lemak, aku terdiam seketika. Sudah lama ingin aku memberi wang kepada ibu. Sudah 3 bulan aku mula bekerja. Memanglah kerja aku ini bukan apa-apa. Hanya seorang penoreh getah di ladang getah Ah Keong.

Aku ingin meringankan beban ibu. Tetapi apabila aku menyeluk saku ingin sahaja aku menghulur beberapa keping not merah, ibu akan membuka bicara, "Man, ibu ini kepinginkan teman. Bolehlah nanti rumah ini tidak sunyi di pagi hari. Kalau ada anak kecil, boleh la ibu bermain bersamanya."

Terus aku batalkan hasrat aku. Aku tak sanggup melihat ibu susah. Aku tahu keputusan SPM aku bukanlah cemerlang. Setakat mampu untuk sambung tingkatan 6 bolehlah. Jauh sekali untuk aku kecapi masuk ke matrikulasi.

Aku kurang faham apa itu Matematik dan Sains. Pelik. Lebih 50 tahun negara ini merdeka tetapi masih tidak lokek dengan bahasa asing sebagai pengantara ilmu.

Aku faham. Mungkin itulah istilah kapitalis yang aku baca di buku sejarah. Yang kaya terus kaya. Yang miskin terus miskin.

Lihat sahajalah Ai Ling. Bapanya kaya dengan beberapa ladang getah di kampung ini. Selalu sahaja aku lihat dia menaiki kereta pergi ke pekan pada petang hari selepas sekolah.

"Papa minta saya pergi tuisyen. Katanya mahu saya pandai bahasa Inggeris. Cikgu tuisyen lebih ramah," jawab Ai Ling apabila aku bertanya tentang perihalnya itu.

Beberapa hari yang lalu aku nampak kelibat Firdaus. Dia sekarang menjadi orang bandar. Hebat dia. Dulu kami selalu main bersama di ladang getah. Mencari biji getah untuk dijadikan guli.

Nasibnya lebih baik daripada aku. Sebaik sahaja SPM terus dia ditawarkan masuk ke Asasi Sains Pertanian UPM. Katanya mereka mengambil keputusan percubaan SPM dahulu.

Terasa sesal di dada ini mengenangkan kisah dahulu. Aku banyak bermain. Percubaan sahaja, fikir aku.

Pada pagi hari ketika aku menoreh selalu aku melihat kelibat Abang Akmal pula. Rajin dia ke surau di waktu Subuh. Aku pula, apabila sempat sahaja.

Semalam, entah mengapa hati ini terdetik untuk singgah ke surau solat Subuh berjemaah. Walhal sebelum ini aku hanya solat di rumah.

Usai solat, aku disapa Abang Akmal. Indah betul senyuman dia. Aku terasa tenang melihat mukanya.

Beberapa pak cik telah pulang kala tinggal kami berdua di surau.

"Abang selalu lihat Azman di ladang getah pada waktu pagi. Bagaimana dengan emak Azman?"

"Baik sahaja," jawab aku ringkas. Entah mengapa aku masih duduk berbual dengannya. Walhal aku perlu cepat habiskan torehan aku.

"Kita kalau sudah mula bekerja, kalau boleh hulurlah duit gaji kita kepada ibu kita." Senyum Abang Azman.

"Tak kiralah beberapa nilainya. Jika mereka faham, pasti mereka menerimanya."

Setelah beberapa ketika, aku meminta diri pulang. Perlu disiapkan kerja yang ada.

Kini, aku memandang ibu yang sedang duduk rehat di jendela rumah.

"Ibu," aku dekatinya di tepi jendela rumah kayu ini. "Ini RM30 duit hasil gaji Man 3 bulan lalu."

Wajah ibu seperti terkejut seketika. Aku bersungguh menghulurkan 3 keping not merah kepadanya.

Ibu tersenyum. "Alhamdulillah," ujar ibu ringkas.

Entah mengapa hati ini berasa sungguh lega. Terasa beban di dada hilang.

"Ibu dengar, Pak Leman mencari pekerja untuk kedai makanannya. Apa kata Man cuba mohon."

Aku hanya menanggukkan kepala. Pak Leman baik orangnya. Tetapi bukan mudah untuk bekerja di bawahnya. Tambahan lagi dengan beberapa anak gadisnya bekerja di kedainya itu.

===

(bersambung)



lampiran:

"Tak pernah bagi duit kat parent?
kenapa? sengkek? gaji sikit? ke mak ayah dah kaya, sebab tu segan nak bagi?
Ini kisah saya. Apa yang berlaku dekat saya, tak semestinya sama dengan semua orang.
Saya kongsikan serba sedikit.
Dulu, income saya tak banyak.
Jadi, saya takdelah terfikir nak bagi duit kat parents.
Satu hari, saya ada dengar satu ceramah,
dia kata, "bukan soal berapa banyak, tapi soalnya kita bagi ke tak?"
Sejak daripada tu, saya bagi je setiap bulan, walaupun sikit.
Berapa sikit?
Sikit sangat.
First time saya nak bagi tu, saya malu sangat-sangat.
Jumlah dia : RM5
yeap, RM5 je .... saya malu nak cerita ni sebenarnya.
Saya bagitahu, "Ummi, ni je yang Kamil mampu bagi buat masa ni, doakan rezeki Kamil murah, boleh bagi lebih lagi"
Masa saya bagi tu, malu ada, sebak ada dan macam-macam perasaan masa tu.
Saya nak cerita ni semula pun, ada rasa sebak lagi.

Tapi mak saya jawab, "Terima kasih, Ummi doakan rezeki awak sekeluarga sentiasa bertambah".
"Alhamdulillah".
Saya risau mak saya marah atau kecil hati, tapi tidak. Bahkan beliau doakan saya dan senyum.
Saya yakin, janji Allah tidak pernah salah.
"Redha Allah, terletak pada Redha ibu bapa"
Entah tiba-tiba, saya terasa macam satu semangat, untuk kerja keras, idea mencurah-curah dan segalanya berjalan mudah.
Masalah tu ada, mana mungkin takde, tapi ......
tenang je rasa.
Kalau susah, tak terasa susah.
kalau lapar, tak terasa lapar.
Alhamdulillah, daripada RM5, jadi RM10, pastu RM20 dan seterusnya hingga sekarang .....
Yang peliknya, lagi banyak saya bagi, lagi banyak saya dapat.
Ni ada sedikit tip untuk anda :-
1. tak mampu bagi banyak, bagi sikit
2. segan nak bagi duit sikit, beli barang keperluan dapur, beras ke, gula ke, apa-apa lah...
3. kalau tak mampu juga, JANGAN nyusahkan mereka, dan sentiasalah berniat untuk membantu mereka satu hari nanti

Wallahua'lam.
Saya bukan anak yang baik sangat,
tapi mak ayah saya baik sangat dengan saya.

"It's not about the money, it's about the value of the money."
Ikhlas;
Raja Kamil dot Biz



Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia