Sabtu, 23 Mac 2013

Ibu bapa sayang anak

"Saya pelik dengan budak zaman la ni," kata tuan haji sambil membuka bicara. "La ni, mak pak yang isikan borang untuk mereka."

Saya fikir bagaimana tuan haji boleh tahu?

"Bukan apa. Saya tahu pun apabila kawan-kawan saya yang minta keluar waktu kerja. Saya duk perhati je mereka ni.

"Nak pi mana?"

"Nak pi pejabat pos hantar borang anak."

Saya rasa sebab itulah ramai anak muda sekarang ni kurang hargai pelajaran mereka.

Tiga orang anak saya pensyarah. Apabila mereka balik rumah selalu juga bercerita tentang pelajar mereka. Ada yang sampaikan mak pak datang jumpa mereka minta nasihat dan disiplinkan anak. Saya kata biar pi la mereka. Anak dah besar panjang. Takkan nak kita pula jaga."

Ustaz yang duduk di sebelah tuan haji mengangguk tanda setuju. Saya hanya tersenyum mendengarnya.

Di sini, saya dapat simpulkan bahawa tuan haji membuat kesimpulan bahawa anak muda sekarang kurang menghargai apa yang mereka ada kerana ibu bapa terlalu memanjakan mereka. Ibu bapa tidak mendidik mereka untuk berdikari.

"Sebab apa pelajar sekarang malas apabila masuk universiti? Ini sebab mak pak yang isikan borang untuk mereka," tambah tuan haji lagi.

Hmmm. Terus saya terfikir tentang kehidupan saya pula. Sepanjang saya masuk matrikulasi sehinggalah sekarang, hampir semua pengisian borang saya lakukan sendiri. Abah cukup tidak suka jika saya selalu bertanya kepadanya tentang itu dan ini. Abah mahu saya buat semua sendiri.

"Aku nak kamu semua tahu isi borang. Jangan jadi macam anak si anu, sampaikan nak minta borang buat sijil SPM semula pun harapkan aku," nasihat abah kepada kami yang masih saya ingat.

Terima kasih abah kerana mendidik aku untuk berdikari. Memang pada mulanya terasa seperti diabaikan, namun kini saya faham maksud abah.

2 mengomel

Alhamdulillah, kita dapat ayah macam "abah'. Pandai didik kita hidup berdikari.
Bila baca post ni,teringat pula dekat student saya dulu.... takut nak berdepan dengan pensyarah sbb buat silap, mak ayah pula yang tolong buat panggilan bagi pihak anak. Dah masuk universiti pun masih bergantung dgn mak ayah.

@nurbijen
Saya juga bersyukur puan. Ibu bapa mesti melihat masa depan anak-anak mereka juga.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon