Jumaat, 8 Februari 2013

Wikipedia Bahasa Melayu dan rakyat Malaysia

Sebenarnya saya sudah penat membuat promosi untuk meningkatkan jumlah editor bebas di Wikipedia Bahasa Melayu (WBM). Kebanyakan pengguna bebas hanya sebentar sahaja. Amat sukar nak jumpa yang komited dengan penulisan ilmiah. Yang saya lihat banyak penciptaan drama apa entah. Terutama bab-bab anime dan K-Pop.

Perlu ingat WBM bukan terhad kepada penulisan sahaja. Editor boleh kemaskini bahasa, muat naik gambar untuk kegunaan rencana, memberi sumbangan idea untuk penambaikan rencana dan pelbagai lagi. Jikalah ada yang ingin bertanya...

Saya juga telah berusaha membuat promosi. Jelas, ramai yang hanya suka mendapatkan input tetapi tidak suka menyumbang. Memang sedih. Saya sendiri promosi WBM kepada rakan-rakan sekeliling.

"Jom la sunting di Wikipedia Bahasa Melayu. Boleh sumbang ilmu, tambah pahala."

"Yeke! Boleh. Boleh."

Dan setakat itu sahajalah. Saya mula hilang minat untuk membuat promosi kepada rakan-rakan sekitar saya.

"Aku pun nak buat juga la." Kata seorang kawan saya.


Saya betul ingat dia berjanji. Saya tunggu dan terus menunggu. Tiada kata tanya tentang penggunaan WBM kepada saya olehnya. Jelas, rupanya hanya sekadar cakap untuk menyedapkan rasa hati saya. Terus terang saya muak dengan kata-kata begini.

Mungkin kerana ramai tidak sedar kepentingan ilmu atau tidak tahu mereka ada kuasa untuk menyumbang ilmu. Kesedaran ini masih kurang di dalam setiap rakyat Malaysia. Mereka masih di tahap suka merungut dan tidak percaya mereka juga ada kuasa mengubah sesuatu. Bukan dengan revolusi tetapi dengan tindakan bijak.

Saya beri contoh di negara Barat. Apabila seorang emak tidak puas hati dengan sesuatu perkara, contohnya supermarket, dia sanggup berhempas pulas mencari geng untuk melakukan demontrasi meminta hak dia.

Manakala rakyat Malaysia harapkan orang lain dan turut serta sahaja. Revolusi kononnya. Bergerak atas dasar sendiri. Kita perlu tahu kenapa sesuatu dijalankan. Jangan hanya dengar kata orang.

Menjadi editor bebas WBM juga telah menyedarkan saya tentang perilaku buruk rakyat Malaysia ini. Mungkin dulu saya selalu merengek kekurangan penulisan ilmiah berbahasa Melayu di Internet. Namun, sekarang saya sudah tahu bahawa saya juga dapat menyumbang. Itu lebih baik berbanding saya mengikut perkembangan 'pejuang' bahasa Melayu. Jelek saya dengar mereka yang hanya harapkan kerajaan untuk bertindak.

Ya WBM tidak memberikan saya pulangan duit tetapi bukankah kerja sukarelawan kita tahu hasilnya? Pahala di akhirat. Ramai yang masih skeptikal tentang WBM. Andailah mereka meluangkan masa sedikit memahami penyuntingan WBM berlangsung...

Apapun, saya sudah malas nak promosi WBM kepada rakan-rakan saya. Saya diamkan sahaja. Walaupun kini saya sudah mendapat pangkat baru di WBM, tidak perlulah saya hebohkan kepada rakan-rakan saya. Orang Perak kata 'tidak ada mendenya'.

Lebih baik saya teruskan kerja sukarelawan saya. Nanti terasa belon saya kempis pula nanti. Lagipun, saya sudah jumpa beberapa orang komited untuk sunting di WBM.

Saya lihat hanya orang yang berpendidikan dan minat membaca sahaja sedar akan ini. Yang lain yang hanya tahu mengguna dan merungut, jelas akan terus merungut tentang kejatuhan bangsanya. Tiada apa-apa tindakan pun kita lihat. Hanya tahu mengharapkan 'kerajaan' sahaja.

Apakah pandangan rakan maya pula? Masih tidak berminat untuk menjadi editor bebas WBM? Atau inginkan pulangan dunia berbanding akhirat? Tepuk dada, tanya selera...

8 mengomel

Tak sempat lagi saya nak membantu penyuntingan di laman tersebut. Baru mendaftar tetapi belum jelajah sepenuhnya laman tersebut. Buat masa ni saya sedang siapkan dulu berkaitan dengan artikel-artikel jurnal yang perlu diterbitkan di laman web ini : http://www.fbmk.upm.edu.my/gmj-me/ (Global Media Journal - Malaysian Edition). Saya sebagai administrator di situ. Jika ada artikel yang dirasakan sesuai untuk disumbangkan ke jurnal ini, saya amat alu-alukan.

@Kak Dell
Atau sebaliknya? Jika kak ada jurnal-jurnal terbaru yang boleh saya petik dan masuk di WBM bolehlah beritahu saya.

Saya lihat WBM kebanyakannya petik rujukan daripada buku bahasa Inggeris. Bagi saya ini tidak betul kerana jurnal Malaysia sendiri sudah ada. Cuma ia tidak meluas dipromosikan. Inilah masanya mempromosikan jurnal Malaysia kita ke persada antarabangsa.

Kalau bab2 dalam buku dan prosiding berkaitan dengan bahasa memang ada beberapa buah. Tetapi tak sempat untuk saya menaipnya. GMJ-ME tu mengalu-alukan siswazah MA atau PhD untuk hantar jurnal di sini dan ianya diiktiraf sebagai jurnal secara talian cuma belum ada taraf cited-jurnal. Untuk mencukupkan syarat bergraduat, jurnal ini diiktiraf krn mendapat kelulusan pihak TNCPI UPM.

Saya ingatkan ia berkaitan dengan FBMK sahaja. Insya-Allah apabila saya mula belajar cara menulis jurnal, akan saya kehadapankan jurnal saya ke sini.

Sebenarnya, UPM dipilih untuk mewakili Malaysia untuk Global Media Journal ni. Kami bermula dari peringkat awal sejak penubuhan dengan mengkaji jurnal2 talian yang lain lalu kami memperbaiki sistem ini sedikit demi sedikit. Pada awalnya, hanya 2 orang pensyarah, saya (administrator) dan seorang lagi pegawai IT (webmaster) membangunkan jurnal ini. Setelah dah tersusun mengikut apa yang dikehendaki baru editor melantik Advisory Board dan Editorial Board. Kami dalam proses cuba menerbitkan jurnal dalam bahasa ibunda (bahasa Melayu)seperti GMJ-Turkish Edition dan lain-lain.

Saya sokong usaha kalian! Saya doakan ia berjaya hendaknya!

Nanti jika ada jurnal-jurnal yang boleh saya petik, jangan lupa inform! Saya hendak masukkan dalam WBM.

Mungkin saya usaha saya untuk sumbang ke database jurnal GMJ ini kurang, tetapi saya boleh sumbang di tempat lain. =D

kadang-kadang saya perasan ada kekurangan maklumat di WBM ni, tapi selama ni saya sangka hanya orang-orang tertentu saja yang layak menulis dalam WBM :)

anyway, saya setuju dgn pandangan en. wong. kebanyakan rakyat malaysia hanya suka copy, tapi tak suka menyumbang. saya pun pernah alami kes kawan saya ciplak assignment saya dan hantar pada lecturer gunakan nama dia

@Hazwani Amini
Andailah yang bertanya itu betul-betul ingin menyumbang...

Tak mengapa. Sekurang-kurangnya dapat pahala kongsi ilmu dengan kawan-kawan.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon