Isnin, 4 Februari 2013

Teknik menambah 'Like' untuk Facebook page

Pada asalnya saya tidak tahu tentang Facebook page. Kemudian rakan saya membuat Facebook page untuk blognya. Jumlah like untuk pagenya pun hanyalah sekitar 20-30 sahaja ketika itu. Saya terfikir kenapa tidak pula saya?

Akhirnya saya ikut serta. Saya lihat senang sahaja page-page terkenal mempunyai jumlah like yang banyak. Saya mengidam untuk mendapat jumlah like sama seperti mereka. Sekurang-kurangnya satu ribu.

Setelah 2 tahun berlalu, page Facebook saya hanyalah mencecah sekitar 300 like sahaja. Rupanya bukan mudah untuk mendapat Facebook like untuk sesuatu page.

Saya dapati juga page yang selalu berkongsi kisah-kisah menarik setiap hari mendapat jumlah kongsi yang banyak. Walaupun page itu hanya berkongsi apa yang page lain kongsikan. Gambar sama, isi sahaja berlainan.

Melalui pengamatan saya itu, saya lihat rakyat Malaysia tak kisah kalau isi itu asli atau tidak daripada pemilik page tetapi yang penting isi perkongsian itu. Juga kekerapan page itu berkongsi gambar-gambar dan maklumat-maklumat berguna.

Ini jelas terbukti apabila saya mula berkongsi gambar yang saya dapat di page lain dan saya muat naik semula ke page saya dengan menggunakan tagline bahasa Melayu. Ternyata jumlah like page saya meningkat.

Sekarang barulah saya yakin jumlah like juga memainkan peranan penting populariti sesuatu page itu. Kadang-kala saya hairan bagaimana page yang guna bahasa Alien pun boleh mencecah ribu riban like. Ini mendatangkan ketidakpuasan di hati saya ini.

Pelik tetapi benar.

3 mengomel

Saya pun mahu juga menambah jumlah LIKE di Facebook page saya....baiklah saya akan cuba tips yang Wong tampilkan di sini :)

@Azham
Dan yang penting niche! Page saya mempunyai niche dan orang suka gambar-gambar yang saya postkan kerana ia berkaitan dengan niche mereka.

Layari : perfectshapebody.blogspot.com

Rahsia kecantikn diri

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon