Sifat Defensif Blogger Pembaca Buku

2 bualan
Pin It
Beberapa hari ini saya kurang bersemangat untuk datang ke mana-mana blog pembaca buku yang suka mengulas buku. Ini adalah kesan sebuah blog yang saya kerap kunjung kebelakangan ini menghentam saya kerana kunjungan komen saya.

Saya boleh amalkan sikap seperti menuang air ke atas daun keladi, tetapi itu bukanlah yang terbaik buat saya.

Saya ini jenis orang yang menerima dan berfikir apa yang saya terima itu. Saya terima saya dikritik kerana dikatakan saya ini cakap belakang orangnya. Kalau kawan saya kata "Wong kau ni suka cakap Keling la!" Gulp....

Pandangan

Lalu, saya buatlah entri di blog ini untuk menyatakan pandangan dan pengajaran yang saya dapat berdasarkan pengalaman saya kena hentam dan dikritik.

Puan Nisah Haron ada berkongsi pautan ke laman blog yang membincangkan tentang bukunya.

Saya terasa ingin komen, namun memori lama menyekat saya.

Saya datang ke blog seorang mak cik buku ini. Saya tidak mahu komen berjela panjang kerana saya memegang prinsip teknik terbaik komen. Saya ikut apa yang dinyatakan prinsip-prinsip tersebut. Ia dikongsikan bersama oleh blogger-blogger terkenal.

Saya lihat mak cik itu balas sungguh panjang dan sama sekali tidak berkaitan dengan apa yang saya komen. Urgh. Memang geram. Yelah. Kita blogger datang mestilah nak lihat komen kita dibalas. Dan dibalas itu biarlah kena dengan tajuk (saya komen ada kaitan dengan tajuk dan isi dia ok).

Apabila difikirkan kembali, mungkin kerana komen saya tidak sebulu dengan pembaca buku. Yelah. Setiap pembaca buku bagaikan penulis juga. Jika penulis cuba menyampaikan, si pembaca pula cuba meng-intrepetasi apa yang dibaca dari sudut apa yang mereka faham.

Saya lebih suka blogger hortikultur kebun. Mereka berfikiran terbuka dengan setiap komen yang melanda blog mereka asalkan ia tidak lari topik.

Ah! Terlalu banyak untuk saya fikirkan tentang ini.

Habis bercelaru tulisan saya untuk merungkai sikap mak cik buku. Lebih baik saya cari pak cik buku untuk berbicara tentang buku. Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga!

p/s: Apa pandangan rakan maya lain? Pernah kena kritik dengan blogger lain? Apa reaksi awal kalian dan bagaimana kalian kendalikan? Teringin saya tahu juga.

--

Nota:
1. Sesetengah blogger kerana sudah lama berblog, sifat defensif tidak bertempat telah tertanam kuat dalam diri mereka.
2. Sikap ini membuatkan mereka tidak berfikiran terbuka terhadap kritikan.
3. Jangan memalukan diri meninggalkan komen panjang berjela di blog orang lain. Ia ibarat datang ke rumah orang baru kenal, kemudian kita berceloteh sakan membuatkan tuan rumah kurang selesa dengan kedatangan kita.
4. Jika jumpa blogger tidak sebulu, tinggalkan sahaja. Jangan buang masa cuba menarik dia sebagai kawan. Ada lagi ramai orang yang boleh kita kenal.
5. Betulkan niat kala kita tinggalkan komen di blog orang lain. Kadang-kala ada empunya blog yang sensitif!
6. Saya seriau nak masuk dan meninggalkan jejak di blog pembaca buku!
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Tuan Wong, begitulah adat berblog, kenkadang kena puji kenkadang kene kutuk...hehehe

    BalasPadam
  2. @Puan Rose
    Saya setuju. Saya suka kalau saya dikritik. Itu tandanya ada orang membaca penulisan saya secara kritis. Peliknya mak cik buku itu berpandangan lain pula. Sungguh saya kesal dengan sikap tertutupnya itu terhadap pandangan orang.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia