Jumaat, 8 Februari 2013

Janji Manusia Hipokrit


Saya baru sahaja membaca komen
FB seorang rakan saya tentang janji.
Saya tuliskan dia sebagai A.
Entah kenapa, apabila seseorang itu yang telah berjanji berkata tentang janji, saya sukar nak percaya. Dia sendiri telah memungkiri janji kepada 80 ahli yang menjadi saksi, lalu apakah perlu aku mempercayainya setiap katanya juga?

Kini, hampir semua apa yang dia katakan saya susah nak percaya. Betul. Sungguh. Mungkin orang boleh kata yang lepas biarlah lepas. Tapi bagi saya tidak. Saya telah berusaha sesungguh mungkin cara seperti memerli, mengherdik, dan akhir sekali bujukan, dia masih tidak dapat mengotakan janjinya. Akhirnya, saya redha.

Terus, redha itu datang juga dengan kosnya. Kepercayaan saya kepadanya ibarat cermin yang jatuh berderai di atas lantai. Walaupun dia cuba kembalikan serpihan-serpihan yang ada ke bentuk asal, rekahan dan refleksi kerosakan itu kekal ada.



Saya berpegang kepada prinsip bahawa orang yang berjanji perlu tahu kosnya apabila berjanji. Ia bukan sahaja berkait dengan apa yang dijanjikan, malahan lebih daripada itu. Ia berkait dengan kepercayaan.

Kerana itu dalam perniagaan (termasuk pekerjaan), bos praktikal aku pernah berpesan "Izham, kepercayaan seseorang kepada kita jangan sekali kamu pecahkan. Sekali ia pecah, amat sukar untuk kita cantumkan kembali. Kerana orang sudah tidak percaya yang kamu jujur." (ada la kes berlaku sehingga beliau keluar nasihat ini)(kes selalu janji nak datang awal, tetapi sebaliknya).

Kalau pepatah mengatakan tuah ayam nampak di kakinya, saya katakan pula hidup manusia pada janjinya (ada kaitan ke? Erk).

Jika tidak boleh berjanji, sila jangan berjanji. Dan apabila sudah berjanji, seboleh mungkin tunaikannya kerana ia memang membawa kesan. Mungkin buat sang pemberi janji tampak kecil, namun buat sang yang menerima janji, ia besar kesannya.

Bagaimana dengan pengalaman rakan maya yang lain? Pernah jumpa orang hipokrit sebegini? Bagaimana anda kendalikan mereka? Jom kongsi bersama.

4 mengomel

Saya juga terkena dengan orang yang hipokrit seperti ini. Cakap pandai, berdegar2 kalau kita dengar (cakap besar). Saya menanggung kerugian beribu ringgit kerana asalnya hendak membantu kawan atas kepercayaan tetapi dia lari dari tanggungjawab membayar hutang tersebut dan menyebarkan cerita bukan-bukan pula mengenai saya untuk menutup kesalahannya. Sampai kini, saya tak boleh tengok muka2 mereka wlwpun dari jauh. Sakit benar hati saya. Memang saya sumpah mereka ni. Mereka tak sedar dengan menganiaya orang lain, perbuatan mereka dilaknat oleh Allah. Sekali sudah berbuat jahat, orang takkan percaya lagi dah.

@Kak Dell
Setiap daripada kita pasti akan ada menemui orang sebegitu. Apa yang penting kita belajar daripada mereka - jangan jadi hipokrit seperti mereka.

Saya tidak berdendam dengan orang itu yang memungkiri janji kerana saya dapati ia akan memakan diri saya sedikit demi sedikit. Seperti kak, kita telah lakukan tanggungjawab kita sebagai manusia menjaga apa yang baik. Balasan itu hanya kepada Allah sahaja kita serahkan. Dengan itu barulah kita terasa hati ini lapang.

Saya kasihan mereka sebagaimana Rasulullah kasihankan umatnya. Biarlah mereka dengan janji mereka. Pasti di akhirat kelak ia akan dituntut. Kita berlapang dada dan berdoa agar mereka dikurniakan hidayah oleh Allah suatu hari nanti.

Saya pun sebenarnya tidak mahu berdendam tetapi setiap kali melihat sejumlah amaun dipotong setiap bulan di akaun bank saya disebabkan hutang mereka tu, saya menjadi sakit hati. Tak mengapalah semoga Allah yang membalasnya. Saya hanya mampu berdoa.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon