Selasa, 26 Februari 2013

Hujan Menanti Pelangi

Suasana di luar bilik sizwazah agak kelam. Di luar bangunan blok B ini hujan turun dengan lebatnya. Saya terperangkap di sini sambil menunggu hujan reda.

Pernah dua kali saya terperangkap di Fakulti Agrobio sehingga pukul 9 malam akibat menunggu hujan reda. Al-maklumlah saya ini hanya membonceng motorsikal untuk datang bekerja.

Kadang-kala kedengaran bunyi dentuman guruh di langit. Hujan ini seperti membasuh hati aku semalam.

Pada mulanya memanglah saya rasa tidak keruan kerana saya ditolak untuk menjadi cikgu tuisyen. Apabila difikirkan kembali, tak apalah. Sekurang-kurangnya saya dapat pengalaman mengajar budak tingkatan 3.

Seperti yang Kak Dell katakan, Pusat Tuisyen ini memilih. Kalau boleh mereka nak cikgu sahaja mengajar. Bila saya kenangkan kembali, saya lebih sesuai untuk mengajar tuisyen rumah (home tuition). Senang untuk fokus pengajaran saya pada individu berbanding kelompok.

Lagipun, saya mengajar untuk budak faham bukannya untuk budak hafal. Budaya pelajar kini hanya suka menghafal mematikan budaya ilmu di dalam diri pelajar itu sendiri.

Saya ini orangnya mudah stabil emosi jika kena tekniknya. Heh. Ubat terbaik untuk saya kembali tenang, mudah sahaja, lelapkan mata selama 8 jam. Lihatlah sekarang. Sudah hilang keruan saya tentang kisah semalam.

Saya juga mengajar bahasa Inggeris untuk tuisyen rumah. Ini semua atas jasa baik Kak Dell. Jazakallah atas pertolongan kak. Tak tahu saya nak balas bagaimana.

Apa yang penting, saya tidak mengaku kalah. Terus berjuang untuk menjadi seorang penulis berjaya. Yeah!

2 mengomel

Salam, Saya seorang guru, tertarik pada rasa tak keruan kerana ditolak menjadi guru tuisyen dan kata-kata "Kalau boleh mereka nak cikgu sahaja mengajar"
Pada saya, pusat tuisyen perlu utamakan penerimaan murid ketika itu. Adakala, penyampaian seorang yang bukan guru lebih mudah diterima.

Saya sudah terkena dipermainkan dengan salah sebuah pusat tuisyen sebelum ini. Atas dasar saya nak membantu bisnes orang Melayu, saya tidak berkira tentang bayaran.

Ingat lagi, bulan Disember 2012 pengetua pusat tuisyen tersebut telefon saya beberapa kali untuk memastikan saya setuju mengajar di pusat beliau untuk bulan Januari 2013. Katanya hendak mengambil saya sebagai cikgu tuisyen tetap di tempat tersebut walaupun tahu saya seorang siswazah sepenuh masa dan memohon agar saya setuju menerima bayaran yang rendah dahulu atas alasan baru buka pusat terbabit di Kajang (sebelum ini beliau buka di Bangi tapi dah pindah ke Kajang dan saya pernah mengajar di pusat tuisyen Bangi itu untuk dua bulan). Saya bersetuju wlwpun jauh (terpaksa tempuh 2 tol dan kesesakan lalu lintas) kerana kesungguhan beliau untuk mengambil saya.

Setelah saya mengajar di Kajang selama sebulan, tiba-tiba dia kata dia dah dapat cikgu sekolah yang lebih berpengalaman untuk gantikan saya. Dia kata dia memang mencari guru sekolah dan orang itu merupakan kawan dia. Jika sebegitu kenapa tidak cakap awal2 dan berjanji? Ada jugalah cakap dia yang berbelit2 itu. Itu belum lagi saya asyik kena menggantikan kelas2 lain yang gurunya tiada secara tiba2. Kawan saya pun nyaris2 terkena di tempat yang sama.

Bila dia cakap kelas untuk saya sudah tiada, saya pun dah tak kisah. Dua hari selepas itu, tiba2 pengetua pusat tu telefon saya berkali2. Saya malas nak angkat. Selepas tu dapat sms daripada beliau suruh dtg mengajar semula sebab cikgu tu tak dtg utk kelas itu. Saya menolak terus. Pada saya ianya seperti mempermainkan saya.

Dua hari selepas kejadian, saya dapat offer mengajar home tuisyen di rumah pensyarah untuk anak2nya. Lagi dekat dan selesa.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon