Khamis, 28 Februari 2013

Harga buku murah di Big Bad Wolf?


Saya pernah pergi jualan kedua Big Bad Wolf pada tahun lepas di South City Plaza. Ketika itu harga buku jualan 'after math' memang murah. Boleh dikatakan setiap daripada buku diturunkan hampir 50% harga jualan pertama.

Untuk kali ini, saya lihat tidak berapa banyak harga buku turun. Ini membuatkan saya berfikir adakah kerana mereka merebutkan baucer buku yang kerajaan berikan?

Susah untuk saya katakan. Apa yang penting, saya akan pergi esok untuk membeli beberapa buah buku. Ini bermakna saya wajib habiskan satu baucer untuk ini sahaja.

Saya target untuk membeli buku-buku ekonomi untuk 'dummy'. Buat koleksi. Saya pernah beli buku bertajuk Wikinomics dan ia memang terbaik!

Nanti saya kongsikan bersama isi-isinya buat pembaca sekalian.

---

Nota:
1. Nampaknya harga buku BBW tidak turun banyak pada jualan kali kedua ini.
2. Buku tetap buku.
3. Terpaksa guna 1 baucer berharga RM50.

6 mengomel

Kedai buku popular telah membuat satu tawaran, bagi sesiapa yang berbelanja buku menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia dengan harga RM250 akan dapat baucer Popular RM50. Kalau berbelanja RM200 akan dapat baucer Popular RM10.

Buku yang saya beli bulan 12 lepas kat BBW pun belum habis baca.. Eh, sebelum lupa, dah dapat buku tulisan Mak Tam?

@Kak Dell
Boleh beri cadangan kedai buku Popular dekat kawasan Serdang? Saya tahu MPH Alamanda je. Kalau boleh, nak juga habiskan RM250 di Popular. Dapat RM50 percuma.

@Azmir
Jazakallah atas pemberian itu. Sudah dapat. Lupa nak inform.

Beli buku buat koleksi. Bosan-bosan boleh baca.

Tahun ni insyallah nk g....dah buat proposal dekat en.papa,siap pujuk ckp kata ada buku programming jual murah2 utk programmer....saya main sebut ja. Tah ada ke tidak saya tak tau....semata2 nk suruh en.papa bawak saya ke sana. Ada ke buku tu jual d sana en.Wong? ;)

@Puan Qistina
Ada banyak. Lagipun tak ramai orang beli buku genre sebegitu.

Ada satu kedai popular di Jaya Jusco Equine Park, Seri Kembangan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon