Rakan untukku

Berbual
Pin It

Rakan,
Aku tahu engkau sibuk,
Tugas yang kau pikul itu
lebih berat daripada beg yang aku sandang
tiap hari

Rakan,
Aku tahu engkau sibuk,
Kala aku menelefon mengajak
bersosial bersama
Kau menolak dengan alasan sibuk

Mungkin dahulu aku
seperti semalu
Menguncup apabila dikata begitu


Namun, setelah aku tahu erti
persahabatan,
Aku tahu engkau bagaikan padi,
Lagi berat lagi kau tunduk malu

Kadang-kala aku cemburu dengan bebanmu
Namun aku tahu, bukan aku untuk mengangkat beban itu
Kerana aku bukanlah kau,
dan kau bukanlah aku

Setiap manusia itu dikurniakan jalannya oleh
Yang Maha Esa

Rakan,
Tidak aku kesali berkawan denganmu
Sifatmu itu sendiri aku tahu
Kerana angin bayu yang sejuk sentiasa
datang bertiup ketika suasana panas

Apa yang panas, akan naik
Apa yang sejuk, akan turun

Itulah lumrah kehidupan
Bayu pusing menyejukkan persekitaran

---

Maafla. Saya ini bukanlah pandai berpuisi sangat orangnya. Sahaja mencuba-cuba nasib berpuisi.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia