Orang luar bandar pandai guna Netbook

4 bualan
Pin It


Apabila saya tonton video ini, saya terus bersemangat untuk menulis di Wikipedia Bahasa Melayu. Lihatlah, kanak-kanak kawasan pendalaman Peru ini belajar menggunakan netbook yang mereka dapat. Mereka menggunakan Wikipedia sebagai medium pembelajaran.

Mesti tertanya kenapa Wikipedia? Kerana ia tersedia dalam bahasa ibunda mereka. Bukan Inggeris, bukan Perancis mahupun Belanda, tetapi bahasa percakapan harian mereka, bahasa Sepanyol.

Ia bagaikan satu set pengetahuan yang memberi mereka ruang mudah kepada dunia luar. Ia tidak terhad di kampung mereka sahaja.

Saya lihat, inilah tanggungjawab saya sebagai orang yang mempunyai sedikit ilmu ini menyumbang di WBM. Ya memang WBM tidak beri duit, tapi apakah duit itu dibandingkan dengan kecerdikan bangsa saya?

Tidak semestinya derma itu datang dengan wang. Tak semestinya derma itu datang dengan makanan. Tak semestinya derma itu datang dengan menolong bersih kawasan.

Ia boleh datang dengan kudrat usaha menulis menyampaikan ilmu kepada mereka.

Ya ada yang memperlekehkan usaha kami di WBM. Saya pernah terjumpa akan pengguna itu. "Saya ada kehidupan lebih baik untuk dibuat berbanding membuang masa di sini. The one give me profit. Tugas saya sudah selesai. Sekian," tulis salah seorang pengguna WBM.

Membuang masa? Ah. Mereka tidak berniat ikhlas kerana Allah. Jika tak masakan mereka fikir untung itu hanyalah duit?

Ya jauh lagi perjalanan WBM dalam menyediakan ilmu. Mereka kekurangan tenaga pakar. Hanyalah sukarelawan dari umur PMR sehinggalah pencen. Mereka tiada kepakaran tetapi mereka ada azam untuk menyediakan ilmu dalam bahasa ibunda mereka. Agar, anak bangsa kita cerdik pandai dengan bahasa sendiri.

Kerana, ilmu adalah hak semua. Bukan bangsa Inggeris, Perancis mahupun Belanda. Ia untuk semua. Dan ia terangkum dalam ilmu Allah.

Saya komited untuk memandaikan bangsa saya dengan bahasa Melayu. Agar, timbulnya rasa 'izzah (bangga) dan yakin kepada diri mereka bahawa kita boleh berjaya dengan bahasa kita. Bahasa Inggeris hanya medium untuk komunikasi dan bukannya medium untuk mencipta.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Saya juga menulis di wikipedia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga. Jom perbanyakkan ilmu dalam BM.

      Padam
  2. Sekitar tahun 2008 sewaktu saya kenal wikipedia dan akses internet sukar, saya terfikir kenapa mereka tidak wujudkan offline wikipedia?

    Saya harap kita boleh membaca Wikipedia di komputer tanpa perlu talian internet. Ini tentu sangat membantu terutama di negara ketiga.

    Sekarang dah ada tool untuk menukarkan web wikipedia kepada pdf.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sukar sebab rencana sentiasa bertambah. Apa yang aku fikir, layar laman web Wikipedia secara percuma. Itu lebih bermakna.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia